Asyik Nak Kurus Je, Nah Ini Pula Tip Untuk Naikkan Berat Badan. Harap-Harap Membantu!

Share

Jika dilihat di media sosial, kebanyakan tip dan petua yang dikongsi adalah berkaitan dengan cara menguruskan badan. Jarang sekali pengguna media sosial berkongsi tip untuk menaikkan berat badan. Hijabista yakin ada hijabi yang bersungguh-sungguh mahu naikkan berat badan tetapi berat masih statik.

Sekiranya anda mahu menaikkan berat badan, apa kata cuba petua yang dikongsi oleh Siti Shairah menerusi akaun Facebooknya. Dalam masa sebulan mengamalkan tip ini, beratnya sudah naik sebanyak 6kg, bermula 48.5kg dan berat terkini adalah 54.4kg.

Ayuh kita lihat perkongsian Siti Shairah. Semoga ia bermanfaat untuk hijabi yang mahu menaikkan berat badan dan tidak mahu nampak terlalu kurus.

Tips: How To Gain Weight

BEFORE START

  • Berat: 48.5kg
  • Tinggi: 165cm
  • Problem with food: Tak suka susu, kekacang & cheese. And selera kurang.
  • My concern: BMI underweight cause i tinggi.

So after make research about food to gain weight, dapatkan nasihat doc & I decide to make timetable, easy tips with target.

Doin this just to try & lets see the result!

Target: 58kg max for me (ideal weight is 50 – 66kg)

Antara makanan yang menaikkan berat adalah yang makanan yang I senarai di atas yang I tak suka. But I need to do something, cause I’m underweight!

So I start the next day!

1. SUSU FULL CREAM

Pagi & malam wajib minum susu at least 1 gelas (sebab tak suka paksa juga). Full cream cause tinggi protein & kibo. Berbeza dengan low fat & yang ada flavour macam choc. I minum brand Dutch Lady.

2. VIT C

Makan vit c 1 capsules/day atau boleh skip selang 2 hari sekali. In 1 week dalam 2/3 biji je. Hari yang skip tu I makan buah je bebanyak. Sedap pon sedap hehe. Tapi on the day you take vit c tu, make sure minum 2/3 liter mineral water! Bukan air teh ais mamak ke Starbucks ke ok. Hehe. Vit C is dietary supp, selain daripada untuk skin & etc. Boleh bagi selera makan. Membuak rasa, asyik nak makan je. (I need this cause I jenis tank kecik, makan sikit kenyang, selera tak kuat sangat). So perlu Vit C untuk membantu selera makan. So now manjang lapar je. Teringin tu teringin ni. Hehe. Bila dah selera asyik nak kunyah jela.

3. TIMETABLE MAKAN

Kene makan on time, make sure amik breakfast! Breakfast tu penting. Dan kalau lapar je makan! Kunyah jee bebanyak. Makan sikit tu sikit ni. I mean, bila dah telan nasi. Jap lagi kunyah laa benda lain. Kopok-kopok ke askem ke, coklat je. Haa gituu. Haha.

4. FOOD TAKEN

Amik kekacang, soys, dairy milk & cheese

Makan banyak kali, hehe

5. REFER DOC

Disclaimer: Makesure chuols refer doc juga ya. Kalau dah underweight kadang sebab cacing juga. Cuba refer doc first okay.

You know what?

I’m doin this semalam genap 1 month! So nak share dengan chuols the result. Dan every week memang timbang & guna penimbang yang sama. The result memang unexpected!

RESULT AFTER 1 MONTH

  • Before start 48.5kg
  • 1st week 50.2kg
  • 2nd week 51.2kg
  • 3rd week 52.3kg
  • 4th week 54.5kg

Yeayyy!! Walaupun berat naik, I rasa lemak I tersekat diskala 2 iaitu di pipi & bahagian tidak sepatutnya. Tapi, I’m happy with the result!

Alhamdulillah syukur I’m not underweight anymore! Yes! Goodluck chuols!

Semoga berguna.

Sumber: Facebook Siti Shairah

Published by
Naqiyatul Uzma