Naik ‘Hantu’ Sebab Terlalu Panas? Emosi Juga Terpengaruh Dengan Cuaca!

Share

Kita selalu lihat orang selalu akan moody bila hujan sepanjang hari. Ada juga yang akan tampak riang atau happy apabila cuaca begitu baik sepanjang hari. Bila tiba hujan dan cuaca yang tak menentu, ada juga yang menunjukkan berbagai emosi.

Jadi adakah emosi manusia ini boleh terpengaruh dengan cuaca? Bolehkah ia menjadi faktor utama keadaan dan suasana orang di sekeliling kita di pengaruhi oleh perubahan cuaca? Mungkin jawapannya ya ataupun tidak, boleh terjadi tidak barangkali.

Emosi mengikut cuaca

Kalau anda pernah tengok cerita filem siri X-Men, sudah pasti anda kenal satu watak yang bernama Storm

. Watak itu mempunyai kuasa yang boleh mempengaruh cuaca mengikut moodnya. Jadi, dalam realitinya, adakah manusia boleh terpengaruh dengan keadaan cuaca di sekeliling?

Menurut Houston Methodist, dalam kajian sains, isu ini telah menjadi satu perdebatan yang hebat kerana ianya belum di kenalpasti sama ada sebetulnya-betulnya emosi itu boleh terpengaruh dengan cuaca. Ada juga yang menyatakan ia mengikut emosi individu tersebut.

Artikel berkaitan: Bibir Merekah & Mengelupas Boleh Disebabkan Alahan Pada Makanan Tertentu Selain Kurang Minum Air & Cuaca

Pada tahun 1984, terdapat kajian yang di lakukan untuk mengenalpasti perubahan emosi yang mengakibatkan anxiety dan kemurungan oleh kerana perubahan cuaca. Terdapat beberapa faktor cuaca yang mempengaruhi seperti:

  • Cahaya dari matahari
  • Suhu
  • Angin
  • Kelembapan

Kajian itu mendapati kadar cahaya matahari, suhu dan juga kelembapan banyak mempengaruhi faktor perubahan emosi. Ia menunjukkan kadar kelembapan yang tinggi boleh mengurangkan konsentrasi atau fokus sesorang dan membuatkan mengantuk.

Jadi adakah betul emosi di pengaruhi cuaca

Sebenarnya terdapat kajian yang menunjukkan emosi tidak ada kena mengena dengan cuaca. Hasil kajian yang meneliti isu ini tidak dapat menjelaskan kesahihan kajian ini dan cenderung tidak dapat membuktikan satu kesimpulan.

Pada tahun 2008, kajian telah di lakukan dan di dapati cuaca sememangnya tidak mempengaruhi emosi yang ceria. Hal ini kerana, terdedah kepada cahaya yang banyak dan suhu yang baik tidak menjamin seseorang itu akan cenderung untuk gembira.

Oleh dengan itu, ia tidak di sangkal bahawa tiada yang berkait cuma akan memberikan kesan yang minor kepada manusia sebagai contoh cahaya matahari yang panas akan membuatkan seseorang tidak selesa. Namun, kajian pada tahun 2005, ada menunjukkan kesimpulan bahawa manusia akan mudah terpengaruh dengan cuaca apabila mereka melakukan aktiviti di luar.

Jadi, jika henda di katakan mempengaruh, ia sama sekali akan memberikan kesan yang sedikit sahaja terhadap manusia. Selepas ini, anda boleh lihat perubahan cuaca terhadap rakan-rakan anda, pasti mereka akan memberikan reaksi sedikit tetapi hanya sekadar buat seketika waktu sahaja.

Sumber gambar: Canva

Artikel berkaitan: Solekan Kekal Sempurna Walaupun Cuaca Panas, Ini 8 Helah Dari Pakar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee