Awas! 4 ‘Area’ Kulit Ini Paling Cepat Menua, Hijabi Perlu Beri Lebih Perhatian

Share

Tahukah anda, kulit adalah organ tubuh yang paling besar sekali pada bahagian badan manusia? Justeru, adalah amat penting sekali bagi Hijabi untuk menjaga kesihatannya, kerana kulit mempunyai tugas yang penting untuk melindungi organ di dalam tubuh badan kita.

Malah, dek kerana luasnya bahagian yang diselaputi kulit ini, terdapat beberapa bahagian yang paling mudah terkesan dengan masalah penuaan. Justeru, bahagian ini memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih sis!

Jika anda bersikap acuh tak acuh dan mengabaikan penjagaan kulit yang teliti di beberapa bahagian ini, jangan pula anda menyesal apabila mulai melihat lebih banyak garis-garis halus dan kedutan nanti. Cara menjaga kulit di beberapa area ini, tidak hanya dengan mengaplikasikan skincare, tetapi anda juga perlu mengamalkan pola hidup yang baik setiap hari.

Nak tau area kulit dibahagian mana yang paling senang menerima kesan penuaan? Jom semak!

Sekitar Bahagian Mata

Seiring usia kita bertambah, struktur dan otot kulit pada area mata kita berubah jadi lebih lemah, dan menjadikan kedutan untuk lebih mudah muncul. Sekitar mata juga merupakan area utama fluid retention, jadi tidak hairanlah jika mata kita mudah kelihatan sembap. Tambahan pula, kelopak mata merupakan area kulit yang paling nipis di antara keseluruh bagian kulit kita.

Oleh itu, untuk menangani masalah ini, Hijabi digalakkan untuk sentiasa menggunakan eye cream atau eye serum seawal usia 17 tahun. Terutamanya sewaktu anda sedang letih atau kurang tidur.

Anda juga boleh menekap mata dengan ais atau gunakan sahaja eye gel patch. Hijabista juga menyarankan agar anda selalu membersihkan area mata dengan gentle, dan kurangkan menggosok kawasan mata.

Sekitar Area Mulut

Mulut adalah salah satu bahagian tubuh yang paling aktif, kerana setiap hari kita sentiasa menggunakanya untuk berbicara, bergossip, minum, dan mengunyah makanan. Makanya, area sekitar mulut menjadi bagian tubuh yang paling mudah mempunyai fine lines dan wrinkles.

Kulit pada area bahagian mulut juga nipis dan memiliki kolagen. Bagaimanapun, apabila memasuki usia 20-an, kadar kolagen di dalam kulit kita akan berkurang pada setiap tahun.

Bagaimana cara mengatasinya? Hijabista menyarankan agar Hijabi menggunakan serum dan moisturizer setiap hari, termasuk di sekitar mulut.

Sebelum makeup, pastikan kulit sudah dilembapkan, sehingga produk complexion seperti cushion atau foundation tidakcracking di fineline anda. Hijabi juga boleh menggunakan atau mengoles eye cream di kulit sekitar mulut, untuk tujuan melambatkan kesan penuaan sepeti kedutan dan finelines.

Bahagian Leher

Tanpa disedari, di era teknologi kini kita sering mempercepatkan kesan penuaan tanpa kita sedari. Terutamanya pada kulit di bahagian leher, karena selalu menunduk ketika menatap telefon pintat setiap hari.

Leher juga merupakan area tubuh yang paling kurang mendapat perhatian, kerana kita terlalu menfokuskan tentang skincare yang hanya berkisar pada wajah sahaja.

Artikel berkaitan: Krim Mata Rahsia Nampak Awet Muda, Dari Mata Turun Ke Hati

Untuk mengatasinya, mulai hari ini, tidak kira apa sahaja produk skincare yang anda aplikasikan pada wajah, juga perlu disapukan pada leher ya. Mulai dari facial wash sehinggalah kepada sunscreen. Sebaiknya, gunakanlah produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan-bahan yang membantu memperlambatkan kesan penuaan seperti retinol dan Peptide.

Hijabi juga boleh memakai gua sha atau face roller pada leher. Lakukan teknik dari bawah ke arah atas untuk membantu menegangkan kulit. Elakkan menunduk terlalu lama untuk melihat handphone atau ketika melayari komputer.

Belakang Telapak Tangan

Semakin bertambah usia, antara bahagian yang paling cepat kelihatan menua adalah kulit di bahagian telapak tangan yang cenderung menjadi kering, kasar, berkerut, dan kuku juga menjadi lebih rapuh. Ini kerana, ketika anda semakin meningkat usia, kulit pada bahagian tangan akan lebih mudah kehilangan lemak dan keanjalanya.

Oleh demikian, untuk mengatasi masalah ini terdapat banyak hand cream dijual di pasaran.

Fungsinya adalah untuk menjaga permukaan kulit tangan agar kekal lembap, lembut dan mulus. Sekaligus mencegah kedutan hingga menghaluskan kutikel kuku.

Jadi, gunakan hand cream sebagai rutin harian anda dan bawa ke mana sahaja hijabi! Gunakan juga sabun yang mild ketika mandi dan mencuci tangan, serta memakai sunscreen sebelum melakukan aktiviti luar juga membantu mencegah kedutan dibahagian belakang tangan.

Artikel berkaitan: Elak Bahagian Bawah Mata Berkedut & Berkawah, Ini Pilihan Krim Mata Yang Boleh Disapu Barulah Nampak Awet Muda

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir