Pernahkah anda mencuba kebaikan minyak argan utk kebaikan dan kecantikan wajah? Minyak Argan merupakan sejenis minyak yang dihasilkan dari buah pohon Argan (spesis pokok yang dilindungi di dunia) yang hanya tumbuh di Maghribi (Morocco). Argan oil sangat terkenal sebagai bahan premium dalam pembuatan kosmetik dan perusahan ubat-ubatan. Argan oil mempunyai 200% lebih kaya dengan vitamin E berbanding minyak zaitun.
Argan oil atau minyak argan amat dikenali sebagai bahan semula jadi untuk mencantikan kulit dan rambut sejak ratusan tahun lalu. Tidak hanya untuk kecantikan wajah dan rambut, namun minyak argan ini juga berfungsi untuk memberi kesihatan kepada tubuh badan. Selain itu juga, minyak argan kaya dengan sumber vitamin A dan E, antioksidan, Omega-6 dan Omega-9.
Antara kelebihan minyak argan yang wajib anda ketahui adalah:
1. Merawat Masalah Jerawat
Diperkaya dengan sumber vitamin A & E, minyak argan ini dipercayai dapat membantu merawat jerawat ringan dan menyembuhkan parut jerawat. Untuk jerawat yang baru tumbuh, cepat-cepat sapu minyak argan pada kawasan jerawat tersebut. Inshaa Allah bangun pagi esok jerawat itu sudah surut. Amalkan penggunaan minyak argan ini dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang terbaik!
2. Wajah Tampak Muda & Mengurangkan Kedutan
Ini adalah ‘nightmare’ bagi semua kaum Hawa apabila sudah meningkat usia. Apabila usia semakin bertambah, kedutan akan mula terlihat pada wajah terutamanya di kawasan bawah mata dan juga dahi. Sapukan minyak argan ini pada kawasan kedutan itu, pasti dapat mengurangkannya!
3. Sebagai Toner Semula Jadi.
Penggunaan toner amat penting untuk kulit yang berminyak dan berjerawat. Oleh itu, gunakan nutrisi argan oil sebagai campuran produk toner pilihan anda.
Caranya, campurkan pilihan toner anda dengan 2-3 titis minyak argan dan usapkan pada wajah yang sudah bersih dari solekan dengan menggunakan kapas. Lakukan cara ini dengan kerap untuk dapatkan kesan yang cepat.
4. Mencerahkan Tona Kulit
Manfaat minyak argan untuk kulit wajah dapat membantu regenerasi kulit. Eksfoliasi penting untuk meregenerasi kulit sehingga tampak lebih cerah dan sihat. Namun, proses pengelupasan ini sering kali merosakkan kulit dan menyebabkan iritasi.
Dengan menggunakan minyak argan, ia boleh mengurangkan kesan iritasi sekaligus menjaga kelembapan kulit.
Cara menggunakannya mudah sahaja. Campurkan satu besar gula merah gula bersama-sama dengan beberapa titisan minyak argan. Usapkan pada wajah selama 2 hingga 4 minit. Kemudian, bilas dengan air suam sehingga bersih.
5. Mempercepat penyembuhan luka
Manfaat argan oil umumnya berasal dari kandungan antioksidan yang banyak di dalamnya. Kombinasi antioksidan dan vitamin E pada minyak argan inilah yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka.
6. Melembapkan rambut
Tidak hanya pada kulit wajah, malah argan oil juga memberi manfaat kepada kelempaban rambut. Manfaat argan oil untuk rambut berasal dari kandungan vitamin E yang membantu untuk mencegah kulit kepala kering, serta membuatkan rambut menjadi semakin berkilau dan cantik berseri!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI