Perjalanan jauh untuk tujuan bercuti atau kerja sudah pasti akan memakan masa yang lama. Inikan pula anda perlu mengambil masa untuk bersiap dan mengatur masa supaya perancangan lebih teratur.
Tetapi nak masuk kereta sahaja…perut sudah mula berbunyi. Alamak, sembelit pula bila nak berjalan jauh ini. Masa sudah singkat macam mana nak elakkan dari perkara ini berlaku setiap kali nak travel?
Aduh…Sakit Perut Pula, Bila Nak Sampai Kalau Macam Ini
Kembung perut atau sembelit sewaktu hendak berjalan jauh sudah pasti menjadi satu perkara yang normal. Ramai yang mengalami masalah ini apabila masa semakin terhad dan anda pula seorang yang mengikut jadual tertentu.
Dilaporkan oleh Hellodoktor, William Chey merupakan seorang profesor dalam bidang gastroenterologi dan sains pemakanan, beliau menerangkan ada pelbagai faktor yang boleh menyumbangkan kepada seseorang alami masalah sembelit acapkali mereka ingin bergerak jauh atau travel.
- Rutin harian anda terganggu akibat perubahan diet.
- Kurang tidur
- Perbezaan Zon Masa
- Dehidrasi
- Mungkin anda alami stres atau gelisah
Ada pelbagai lagi perkara yang lain turut menyumbang kepada permasalahan ini. Sudah tentu anda inginkan satu solusi yang boleh membantu anda hadapi masalah ini.
Apa yang anda boleh lakukan untuk elak sembelit?
1. Minum air yang banyak
Untuk hilangkan sakit perut atau sembelit, anda boleh cuba untuk mengambil pengambilan air yang banyak. Minum dalam kuantiti yang banyak dapat mengelakkan dehidrasi.
2. Perhati tindak balas tubuh anda
Jika anda dapati badan anda mula menunjukkan tanda-tanda untuk membuang air, teruskan sahaja dengan niat itu. Jangan tangguh kerana najis yang berada terlalu lama di dalam rektum akan mulai mengeras dan ia akan menyukarkan proses pembuangan.
3. Kekal pada rutin anda
Tubuh manusia mempunyai satu jam biologi yang mengikut rutin harian anda. Jadi bagi mengelakkan sembelit berlaku, kekalkan cara rutin harian anda sama ada waktu tidur dan waktu kebiasaan anda membuang air. Ia turut dapat membantu sistem pencernaan anda kekal pada rutin hariannya.
4. Makan makanan berserat
Kenapa makanan berserat? Kerana ia boleh memastikan pergerakan usus dalam badan konsisten. Makanan kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh dan roti. Tetapi jangan lupa untuk mengambil jumlah air yang mencukupi.
Artikel berkaitan:
Ingat, bercuti atau bergerak jauh bukan alasan untuk anda tidak menjaga diri dan kekal pada rutin harian. Pastikan badan anda dalam keadaan yang baik sepetimana anda menjaga diri pada persekitaran baru.
Sumber: Hellodoktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI