Sebagai wanita, kita perlu menjaga kesihatan tidak kira masih muda atau sudah tua. Ini kerana penyakit masa kini tidak menunggu usia jika mahu menyerang. Menurut Dr Hamid Arshat, pada zaman sekarang dalam usia 20-an juga sudah diduga dengan mengalami beberapa penyakit kronik. Justeru beliau mengingatkan agar kaum wanita sentiasa perlu peka jika ada mengalami beberapa penyakit terutama tanda kerosakan rahim.
Menurut beliau antara masalah kerosakan rahim ini adalah adenomyosis
. Bagi yang mengidap adenomyosis, tanda pertama dialamai adalah masalah senggugut dan sering didahului dengan penyakit endometriosis. Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh diluar rahim. Manakala bagi adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.Tanda-tanda lain yang dialami adalah mengalami pendarahan yang banyak ataupun berpanjangan. Dan gejala lain menurut Dr Hamid Arshat adalah sukar hamil, mandul dan sering mengalami keguguran.
Masalah kerosakan rahim yang lain adalah fibroid. Sesiapa yang mengalaminya tidak akan perasan kerana tiada tanda, tiada gangguan ataupun gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkan anak tanpa gangguan.
Walau bagaimanapun ramai mengalami masalah ini sering dikesan secara kebetulan
, waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.Ada juga yag mengalami pendarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan kencing tau membuang najis.
Kedua-dua jenis ketumbuhan ini adalah disebabkan faktor baka. Ini bermakna, jika emaknya menghidap penyakit berkenaan, jadi anak perempuan berisiko menghidap penyakit berkenaan.
Justeru beliau mengingatkan jika ada anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan pendarahan atau edaran haid tidak teratus, eloklah dibuat utrasound perut untuk mengesan masalah peranakan dan mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah dan mengawalnya.
Kita juga digalakkan untuk memupuk dan mengajar dan sematkan tabiat pemakanan yang baik sejak dari kecil lagi. Amat penting untuk mengawal dan mencegah
daripada makan fast dan junk food.Ramai ibu-ibu yang mengambil jalan mudah menghentikan tangisan anak-anak dengan memberi mereka makanan junk food ini. Ingatlah kesan buruk tabiat pemakanan ini menurut Dr Hamid Arshat akan menyebabkan kegemukan dan kelemahan immunity anak-anak hingga boleh sebabkan mereka ditimpa pelbagai jenis penyakit.
SUMBER: FACEBOOK DR HAMID ARSHAT