Isi Kandungan
ToggleSelain Nurul Izzah, kelibat ibunya, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga turut mencuri tumpuan sepanjang kempen PRu 14 yang lalu. Mana tidaknya wanita ini yang tampil cukup sederhana, penuh santun dan ceria ini tetapi mempunyai aura tersendiri. Malah sikap lembut, penyayang dan begitu ambil berat membuatkan kita merasakan dia seperti emak kita sendiri.
Ketabahan wanita ini memang cukup menjadi inspirasi di luar sana. Ramai yang tahu kisahnya dipisahkan dengan suami tercinta ketika anak-anak masih kecil. Namun beliau tidak patah semangat, malah tetap teguh berjuang hinggalah segalanya menjadi kenyataan.
Ibu kepada 6 anak ini dilihat sebagai seorang wanita yang luar biasa. Biarpun pelbagai ujian melanda, beliau tetap tabah menghadapinya. Baginya anak-anak dan suami adalah sumber inspirasi dan kekuatan hidup.
“Saya akui anak-anak dan suami adalah kekuatan saya. Cinta, kasih dan sayang memang teguh di hati saya untuk keluarga ini. Saya perlu bangkit bagi membela suami dan anak-anak saya. Fikirkan untuk masa depan dan menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang diamanahkan oleh suami, hidup ini sementara dan akhirnya kembali kepada Allah jua,” katanya ketika ditemu bual secara eksklusif bersama majalah Keluarga.
Menurutnya jika berdepan dengan setiap ujian, Wan Azizah akan membaca surah Al-Mulk ayat 1-5 barulah dia akan benar-benar mengerti. Ini yang menjadi pegangannya kerana semua yang berlaku adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya.
Melihat pada kulitnya yang cantik, wanita kelihatan Singapura yang sudah berusia 66 tahun ini sebenarnya begitu menjaga personaliti.
“Dulu suai saya pernah berkata dalam nada seloroh kepada saya, katanya kalau gemuk dia kahwin lain. Jadi saya percaya setiap suami mahukan seoragisteri yang pandai menjaga penampilan.
“Manakala hal penjagaan kulit pula tidak terlalu cerewet. Apa yang saya tekankan pada pemilihan produk mestilah bersumberkan bahan-bahan asli. Kalau siapa perasan, hidung saya sering nampak sedikit berminyak dan berkilat. Jadi saya gunakan bedak. Itu sudah cukup ringkas dan tidak perlu banyak masa bersiap,” tambah beliau yang juga menjaga pemakanannya.
Dr Wan Azizah juga elak mengambil makanan yang syubhah kerana menurutnya mudah diserang sakit kepala jika termakan makanan begitu.
Lagi satu yang menjadi keistimewaan wanita hebat ini adalah penampilannya yang cukup manis berbaju kurung serta setia dengan tudung polos dengan stail ikatan begitu.
Biarpun hanya tudung yang di kelepet kemas melekap didahi, namun Dr Wan Azizah tetap terampil manis dan mendamaikan mata memandang.
Ayuh, kita lihat 10 OOTD Wan Azizah sepanjang kempen PRU 14 ini. Sama seperti anaknya, Nurul Izzah mungkin gaya hijab beliau akan jadi trend Syawal nanti.
#1. Penuh Semangat
#2. Popular Di mana-Mana
#3. Saat Minum Petang Bersama
#4. Tetap Ceria
#5. Bersama Kipas Hikmat
#6.Tidak Kekok Walau Di mana Berada
#7. Merakam Kenangan Bersama
#8. Cukup Tenang Orangnya
#9. Beri Sokongan
#10. Ada Aura Tersendiri
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR WAN AZIZAH & PINOGRAPHY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Kisah Masuk Akaun Suami@Isteri : Duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bukan Duit ‘Joli’ Tapi Duit Untuk Survival
Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat secara berperingkat bermula 6 April 2020.
Sejumlah RM3.24 bilion diperuntukkan bagi pembayaran fasa pertama kepada golongan B40 iaitu isi rumah pendapatan di bawah RM4,000 manakala RM1.81 bilion kepada bujang berpendapatan di bawah RM2,000.
Kerajaan juga memperuntukkan RM440 juta untuk golongan M40 isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000 dan RM140 juta kepada bujang (pendapatan RM2,001 hingga RM4,000).
Pembayaran BPN diawalkan dan dibayar secara berperingkat bermula 6 April (Isnin) hingga 12 April bagi penerima B40.
Manakala bagi M40 pembayaran akan dibuat bermula 13 – 15 April 2020.
Namun persoalannya ke akaun siapakah (suami atau isteri) sepatutnya wang ini disalurkan bagi memastikan matlamat kerajaan untuk membantu rakyat akan tercapai?
Baca perkongsian Firdaus Shakirin ini.
“Encik, duit bantuan BPN ni nanti masuk akaun siapa…?”
Klu ikut kefahaman saya, masuk ke akaun yg ada pada database LHDN…klu akaun suami ada kat LHDN, maka masuk ke akaun dia…
“Kalau saya pun nak apply, buat permohonan baru, boleh x…?
Satu keluarga, satu bantuan sahaja sepatutnya sbb bantuan ni dah kira pendapatan isi rumah, maksudnya pendapatan suami ditambah dgn isteri then awak akan tahu isi rumah awk kategori mana…bwh 4k atau atas 4k…dpt RM1600 atau RM1000…
“Tapi boleh tak klu saya nak apply jugak…?”
Wallahualam, saya tak pasti, mgkin bleh call hotline atau tggu PKP habis dan direct ke LHDN….
Sis, boleh saya tanya kenapa awk nak apply utk diri awk…? Kenapa tak mintak je dari suami nnt bila duit tu masuk…?
“Sebelum PKP, saya ada la niaga sikit2, duit niaga tu la saya guna utk diri sendiri, beli kelengkapan dapur dan makanan…duit suami, dia guna kat dia ja, tapi bila duit dia hbis, dia mintak duit saya…skrg PKP ni, saya dah xleh nak niaga, duit saya pun dh tinggal sedikit…sbb tu saya nak mintak bantuan BPN tu utk saya…duit masuk akaun saya…”
Speechless terus saya…
Hebat sis ni sebab dia masih berjaya bertahan dgn suami yg mcm tu…hebat sis ni sebab dia cari duit sendiri dan kurang bergantung pada duit suami…
Tapi, nusyuz dan lemah si suami ni bila membiarkan isteri mencari duit sendiri…nusyuz dan lemah si suami bila hanya menggunakan duit sendiri utk kepentingan sendiri…nusyuz dan lemah si suami bila tidak berbuat baik kpd isteri…nusyuz dan lemah si suami bila tidak menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya terhadap isteri…
SIAPA YANG LEBIH BERHAK?
Siapa yg berhak dapat duit ni, isteri atau suami…? Bagi saya, duit yg dapat ni bukanlah boleh dikategorikan sebagai duit lebih, duit extra…duit ini hanya utk meneruskan survival, kelangsungan hidup ketika pandemic covid-19 atau kemelesetan ekonomi selepas pandemic covid-19…
Beli barang dapur, penuhkan keperluan dan kelengkapan dapur…stok brg kering, stok brg mentah dan simpan sedikit utk bulan2 berikutnya…duit utk digunakan pada barang keperluan asas, bukan hobi, bukan minat, bukan kehendak…
Ini duit utk keperluan harian, maka sepatutnya tidak perlu timbul isu siapa yg patut dapat, isteri atau suami sekiranya org yg dapat bantuan ini menggunakannya pada tempat yg sepatutnya…
Semoga faham…
Sumber kredit: Firdaus Shakirin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Salah Guna Nikmat Allah, Gara-Gara Suka Sangat Share Gambar Di Media Sosial. Waspada Dengan Penyakit Ain!
Isi Kandungan
ToggleDalam dunia ini ada pelbagai ragam manusia. Ada yang berhati baik, selalu menolong orang, ikhlas dan jujur. Tetapi ada juga sebaliknya yang hati memang kotor dan penuh hasad dengki.
Perkongsian daripada pengguna laman sosial ini boleh kita ambil iktibar. Betapa jahat dan kotornya yang dinamakan penyakit Ain (mata).
Jangan Salah Guna Nikmat Allah
Daripada matalah segalanya boleh terjadi perkara yang tidak elok. Ini kerana dengan pancaindera yang satu itu kita melihat segala kebaikan dan keburukan orang lain.
Berjaga-jaga dengan pandangan kita kerana boleh melontarkan diri ke lubuk paling dalam. Boleh berlakunya pujian dan kemudiannya melahirkan sifat dengki melihat paparan kebahagiaan di media sosial contohnya.
Sebaiknya jagalah mata dengan sebaik-baiknya dan jangan salah guna nikmat Tuhan yang satu ini. Bahaya penyakit Ain seperti diceritakan oleh Cik Puan Syarifah Furaiha ini begitu menakutkan hingga boleh bawa maut.
Ini perkongsiannya dari Fara yang mengakui dirinya juga alpa suatu ketika dulu.
Dulu Fara adalah seorang yang sangat berpegang dengan scientific evidence. Tanpa bukti, susah percaya.
Kemudian Allah izinkan Fara melalui pengalaman yang tak tergambarkan. Bertahun saya dengan guru saya, kami dinasihat agar menjaga adab. Simpan kemas rapat rapat segala nikmat yang Allah kurniakan.
Tapi yelah, saya masih muda dan mentah. Nasihat syeikh kami terbang bagaikan angin yang berlalu.
Syeikh pesan, kita jaga adab jangan tayang muka cantik kita. Kita ada suami baik,hensem dan soleh tak perlu tayang kebahagiaan rumah tangga kita. Kita ada anak gebu, comel, tak perlu dipuji anak kita yang comel itu di media sosial.
Ini tidak, anak umur sehari pun dah tayang macam macam lepastu pelik kenapa anak asyik sakit, lemah badan dan menangis. Peluk dengan suami, happy sana sini semua tunjuk, lepastu gaduh tak berhenti.
Sabda nabi, pada setiap nikmat ada hasad.
Tapi saya mana dengar nasihat tu semua. Kalau boleh semua nak share dengan orang sebab kita tengah bahagia.
Tahukah anda dulu ada sorang kakak ni cantik sangat, semua lelaki berebut dan suka dengan dia. Disebabkan muka dia cantik dan menjadi igauan para lelaki,ramai sangat perempuan yang kenal dengan akak tadi hasad gila dengan akak yang tadi.
Tak lama lepas tu,tanpa sebab tak pasal pasal mulut akak tadi jadi herot, senget. Inilah penyakit ain tuan puan.
Berapa ramai perempuan yang muka asalnya cantik bebas setitik noda pun tapi tiba tiba jadi menggerutu dan buruk bila terkena ain orang.
Penyakit yang berasal dari pandangan benci orang kepada kita atas nikmat yang kita ada yang boleh menyebabkan bukan takat hancur kehidupan kita bahkan boleh membawa maut. Pandangan hasad adalah sangat kuat dan berbahaya.
Ada kes kedua, di Tarim. Ada sorang pelajar ni rambut dia sangat cantik. Lebat,hitam,lurus dan lawa. Habis satu asrama puji rambut pelajar tadi.
Tak lama lepastu, kepala perempuan tadi jadi bernanah dan buruk. Mengeluarkan bau nanah yang masyaAllah sangat busuk. Habis rambut tadi gugur.
Di Tarim, baby yang baru lahir akan ditulis ibu bapanya dengan tulisan Allah atau MasyaAllah pada dahi baby tadi agar tetamu yang datang melihat,jika baby tadi gebu dan comel, mereka akan memuji Allah dan menjauhkan penyakit ain tadi yang boleh menyebabkan bayi tadi sakit dan meninggal.
Segala sandaran dan pujian disandarkan kepada Allah. Penyakit ain bukan hanya datang dari mata yang hasad dan benci bahkan dari pujian yang terlalu mengagumi susuk tubuk seseorang.
Pujian yang terlalu kagum dan fanatik tadi bila tidak disandarkan kepada Allah akan menyebabkan tuan punya badan yang dipuji tadi jatuh sakit teramat teruk tanpa sebab.
Tak perlu argument, penyakit ain ini pernah terjadi pada sahabat Rasulullah yang dipuji keelokkan tubuh badannya yang menyebabkan beliau jatuh pengsan sejurus dipuji. Boleh rujuk ustaz.
Di Mesir, jarang kita tengok kereta berkilat (selain faktor debu), ramai antara mereka dengan sengaja membiarkan calar dan kotor pada kereta bahkan ada yang sanggup mencalarkan kereta baru masing masing kerana takut penyakit ain dari jiran yang akan menyebabkan kereta tadi asyik accident sahaja bahkan boleh membawa maut.
Semua cerita di atas adalah benar. Berapa ramai sebenarnya yang didepan kita sentiasa memuji dan mengagumi kita tapi dalam hati mereka ada dengki yang menyebabkan kita terkena ain.
Saya fikir kembali, bagaimana dengan orang yang ada sangat banyak nikmat pada dirinya, kekayaan yang melimpah ruah, murah rezeki, muka atau fisikal cantik, pasangan baik dan hubungan bahagia, anak yang comel dan bijak dan lain lain nikmat dunia yang Allah kurniakan.
Apa yang saya kongsikan adalah cuma setitik dari apa yang kita alami.
Saya dulu pun pernah buat silap. Di usia muda, Allah kurnia nikmat sangat banyak yang tak ramai orang dapat.
Saya dulu terlupa, bila saya share masing ramai antara kita yang tidak mendapat nikmat itu. Saya yang tidak beradab.
Kita fikir kembali dan perbetulkan yang mana patut. Moga Allah lindung kita kerana Allah lah sebaik pelindung. Bantulah saya kongsi nasihat ini.
Syeikh pesan, banyak hati hati dengan hasad dengki orang dan banyak kunci mulut melainkan bercakap/tunjuk apa apa sahaja yang buat orang lain suka juga. Moga bermanfaat.
Orang Malaysia jarang tahu tentang penyakit ain seperti di tanah arab, well known. Yang kita tak tahu tak bermakna salah dan tak wujud. Belajar dulu ya.
Yang cantik itu kita simpankan
Yang banyak itu kita sorokkan
Yang bahagia itu kita rahsiakan
Apa Itu Penyakit Ain
Penyakit ‘ain adalah thabit di dalam nas-nas syara’. Allah SWT berfirman:
وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ
Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),
Surah al-Qalam (51)
Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) “Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)
Di dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sasaran dan pengaruh “mata” benar-benar nyata adanya atas perintah Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis yang diriwayatkan dari pelbagai jalan yang banyak. (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 8/260)
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
الْعَيْنُ حَقٌّ
Maksudnya: “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.
Riwayat Muslim (5831)
Imam al-Nawawi berkata: “Pada hadith ini terdapat ithbat keimanan pada takdir Allah SWT dan benarnya perkara ‘ain (penyakit ‘ain) dan bahawa ia sangat berbahaya.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/328)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani pula berkata: “Maknanya ialah orang yang ditimpa bahaya kerana sesuatu yang telah Allah SWT tetapkan ketika seseorang memandangnya, hakikatnya terjadi dengan takdir Allah SWT yang telah ditetapkan sebelumnya, bukan sesuatu yang baru sahaja diciptakan oleh orang yang memandang terhadap yang dipandang.”
Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”
Beliau turut berkata: “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” (Lihat Fath al-Bari, 10/203-205)
Rawatan Penyakit ‘Ain
Sekiranya seseorang terkena penyakit ‘ain, berubatlah dengan rawatan secara syar’ie, iaitu:
- Dibacakan ruqyah atau doa.
Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:
لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة
Maksudnya: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..”
Riwayat al-Bukhari (5705) dan Muslim (220)
- Dimandikan dengan air.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: “Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.” Tidak berapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW, lalu dikatakan: “Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.” Baginda SAW bersabda: “Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.” Baginda SAW bersabda:
عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ ، إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ
Maksudnya: “Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”
Kemudian Baginda SAW meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwudhu’. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya. Nabi SAW memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl. Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.”
Riwayat Ibn Majah (2828), al-Nasa’ie (10036)
Ibn al-Qayyim Rahimahullah berkata:
هَذِهِ الْكَيْفِيَّةُ لَا يَنْتَفِعُ بِهَا مَنْ أَنْكَرَهَا وَلَا مَنْ سَخِرَ مِنْهَا وَلَا مَنْ شَكَّ فِيهَا أَوْ فَعَلَهَا مُجَرِّبًا غَيْرَ مُعْتَقِدٍ
“Cara pengubatan ini tidak akan dapat mengambil manfaatnya bagi orang yang mengingkarinya, orang yang mempersenda-sendakannya, orang yang meragukannya atau yang melakukannya sekadar cuba-cuba tanpa meyakini.” (Lihat Fath al-Bari, 10/205)
Berlindung Dari Terkena Penyakit Ain
Berusaha berlindung daripada penyakit ain adalah dibolehkan serta ia tidak menafikan konsep tawakkal. Ini kerana tawakkal adalah bergantung kepada Allah SWT disertai dengan melakukan asbab perkara yang diharuskan atau diperintahkan dengannya.
Berlindung kepada Allah SWT merupakan pencegahan terbaik daripada terkena penyakit ‘ain malah daripada segala mara bahaya. Nabi SAW memperlindungkan al-Hasan dan al-Husin R.Anhuma sepertimana dalam hadith Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda SAW bersabda:
أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”
Riwayat al-Nasa’ie (7679), Abu Daud (4737),
Ibn Majah (3525), dan al-Tirmizi (2060)
Akhir kalam, kami juga mengajak kepada pembaca untuk mengamati dan tadabbur surah al-Falaq serta mengamalkannya supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki. Makanya kami akhiri perbincangan ini dengan surah al-Falaq:
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ﴿١﴾ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ﴿٣﴾ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ﴿٤﴾ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1) “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2) “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”
Surah al-Falaq (1-5)
SUMBER: Pejabat Mufti Wilayah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Concealer Hack’, Tiktoker Ini Ubah Kebiasaan Sapuan Concealer Juru Solek Pro. Hasilnya Luar Biasa!
Isi Kandungan
ToggleAplikasi TikTok tidak pernah sunyi dari trend kecantikan yang tidak masuk akal. Terdapat pelbagai helah solekan seperti pemerah pipi gincu, menggunakan tan palsu sebagai pelapik bibir dan menggunakan penggelek jed untuk menggunakan asas. Semuanya persis tidak masuk akal sehingga anda sendiri mencubanya
Terbaharu ramai peminat kecantikan mencuba helah yang menyaksikan anda mengabaikan kaedah biasa menggunakan concealer. Menggunakan concealer, dengan melukis sepasang cermin mata pada muka anda sebelum mengadun dengan span solek lembap atau berus.
@serenalakkissGlasses concealer trend🙃 What do we think of this one?! ##concealerhack♬ original sound – tarte cosmetics
Anda mungkin bertanya, mengapa? Nah, menurut TikTokers @serenalakkiss, penggunaan concealer dengan cara ini menjadikan asas pembayang mata yang sempurna dan memberikan penampilan yang lebih bermaya. Lebih dari 962.8k tontonan video TikTokers ini. Malah TikToker @glamwithsuzan juga baru-baru ini menjadi tular, mendakwa penggodaman itu berfungsi sebagai penyembunyi bawah mata yang hebat. Walaupun dia kelihatan seperti watak kartun, hasilnya apabila siap di bawah mata cerah, bebas daripada lingkaran hitam atau perubahan warna.
@glamwithsuzan Besties would you try this #concealerhack ?!😂🤓 #makeup #viralmakeup #makeuphacks #beautyhacks #makeuptrend #fypシ ♬ original sound – tarte cosmetics
Lingkaran hitam adalah normal, apabila usia semakin meningkat, saluran darah dan otot ungu di bawah mata kita mungkin menjadi lebih kelihatan. Walaupun lingkaran hitam mungkin tidak mengganggu anda, ia boleh menjadi titik rasa tidak selamat bagi orang lain, yang menjelaskan mengapa concealer sering dianggap sebagai produk kecantikan padang pasir.
@thesnkmagic What do you think of this hack? #concealertrick #eyeglassconcealer #makeuphack #beauty #fyp #trend ♬ original sound – tarte cosmetics
Pilih aplikator yang tepat, dengan padanan warna yang satu atau dua tona lebih terang daripada asas wajah. Melukis cermin mata adalah mudah, walaupun akhirnya kelihatan seperti penyamar Harry Potter pada sambutan Halloween. Sejujur anda akan Nampak hodoh sebelum meratakan sepenuhnya dengan Span dan mula mengadun.
Hasilnya anda pasti terfikir adakah wajah ini baru disentuh olek juru solek professional. Tidak ya! Kuasa teknik concealer ini menampilkan solekan anda kelihatan lebih baik, seolah-olah seorang profesional telah menyempurnakan asas saya. Sudah tentu, ia adalah lebih penyembunyi daripada yang biasa anda gunakan, ia memberikan kulit anda sedikit keseragaman dan bukannya membuat bawah mata anda kelihatan berlapis dalam produk atau warna yang berbeza.
@jacquelinekilikita #stitch with @glamwithsuzan It works! #beautyinatik #glassesconcealer #concealerhacks ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Sapuan concealer ke atas batang hidung Nampak pelik, tetapi membantu menyelimuti rona gelap di sudut dalam mata anda. Walaupun anda tidak memakai pembayang mata, setelah mencuba penggodaman ini, concealer menghasilkan asas yang lebih baik daripada primer pembayang mata. Sapuan concealer berkrim berfungsi seperti pelekat untuk sebarang warna yang anda sapukan di atas dan ia juga meningkatkan keserlahan warna pembayang mata.
Jadi ya, walaupun nampaknya TikTokers sentiasa mencipta cara baharu yang tidak masuk akal untuk memakai solekan, ini sebenarnya tidak mengjengkelkan dan berdasarkan bilangan suka dan komen kolektif, komuniti solekan TikTok. Jika anda mencari concealer baharu di pasaran dan ingin mencuba hack ini, pastikan anda memilih satu dengan aplikator doe-foot yang fleksibel dan plihan warna yang bergerak bersama kulit dan tidak menjadi berkapur.
Ini senarai concealer terbaik dipasaran:
Liquid Touch Brightening Concealer Rare Beauty By Selena Gomez
Kulit yang berseri-seri dan berembun hanya perlu disapu dengan concealer berkrim ini, yang diselitkan dengan bahan-bahan penghidratan seperti teratai, gardenia dan teratai air putih.
Pro Filt’r Instant Retouch Concealer Fenty Beauty by Rihanna
Mudah untuk mengandaikan bahawa semua yang disentuh Rihanna bertukar kepada kecantikan. Kenyataan itu adalah benar terutamanya apabila ia berkaitan dengan concealer Fenty Beauty. Rih memberi anda rangkaian warna yang luas untuk dipilih dan formula tanpa lipatan yang berfungsi dengan baik dengan produk lain.
Radiant Creamy Concealer Nars
Pilihan ramai YouTuber, formula yang menyerlahkan dan adunan lancar yang membuktikan kekuatannya.
Flawless Fusion Ultra Longwear Concealer Laura Mercier
Concealer Laura Mercier sangat menghidratkan kulit yang kering, terasa sangat ringan namun memberikan rupa liputan penuh dan menjadikannya kelihatan seolah-olah anda mendapat tidur lapan jam yang baik .
Vanish™ Airbrush Concealer Hourglass
Tidakkah anda benci apabila concealer anda bergumpal atau ‘crack’ selepas beberapa jam? Sama! Jangan risau lagi, produk ini boleh bertahan selama berjam-jam. Sama ada ditetapkan dengan serbuk atau kendiri, permata dari Hourglass ini menjadikan solekan anda kelihatan berus udara dan bersedia untuk bertahan dalam ujian masa.
The Overachiever High Coverage Concealer Huda Beauty
Jika ada satu perkara yang Huda Beauty faham, mata bukan sahaja tingkap jiwa tetapi salah satu langkah terpenting dalam rutin solekan anda. Jenama ini telah memecahkan kod itu dengan palet pembayang mata yang cantik, tetapi penyembunyinya memperoleh mata coklat tambahan. Ia didatangkan dengan hujung logam yang mudah meluncur produk di bawah mata anda tanpa membazir produk atau mengambil asas dan primer.
Turn Up the Base Buttersilk Concealer ONE/SIZE by Patrick Starrr
Bercakap tentang konsistensi yang hebat, produk terbaru One/Size ialah formula licin baldu yang menambahkan uumph tambahan pada tapak anda tanpa meninggalkan tompok kering atau mengendap ke dalam garis halus.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI