Satu dugaan besar ketika berpuasa selain menahan lapar dan dahaga adalah MENGANTUK! Tidak dinafikan agak sukar untuk menahan mata tambahan pula perlu menghabiskan kerja yang ada.
Kami ada cara untuk anda elakkan dari mengantuk dan lemah ketika nak habiskan kerja yang semakin bertimbun itu! Ingat, kena konsisten dan yakin pada diri.
Artikel berkaitan: Mahu Kekal Aktif Dan Sihat Meski Berpuasa? Ini Dua Waktu Terbaik Untuk Bersenam Ketika Ramadan!
Pelbagai cara yang boleh diikut untuk menghilangkan rasa mengantuk yang teramat ketika puasa. Permulaannya dari bilik tidur anda sehinggalah di pejabat!
Bilik tidur adalah sebuah tempat yang agak ‘menyeramkan’ kerana setibanya anda di dalam bilik, secara automatik badan akan mula rasa mengantuk dan penat.
Ini kerana anda telah menetapkan bilik tidur sebagai zon selesa anda. Inikan pula penat berpuasa menjadikan anda mudah terlena untuk mengelakkan rasa lapar dan dahaga.
Beribadah sehingga larut malam sudah menjadi kelaziman buat para muslimin muslimat untuk mengejar pahala yang berganda. Namun, kesihatan diri seperti tidur yang mencukupi perlu dititikberatkan supaya anda kekal bertenaga di waktu siang dan malam.
Artikel berkaitan: Berseri Menjelang Raya, Cara Penjagaan Kulit Wanita Jepun. Wajah Kusam Menjadi Cerah!
Cara ketiga ini mudah untuk kita praktikkan kerana anda hanya perlu berjalan dan bergerak aktif untuk elakkan menagntuk. Ini kerana jika anda terlalu berdiam diri, sudah pastinya anda akan mula rasa mengantuk dan lesu.
Jadi rajinkan diri untuk anda gerakkan badan dan berjalan untuk memberikan satu pengaliran darah yang baik. Anda juga dapat menjana satu idea yang lebih menarik.
Jika anda mulai rasa lenguh-lenguh dan penat, lakukan regangan badan. Dengan melakukan regangan badan, anda dapat menyegarkan semula badan dan menghilangkan rasa mengantuk dan juga sengal-sengal di badan!
Anda perlu seimbangkan diet pemakanan ketika sahur dan berbuka dengan kandungan protein, karbohidrat, dan sumber lemak yang sihat! Contohnya:
Seperti yang kami katakan, cara yang kami syorkan ini sangat mudah tetapi semuanya bergantung kepada bagaimana anda mengawal diri sendir. Ingat, kalau terus mengantuk banyak perkara anda terlepas!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.