Awal Ashaari Dan Scha Alyahya Selamat Tiba Di Mekah, Tunaikan Ibadah Umrah

Share

Baru-baru ini, pasangan selebriti terkemuka; Awal Ashaari dan Scha al-Yahya telah berkesempatan menunaikan umrah di tanah suci Mekah. Difahamkan, pasangan ini telah berangkat pada Jumaat yang lalu. 

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, telah memuat naik hantaran di laman Instagramnya ketika mahu berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama isteri, Scha Alyahya serta rombongan jemaah yang lain.

“Alhamdulillah, pagi Jumaat yang barakah, kami sekeluarga selamat berangkat ke tanah suci Mekah bersama sama dengan jemaah dari @irkaztravel”

Pengacara dan pelakon tersebut juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan serta mendoakan kembali agar mereka turut diberikan peluang menunaikan umrah.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan perjalanan kami dan kami doakan semoga kita semua berpeluang dijemput sebagai tetamu Allah SWT.”

Artikel berkaitan: Hidung & Suara Pernah Dikritik, Scha Alyahya Jelaskan Kita Tak Perlu Malu Dengan Kekurangan Diri

Imej berhijab Scha Alyahya jadi sorotan ramai

Foto tangkap layar IG Story Scha Alyahya

Apa yang menarik perhatian Hijabista adalah imej pelakon dan pengacara jelita, Scha Alyahya atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya yang terlihat manis menutup aurat dengan sempurna. MasyaAllah, cantik sangat!

Imej berhijab Scha juga telah menarik perhatian dan menjadi sorotan peminat sehingga ramai yang memujinya serta mendoakan agar pelakon Awan Dania tersebut istiqamah bertudung dan menutup aurat.

Rakan artis & peminat titip doa

Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik, rakan artis dan para peminat juga tidak ketinggalan meninggalkan komen dan mendoakan buat Awal dan Scha. Mereka juga berharap agar pasangan sejoli tersebut mendapat umrah yang mabrur.

“Semoga memperolehi umrah yg mabrur Dan terus istiqamah menutup aurat setelah pulang dari tanah suci….inshaAllah”

“MasyaAllah TabarakAllah Selamat Perjalannya Umrah Dah Kembali Dgn Selamat Aamiin3”

“Semoga dipermudahkan segala urusan ibadah n mendapat umrah mabrur! Enjoy ya solat di mekah n madinah.”

“Rezeki dan izin ini semua dari Allah. Tetamu Allah yang penuh kerahmatan. Grab the opportunity and u’ll see His hidayah. In shaa Allah”

“Semoga dipermudahkan urusan & dikurniakan umrah yg mabrur. ”

Artikel berkaitan: Tip Kumpul Duit Nak Pergi Buat Umrah, Boleh Ikut Cara Yang Ustaz Ini Kongsikan

Sekadar info, Awal dan Scha telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Lara Alana dan Lila Amina.

Sumber: Instagram Scha Alyahya dan Awal Ashaari

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira