Musim mengundi hangat diperkatakan di kalangan rakyat Malaysia, malah yang hangat dibualkan sekarang bukan sahaja parti dan pemimpin yang bakal menjadi puncak pimpinan.
Proses penamaan calon untuk pilihan raya umum ke-15 sudah tamat. Tiba masanya, calon-calon sudah sibuk meraih undi dengan harapan mendapat gelaran “Yang Berhormat” selepas 19 November nanti. Jika dahulu calon-calon di kalangan ahli politik yang sudah sinonim di dalam fikiran kita, ada juga yang mereka ini sudah menjadi pemimpin. Namun kebelakangan ini selebriti dan pendakwah bebas juga turut tercalon di dalam senarai penamaan.
Pemimpin Itu tak betul, ini tak betul
Pelbagai persoalan yang bermain di kotak fikiran, ketika kita sibuk untuk membuat pilihan, datang suara-suara kecil yang menidakkan intergriti seorang pemimpin.
“Politik kotor, politik tak boleh dipercayai, politik kroni…”
Pendakwah bebas Ustazah Asma Harun tampil bersuara agar tiada tanggapan yang salah antara mereka. Bukan semua dikalangan mereka dikaitkan dengan politik kotor ada juga antara mereka golongan yang benar memimpin demi agama, bangsa dan Negara.
“Jangan sampai kita tersalah sebar, sedangkan ada pemimpin yang beriman, memasuki politik melepaskan jawatan dan gaji malah ketenangan hidupnya untuk berada dalam sistem pemerintah, supaya tidak jatuh pada orang yang salah,” ujar Ustazah Asma dalam ceramahnya.
Jika kita menafikan peluang seorang pemimpin yang berkaliber untuk berkhidmat untuk rakyat Malaysia atas dasar fahaman politik, rakyat yang akan rugi. Bukankah tujuan demokrasi untuk membolehkan rakyat memilih pemimpin yang terbaik dan membela nasib mereka?
Ads
Susur galur keluarga kalangan politik
Sudah menjadi kebiasaan, membesar dalam keluarga politik, susur galur keturunan Ustazah Asma Harun tak perlu dipertikaikan.
“Subhanallah! Atuk saya juga orang politik, bertanding jadi YB malah sehingga ke Exco negeri, saya memang membesar dalam susana politik,” terangnya lagi.
Pemimpin dari golongan pendakwah bebas bukan baharu, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merupakan ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Besar Kelantan. Susulan pendakwah bebas Ustaz Kazim Elias salah satu penama yang tercalon (kini sudah menarik diri), adakah ustazah juga ingin melibatkan diri dalam dunia politik.
“Ustazah taknak masuk ke, ustazah masuk mesti menang,” seloroh si penanya.
Ujarnya lagi tidak memilih untuk melibatkan di dalam bidang politik. Dia juga berpendapat ada sesetengah individu menyebarkan dakwah pada ummah melalui pemerintahan, tetapi saya kekal jalan dakwah yang dijalankan sekarang kerana pelbagai lagi perkara yang perlu dibuat. Akuinya lagi menjadi ahli politik masa yang tertumpu untuk keluarga hanya berbaki 10 peratus, manakala 90 peratus lagi untuk ummah.
Salah mengundi kena jawab dengan Allah
Patutkah kita membuang undi berdasarkan parti atau individu? Generasi masa kini mula rasa tidak penting untuk keluar mengundi atas dasar tidak percaya lagi intergriti seorang pemimpin. Gusar membuat pilihan takut dipersoalkanNya, lantas jalan paling mudah tidak mengundi.
Ads
“… alah semua tak boleh percaya, salah pilih kena jawab depan Allah, adakah jika tidak mengundi, individu itu tidak perlu menjawab dengan Allah,” Ustazah Asma mempersoalkan sikap sesetengah individu.
Sedih dengan septikal orang melayu bergagama Islam yang mula tidak endah dengan sistem pemerintahan, bimbang akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Fenomena ini bukan unik di Malaysia. Tetapi sudah tiba masanya pengundi Malaysia memberi lebih pertimbangan ke atas individu dan bukannya menyokong parti secara membuta tuli.
Dalam ceramahnya lagi menyeru agar membuat pilihan yang tidak mengelirukan, jika ada rasa bimbang dengan integriti pemimpin itu, pilih sahaja yang kurang memudaratkan dan pasti saranannya untuk anda melakukan istikarah atas kekeliruan.
Bawa semangat arwah ayah untuk mengundi
Di Malaysia, sejak sekian lama, pengundi lebih cenderung memangkah di kertas undi berdasarkan parti, bukan individu. Ustazah Asma Harun bersemangat untuk pulang ke kampung halaman di Terengganu untuk mengundi walaupun akan menempuh kesesakan jalan raya demi satu undi.
Ads
Bercerita pengalaman arwah ayah beliau ketika itu yang menghidap 3 jenis penyakit kanser (kanser esafagus, paru-paru dan kanser darah), tetap bersemangat untuk mengundi walaupun keadaan tidak diizinkan oleh doktor.
“Walaupun satu undi..” ayah menyakinkan kami.
Atas semangat dan kerjasama pihak hospital, kenderaan hospital mengiringi arwah ayah ke pusat mengundi. Atas dasar rasa tanggungjawab untuk mengundi, arwah ayah Ustazah Asma Harun menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Sebagai seorang rakyat yang mengambil inisiatif ini, beliau menyeru agar anda keluar mengundi bagi memastikan negara ini diperintah oleh orang yang beriman, bertakwa dan amanah. Dalam hadis berikut kita semua akan ditanya olehNya apa peranan kita di muka bumi ini, bukan hanya pemimpin.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Penghijrahan pelakon tanah air, Datin Lisa Surihani, telah menjadi satu inspirasi buat ramai apabila dia sudah mengambil keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya. Kisah penghijrahannya juga masih di kongsikan bersama orang ramai sehingga ke hari ini.
Masa yang di ambil oleh seseorang itu juga merupakan satu perjalanan bagi proses penghijrahan bagi seseorang individu. Apa yang terjadi masa lalu juga tidak dapat di kawal.
Tidak mampu mengawal tayangan filem-filem lama lakonannya
Sering mendapat pujian dan menjadi idola buat kebanyakan orang yang ingin berhijrah ke arah pegangan Islam yang sebenarnya, keputusan Datin Lisa Surihani menjadi perhatian orang ramai sejak dia mula berhijab dan menutup aurat sepenuhnya.
Pelakon yang berumur 36 tahun itu tidak menafikan bahawa dia tidak mampu untuk menapis atau mengawal tayangan filem-filem yang pernah di bintanginya terdahulu. Ramai juga mengenalinya sebelum dia mula menutup aurat sepenuhnya.
Menurut temubual bersama mStar, Lisa akur dengan situasi itu dan hanya mampu menitipkan doa agar penghijrahannya penuh dengan istiqamah dan di beri keberkatan oleh Allah SWT. Dia juga mengharapkan mampu menjadi seorang ummah yang lebih baik dan dapat dipermudahkan segala urusan dalam perjalanan hidup.
Lisa juga menafikan anggapan beberapa pihak yang memaklumkan bahawa dia mengambil keputusan berhenti untuk berlakon selepas berhijrah. Malah, dia juga memaklumkan sedang menjalani proses penggambaran lakonan dan turut di lamar beberapa tawaran lain yang masih di pertimbangkan.
“Nak kata saya sudah berhenti berlakon tidak juga sebab saya sedang menjayakan sebuah penggambaran melakonkan watak cameo (pelakon undangan),
“Ada juga beberapa tawaran masih dalam pertimbangan. InsyaAllah jika ada watak yang bersesuaian saya terima,” katanya lagi.
Luahan syukur dari Lisa kerana di kurniakan seorang suami seperti Datuk Yusry Abdul Halim yang tidak menghalang serta meletakkan syarat untuknya berlakon. Pengarah yang cukup terkenal itu jua meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Lisa untuk meneruskan karier sebagai pengkarya seni.
“Alhamdulillah, suami hormat dan percaya saya boleh buat keputusan bersama dengan pihak pengurusan,
“Tapi apa-apa pun saya akan berbincang juga dengan dia sebagai suami dan isteri.” jawabnya soal karier lakonan.
Datin Lisa Surihani di temui di majlis sidang media program baru Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa lepas. Dia juga telah mula berhijab sejak Jun 2019 masih giat aktif dalam industri seni.
Sumber info dan gambar: mStar dan Datin Lisa Surihani
Malang tidak berbau. Ketika sedang mengupas buah mangga tiba-tiba jari terluka. Biasalah ada kalanya kemalangan kecil berlaku tanpa disangka. Selalunya ketika keadaan ini berlaku, ramailah yang mencuba pelbagai jenis petua untuk merawat luka.
Tidak kurang juga yang berkongsi pantang larang yang perlu dielakkan ketika luka masih belum sembuh. Macam-macam yang tidak boleh dimakan kononnya bagi mengelakkan luka jadi bernanah, gatal dan menyebabkan parut hitam.
1. Lebih dalam luka, lebih sakit
Mitos. Lebih banyak penderia kesakitan terletak pada lapisan paling kulit paling luar (epidermis). Oleh itu luka dangkal seperti luka tersagat, adalah lebih sakit daripada luka tikaman atau luka terbelah.
2. Luka perlu dicuci dengan alkohol untuk basmi kuman
Mitos. Alkohol digunakan untuk membasmi kuman pada kulit yang tiada luka. Pencucian luka dengan alkohol amat memedihkan dan boleh menyebabkan sel di dalam luka akan mati. Ada cucian antiseptik yang lebih mesra luka. Jika luka tiada tanda-tanda jangkitan kuman, hanya perlu cuci luka dengan air saline.
3. Mandi laut akan percepat luka sembuh
Di hospital, luka yang tiada jangkitan dicuci dengan air garam(NaCl 0.9%). Namun begitu,ia tidak bermakna air laut baik untuk pemulihan luka. Air laut kadangkala dicemari dengan kuman, maka ada risiko untuk luka dijangkiti kuman. Selain itu kepekatan larutan garam dalam air laut yang sangat tinggi akan menyebabkan sakit pada luka.
4. Luka kalau dibiar terbuka lebih cepat kering(sembuh)
Mitos. Luka perlu dikekalkan lembap untuk proses pemulihan yang lebih pantas dan elok. Ini kerana sel-sel yang bertanggungjawab untuk proses pemulihan luka memerlukan medium lembab untuk bekerja dengan optimum. Luka perlu ditutup dengan dressing yang sesuai.
5. Pembentukan keruping adalah tanda luka sedang pulih dengan baik
Mitos. Pembentukan keruping terlalu awal tandanya luka dibiarkan terlalu kering. Keruping halang proses pertumbuhan sel baru dan menghalang luka sembuh dengan sekata. Untuk elakkan keruping awal, luka perlu dikekalkan lembap dengan menutupnya dengan dressing yang sesuai.
6. Jangan tutup luka dengan plaster. Plaster tempat pembiakan kuman
Plaster akan menghalang kuman di persekitaran daripada masuk ke dalam luka. Plaster telah dinyahkuman sebelum dibungkus. Setelah pek dibuka, jangan sentuh permukaan plaster yang akan ditampal pada luka. Plaster perlu ditukar setelah 2 hari.
7. Jangan makan telur jika ada luka. Nanti luka bernanah
Mitos. Tiada masalah jika anda makan telur. Lagipun untuk proses pemulihan luka memerlukan protin. Apa yang tidak boleh adalah menyapu telur mentah pada luka.
8. Jangan makan kicap jika ada luka. Nanti parut hitam
Mitos. Parut menjadi hitam kerana keradangan pada luka merangsang sel melanocyte menghasilkan melanin (pigmen pada kulit dan rambut). Jangkitan pada luka juga boleh sebabkan parut gelap. Bukan kerana kicap.
Pelakon jelita berbakat besar yang dahulunya sering mewarnai industri hiburan tanah air, Wan Sharmila Wan Muhamed atau lebih dikenali sebagai Lala kini terus menjadi inspirasi ramai apabila terus berjuang gapai istiqamah dengan mengenakan penampilan ‘patuh syariah’ sejak memutuskan untuk berhijrah.
Malah, semakin hari penampilan aktres ini semakin ‘sejuk mata memandang’. Tidak hanya itu, dia juga dilihat sering menyibukkan diri dengan menghadiri majlis-majlis ilmu keagamaan untuk mengisi kekosongan jiwa dan rohani agar dapat menjadi lebih baik menuju jalan yang diredhai Allah SWT.
Netizen Puji Penampilan ‘Manis’ Wan Sharmila, Menutup Aurat Sepenuhnya!
Perkara berkenaan menjadi buah mulut, apabila sebuah video dimuatnaik di laman Tiktok milik kelab peminat Wan Sharmila, baru-baru ini telah berjaya meraih perhatian wargamaya.
Video berkenaan memaparkan Lala yang momen-momen indah sewaktu aktres itu menjejakkan kaki di Tanah suci Mekah dan Madinah.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran video berkenaan telah meraih sebanyak 729 ribu jumlah tontonan, 83.2 ribu tanda suka berserta 818 komen.
Netizen ‘Approved’ Penampilan Wan Sharmila Dan Terinspirasi Dengan Hijrah Beliau
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat menzahirkan rasa syukur diatas perubahan yang semakin hari semakin baik yang ditonjolkan oleh Lala.
Malah, dia disifatkan sebagai artis yang sentiasa berjuang untuk kekal istiqamah sebaik sahaja beliau memutuskan untuk berhijrah dahulu.
Selain itu, warganet juga menyatakan bahawa mereka kini lebih menyukai penampilannya Lala sekarang, kerana lebih ayu dan sopan.
Ada juga yang terinspirasi dengan hijrah yang dilakukan Lala dan mendoakan agar dirinya berjaya mengapai istiqamah hingga ke akhirnya. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
“Antara artis yang paling aku obsessed dengan hijrahnya. Semoga istiqamah selalu buat Wan Sharmila, love sangat”-kata mereka,” ujar warganet.
“Alhamdulillah, berserinya muka Wan Sharmila”, kata netizen.
“Yang baik itu baik dikekalkan dalam mencari husnulkhotimah. insyaallah amin”-tambah mereka,” tulis wargamaya.
Sekadar info, Wan Sharmila telah banyak membintangi drama, telefilem, serta filem tempatan. Antara drama bersiri popular lakonannya adalah Emil Emilda, Tari Tirana, 7 Hari Mencintaiku dan banyak lagi.
Pelakon berusia 42 tahun anak kelahiran Johor Bharu ini mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 2005 sehingga kini.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...