Menurut istilah fikah, aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan. Dinamakan aurat kerana mendedahkan dan melihatnya adalah sesuatu yang tercela.
Aurat ialah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan yang wajib ditutup dan haram dilihat oleh orang lain. Memakai pakaian yang menutup aurat ketika mengerjakan solat menjadi syarat solat diterima oleh Allah SWT.
Bagi lelaki, aurat yang wajib ditutup ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Aurat perempuan pula meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Aurat berasal daripada perkataan Arab, “عورة” yang bermaksud keaiban.
Allah berfirman:
Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Walaupun tidak datang nas dalam al-Quran yang menghadkan aurat lelaki dan memerintahkannya menutupnya, namun harus difahami akan perintah kepada wanita agar tidak melihat aurat lelaki kerana pada bahagian tubuh lelaki tetap ada tempat yang tidak boleh dilihat.
Ia juga adalah aurat yang harus ditutup daripada pandangan orang lain.
Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut dan demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian
– Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi
Ads
Menurut mazhab Syafi’e aurat lelaki sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan adalah di antara pusat hingga lutut sahaja.
Apakah Aurat Perempuan?
Bagi menerangkan tentang aurat wanita ini, ada beberapa keadaan yang perlu difahami oleh setiap orang. Ini kerana setiap keadaan akan memberikan hukum yang berbeza.
Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti di bawah?
Aurat Ketika Solat
Aurat wanita ketika solat adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Wanita boleh bersolat tanpa memakai telekung solat, asalkan pakaian yang dipakainya menutup aurat dan boleh untuk bersolat.
Aurat Dengan Mahram
Asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah di antara pusat dan lutut. Walau bagaimanapun, menutup bahagian-bahagian tertentu badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri adalah lebih baik dan dapat menjaga maruah. Justeru, sebaik-baiknya berpakaian sempurna walaupun bersama mahram. Seorang wanita harus berasa malu dan hormat pada mahramnya, terutama kepada ayah, abang dan adik lelaki.
Aurat dengan Suami
Aurat wanita dengan suaminya ialah tidak ada batas. Tidak ada sebarang hijab di antara suami dan isteri. Jika sebelum bernikah mereka dibatasi dan diperintah menutup aurat supaya dapat mencegah fitnah dan masalah, maka setelah dinikahkan dengan sah, mereka tidak mempunyai batas antara satu sama lain lagi.
Ads
Aurat Wanita dengan Lelaki
Aurat perempuan kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangannya.
Firman Allah SWT dalam surah an-nur:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka
– An Nur 24:31
Sayidatina Aisyah r. anha pernah menceritakan bahawa pada suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar r. anha datang sedangkan dia berpakaian nipis (jarang).
Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda:
Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini. (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)
Sesetengah ilmuwan dari pandangan mazhab lain berpendapat suara wanita juga adalah aurat. Namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam di negara Asia tidak meletakkan bahawa suara wanita adalah aurat.
Tidak ada dalil al-Quran serta al-hadis mengatakan bahawa suara wanita itu aurat. Mazhab syafie dan lain-lain berpendapat bahawa suara perempuan adalah bukan aurat kerana perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.
Selain itu Isteri-isteri nabi SAW ada yang meriwayat hadis dan mereka juga bercakap-cakap dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yang bukan mahramnya.
Garis Panduan Berpakaian Bagi Wanita
Wanita boleh memakai apa sahaja pakaian, asalkan pakaian tersebut mengikut peraturan yang sudah ditetapkan oleh Islam. Sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi, mereka seharusnya belajar dan mengetahui cara sebenar menutup aurat.
Islam menggariskan panduan berpakaian menurut syarak seperti berikut:
Longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Diperbuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat pada tubuh hingga boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita.
Tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
Tidak menyerupai pakaian lelaki.
Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Senarai Golongan Mahram Dengan Wanita
Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.
Antara golongan yang menjadi mahram kepada seseorang perempuan adalah:
Suami
Bapa sendiri (bapa kandung)
Bapa suami (bapa mertua)
Anak lelaki
Anak lelaki suaminya (anak tiri) atau anak isteri bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal. Tetapi bukan anak daripada bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja)
Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
Wanita Islam yang berakhlak.
Hamba lelaki yang mereka miliki.
Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.
kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumaiyiz)
Anak lelaki susuan.
Bapa susuan.
Saudara susuan.
Bapa saudara susuan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah.
Menantu.
Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.Bagi mereka yang belum mampu dan belum mahu walaupun telah tahu, maka carilah dorongan, peringatan dan panduan untuk mendidik diri agar dapat melawan kedegilan nafsu bagi mematuhi perintah Allah.
Pengacara dan pelakon terkenal, Hawa Rizwana pernah mencipta kenangan dan rekod peribadi apabila telah berjaya menawan puncak gunung ke-29 tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu.
Menerusi hantaran di Instagram, Hawa Rizwana atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Redzuan berkongsi beberapa foto dirinya yang berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada jam 6.00 pagi pada tanggal 14 Ogos lalu.
Hawa Akui Gemar Lakukan Aktiviti Lasak
Untuk rekod, personaliti televisyen berusia 27 tahun ini sememangnya amat meminati aktiviti sukan lasak dan sering memuat naik aktiviti riadah pilihannya antaranya termasuklah berbasikal dan hiking.
“Saya sukakan aktiviti lasak sejak dahulu, jadi perkara itu tidak jadi masalah kepada saya dan saya juga suka mencuba aktiviti ekstrem ini,” katanya.
Menurut Hawa lagi, penglibatan dirinya dalam penggambaran program Real Man Malaysia: Wira Merah banyak mendedahkan dirinya dengan aktiviti lasak apatah lagi dia perlu menghabiskan masa dengan berlatih tinju, berbasikal dan aktiviti larian demi menyiapkan diri dari aspek fizikal sebelum penggambaran program terbabit.
Sukan Ekstrim & Lasak Refleks Stamina
“Apa yang saya sedar ialah saya seorang yang mampu berdaya saing kerana jika saya tidak boleh satu aktiviti itu, saya cuba sedaya upaya untuk hadapi semua halangan.”
Gadis berusia 28 tahun ini berjaya membuktikan apa sahaja mampu dilakukan sekiranya mempunyai keazaman dan keinginan untuk melakukannya.
Apa yang penting, dia membuktikan stamina dan kekuatan fizikal dan mental wanita sememangnya kuat dalam berhadapan apa jua cabaran. Syabas Hawa Rizwana!
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Pernah tak anda hadapi situasi ni, rumah terasa bahang, maka kita pun pasang lah kipas pada kelajuan maksima. Tapi, pelik angin kipas seolah tak membantu! Masih berpeluh juga dan hawa bahang tak juga hilang meninggalkan kita.
Haa.. Apa kata cuba Hijabi belek-belek kipas di rumah anda tu? Bersawang tebal kan.. Memang tak la nak rasa sejuk tu kalau kipas tu dibiarkan berbulan tak bercuci sampai sawang berkerak sebesar saiz ulat bulu.
‘Cleaning Hack’ Mudah! Hanya Ambil Masa 5 Minit Je
Nak hawa sejuk dan nyaman, tapi malas nak ambil masa lama untuk cuci kipas? Jangan khuatir sis. Cuba lakukan ‘Cleaning Hacks’ perkongsian daripada Kyvol Home ini, dengar kata hanya ambil masa lima minit je! Confirm kipas anda bersih dan mengeluarkan hawa yang sejuk lepas ni.
Perkongsian berkenaan dibuat menerusi satu muat naik video di laman Tik Tok menerusi akaun pengguna @Kyvolhometips. Tips mencuci ini bukan sahaja sahaja mudah, menariknya hijabi tidak perlu memperuntukkan masa yang lama dan memerah tenaga demi membersihkan kipas.
Cara-caranya:
1. Pertama sekali, apa yang oerlu anda lakukan adalah, sediakan plastik besar yang boleh memuatkan keseluruhan kepala kipas didalamnya.
2. Kemudian, campurkan air bersama soda bikarbonat bersama cuka dan sabun pencuci pinggan dan kacau kesemua bahan campuran itu sehingga sebati.
3. Masukkan, adunan cecair yang telah sebati itu ke dalam botol penyembur (spray bottle) dan semburkan pada keseluruhan kepala kipas yang diselaputi sawang itu. Pastikan, cecair itu mengenai keseluruhan kipas.
4. Setelah itu, tutup kipas dengan plastik besar tadi. Kemudian tekan suis membuka kipas pada kelajuan maksima. Biarkan kipas terpasang pada kelajuan berkenaan selama lima minit.
5. Setelah tempoh lima minit tamat. Anda boleh melihat habuk dan debu yang akan jatuh dan terkumpul di dalam plastik dan kipas pun bersih dan bakal mengeluarkan angin kencang di dalam rumah anda.
Haa.. Tak perlu susah payah lagi mencuci kipas kan? Dengan ‘cleaning hacks’ ini anda hanya perlukan lima mini sahaja. Jadi apa tunggu lagi, jom ‘settle’ kan kipas anda yang dah bersawang berbulan-bulan tu. Selamat mencuba!
Kebiasaannya soal jodoh sering menjadi bualan harian, terutamanya apabila melihat rakan-rakan lain semua dah berkahwin. Ada yang terus-menerus mencari jodoh yang sesuai. Ada juga yang berserah sepenuhnya. Jodoh itu rahsia Allah. Namun, perlu ada doa seiring usaha termasuklah 13 amalan rahsia ini yang boleh anda cuba amalkan untuk ditemukan jodoh.
1. JAGA SOLAT DI AWAL WAKTU
Kadang kala terfikir juga bila masanya untuk kahwin ini. Terasa jodoh itu sangat lambat datangnya. Tapi pernahkah kita bila kedengaran azan, terus bangkit untuk menunaikan solat tapi yang selalu kita buat melengah-lengahkan tuntutan solat tu. Sama jugaklah dengan jodoh kita.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Solat pada awal waktu, dari awalnya mendapat keredhaan Allah dan di akhirnya mendapat keampunan Allah ”Riwayat al-Tirmizi
2. BETULKAN NIAT PERKAHWINAN
Kita kena betulkan niat kita berkahwin adalah untuk mendapat redha Allah. Itulah sebenarnya matlamat hidup kita. Bukan hanya kerana bersandarkan nafsu semata-mata atau mahukan populariti.
3. BACA SURAH YAASIN SETIAP PAGI
Surah Yaasin merupakan hati atau jantung Al-Quran. Biasanya surah Yaasin kerap dibaca pada malam Jumaat atau ketika melawat orang sakit atau yang meninggal dunia. Namun, surah ini jika diamalkan setiap hari, banyak manfaat yang bakal kita dapat. Allah akan mudahkan segala urusan hati itu. Bagi yang tiada jalan keluar pun Allah akan permudahkan. Insya-Allah.
4. BACA SURAH AL-WAQIAH SETIAP MALAM
Amalan surah al-Waqiah akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah termasuklah jodoh.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:
“Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.”Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.
5. BERTERUS-TERANG
Bila kita hendak hilangkan bebanan dihati kita, rasanya tidak salah untuk kita berterus terang kepada lelaki yang kita suka. Jika ada jodoh Insya-Allah kita akan membina cinta yang halal. Selebihnya serahkan saja pada Allah. Jika tidak berjaya, ingatlah bahawa ada yang lebih baik Allah sediakan untuk kita.
6. JANGAN TERLALU MEMILIH
Sikap memilih ini juga penting tetapi jangan berlebih-lebihan kerana tiada yang sempurna. Ini juga penyebab melambatkan jodoh kita untuk datang. Ada yang sudah dirisik oleh calon yang sesuai dan dia bersedia untuk terus menikah, namun ditolak disebabkan faktor-faktor tertentu. Jodoh kita sebenarnya cerminan diri kita. Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Asalkan agamanya dan akhlaknya baik dan mereka datang dari keluarga yang baik-baik, itu sudah cukup untuk dijadikan pilihan.
7. CARI KEBAIKAN ORANG LAIN
Kita semua tiada apa-apa kerana semuanya milik Allah. Jauhi sikap memandang rendah kepada orang lain dan berbangga dengan apa yang kita ada. Kita semua sama. Allah boleh beri dan ambil bila-bila masa yang Dia mahukan.
8. TAHAJJUD SETIAP MALAM
Bangunlah di sepertiga malam. Jika tidak mampu, cukup sekadar dua rakaat. Beberapa minit sebelum Subuh masih sempat untuk kita amalkan. Itu juga sudah dikira sebagai tahajjud. Dan berdoalah. Doalah apa saja. Allah sayang hamba-Nya yang sentiasa bertahajjud dan meminta doa kepada-Nya. Di saat insan lain terlena, kita bangun dan beibadah kepada-Nya. Dan cubalah untuk menangis setiap kali kita bertahajjud. Dengan izin Allah, doa kita sangat makbul saat kita berserah segalanya dan merayu kepada-Nya.
9. BANYAKKAN SENYUM DAN SEDEKAH
Selain dari sedekah berupa wang ringgit, senyuman juga sebenarnya sudah sebahagian daripada sedekah. Senyum juga menarik orang di sekeliling untuk sukakan kita. Senyum-senyum jugak tapi pandangan tetap perlu dijaga. Hatinya tenang tanpa resah, malah rezekinya pasti berlipat kali ganda. Jodoh itu juga sebahagian daripada rezeki. Bersedekahlah!
10. MENJAUHI PERKARA HARAM DAN MAKSIAT
Kita tidak bahagia saat kita berbuat dosa. Dosa kita itulah sebenarnya yang membuatkan kita jauh daripada Allah. Sebenarnya hidup kita akan bahagia saat kita sentiasa ingat akan Allah. Tidak semestinya saat kita sudah ada pasangan, barulah kita bahagia. Islam itu mudah kepada orang yang hatinya kenal Allah. Hidup ini juga akan mudah saat kita kenal Allah. Bahkan perkahwinan juga akan mudah bila kita kenal Allah. Itulah kuasa Allah. Subhanallah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...