Hobi & Minat

Atlet Taekwondo LIA KARINA Kini Pensyarah & Pempengaruh, Bakal Berstatus Doktor Falsafah

Share

Lia Karina Mansur merupakan atlet utama Indonesia dalam sukan taekwondo.

Sepanjang kariernya, wanita kelahiran Yogyakarta ini menyertai Pasukan Kebangsaan Indonesia bermula tahun 2006 hingga 2013.

Dalam tenpoh itu, Lia Karina berjaya mencapai beberapa pencapaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Lia Karina pernah meraih pingat emas pada PON Jawa Barat 2016 dan pingat perak pada Sukan SEA XXVI.

Di peringkat antarabangsa pula, Lia Karina berjaya menjadi naib juara Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Terbuka Jeonju di Korea Selatan.

Dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai latar belakang sukan, Lia Karina sering terlibat dalam pelbagai aktiviti sukan.

Selepas mencuba pelbagai sukan, Lia Karina akhirnya menemui potensinya dalam taekwondo. Biarpun badannya banyak lebam-lebam akibat pukulan semasa pertandingan, ini tidak mematahkan semangat atlet berusia 33 tahun ini untuk terus berlatih.

“Saya sendiri juga bingung apabila orang bertanya mengapa memilih taekwondo sedangkan taekwondo lebih memenatkan dan menyakitkan berbanding sukan-sukan lain,” ujar Lia Karina seperti dipetik daripada laporan Kumparan.com

Kegigihan Lia Karina berlatih membuahkan hasil apabila memenangi beberapa perlawanan yang membuatkan dia berasa lebih yakin dan mampu melakar lebih banyak kejayaan dalam taekwondo.

Pencapaian itu juga membuktikan berhijab tidak pernah menghalangnya untuk terus berjuang.

Ketika di sekolah rendah, Lia Karina berjaya menyertai pasukan kebangsaan untuk sukan taekwando.

Ketika itu, dia mengakui pendidikannya terganggu kerana terpaksa menumpukan perhatian terhadap setiap latihan yang disertainya.

“Taekwondo adalah latihan yang sukar terutama sebagai sukan individu, kita perlu berlatih lebih. Ia seperti memikul tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Sejak tamat sekolah rendah dan menengah kekerapan serta intensiti latihan sudah mula meningkat,” jelas Lia Karina.

 STIGMA & TENTANGAN KELUARGA
Lia Karina turut menerima pelbagai stigma daripada keluarganya sendiri malah dilarang bertanding. Menurut Lia Kirana, keluarga bapanya agak konservatif.

Lia Kirana juga pernah dilarang berhijab ketika bertanding. Ketika itu, dia diminta menanggalkan tudung kerana dikatakan akan menyukarkan persaingan di luar negara.

Namun, Lia Karina tetap dengan pendiriannya untuk kekal bertudung dan berlatih dengan lebih gigih.

“Alhamdulillah, ada hikmah di sebaliknya. Saya lebih bersemangat untuk cuba mendapatkan keputusan yang lebih baik,” luah Lia Kirana.

Selepas tidak lagi aktif dalam pelbagai pertandingan, Lia Kirana kini menguruskan pusat kecergasan milik keluarga di samping menjadi jurulatih, pensyarah dan influencer taekwondo. Lia Kirana turut menguruskan homestay dan vila bersama suami.

Selain itu, Lia Kirana juga sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah di sebuah universiti di Yogyakarta.

Menurutnya, pendidikan sangat penting terutama bagi seorang wanita.

“Pendidikan untuk wanita sangat penting, pergi ke kolej sangat penting kerana wanita juga perlu ada kuasa serta kemahiran walaupun akhirnya wanita itu akan menjadi ibu dan isteri,” katanya.

Bagi Lia Karina, perkara paling penting baginya ialah sentiasa berusaha menjadi versi terbaik buat dirinya dalam semua bidang ternasuk kerjaya, keluarga dan pendidikan.

Kredit Foto: Instagram Lia Karina Mansur

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Published by
Amy Mohd