Membeli belah di atas talian seperti sudah menjadi tabiat kebanyakan daripada kita pada masa ini. Sebut saja apa yang nak, semuanya ada di jual di internet. Namun bila asyik membeli, pernah tak kita terfikir berapa banyak yang sudah kita habis belanjakan sewaktu membeli?
Jika anda tertanya-tanya dan ingin membuat pengiraan, inilah caranya yang perlu anda ketahui. Jangan terkejut pulak eh!
Meh nak ajar caranya…
Mudah je nak kira semua jumlahnya bukan? Yang penting, anda haruslah melakukannya di laptop. Kalau di telefon bimbit tak dapatlah nak tolong! Cuba kongsi berapa jumlah keseluruhan perbelanjaan anda?
kredit: twitter @ShopeeFindMY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isi Kandungan Surat Celah Di Kaunter, Selawat Dan Surah Pengubat Pesakit Tabligh Positif Covid. Stop Kecam!
Isi Kandungan
ToggleJemaah tabligh dikaitkan sebagai punca penularan virus Covid-19 yang kian meruncing, sehingga membuatkan ramai mula memandang serong terhadap mereka. Dalam pada itu, seorang staf nurse, Zulaikha Zaki berkongsi surat yang ditulis sendiri salah seorang tabligh yang dirawat di tempat di bekerja yang pasti membuatkan ramai terharu.
Isi Kandung kertas yang selit di kaunter
Pesakit ni discharge petang tadi. Seorang tabligh. Then before dia balik, dia selit surat ni celah-celah kertas kat kaunter wad dalam dan takda bagitahu sape-sape pun. Maybe dia tahu dia tak boleh sentuh or bagi kami apa-apa barang even kertas.
Terharu… Jangan kecam dorang. Dalam wad, dorang semua behave. Sangat dengar kata. Kita kecam orang alim dalam kita tak sedar bila akhir zaman ni Allah tarik manusia yang golongan baik dan arif dengan ilmu agama dulu.
Kongsi bacaan ikhtiar penyembuh dan berterima kasih pada pejuang
Assalamualaikum semua pejuang-pejuang yang kami sayangi sentiasa. Kami akan sentiasa ingat pengorbanan jihad anda sebab pantau kesihatan kami selama kami berada di wad 56 tingkat 5. Selamanya anda pejuang-pejuang layan kami dengan penuh kasih sayang.
Tujuan saya tulis ini ialah nak share beberapa amalan untuk pejuang semua. Sebab kami kasihan dan sedih lihat pengorbanan anda semua. Kami tahu anda letih dan bertarung nyawa untuk rawat kami. Anda pun ada family yang nak diuruskan tapi anda tetap bagi senyuman kat kami. Anda sembunyikan letih dan risau anda daripada kami.
(Kami tahu anda sembunyikan letih dan risau anda. Kami doakan anda semua kuatkan semangat, untuk Allah dan Rasul. Sentiasa dalam rahmat Allah, diberi sihat afiat, dimudahkan segala urusan begitu juga buat family anda semua. Allahumma Amin.
Amalan yang ulama share kat kita
BACA
- Surah Taghabun (surah 64, juz 28) sampai habis (Ayat 1-18 beserta makna) setiap pagi, kalau sibuk cari masa free, sebaiknya dibaca pagi.
- Mula – Selawat (3 kali),
- Al-Fatihah (3 kali)
- Al-Ikhlas (3 kali)
- Hasbi Allah Wani’mal Wakil (313 kali)
- Tutup dengan selawat (3 kali)
- Tiup ke dalam minuman, insya-Allah, Allah bagi sembuh dan jaga kita semua. Wallahua’lam.
Penyakit itu adalah asbab Allah turunkan untuk sebuah keinsafan bagi umatNya. Ujian dipilih tidak kira siapa sahaja sama ada anda golongan ilmuan agama, kerabat di raja atau pun anda yang terkenal di dunia. Jadi hentikan kencaman pada mereka, jadikan ini asbab untuk kita renung dan dekatkan diri kita kepadaNya.
Sumber: Zulaikha Zaki
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 8 Perkara Yang Perlu Anda Tinggalkan Apabila Sudah Menginjak Usia 20an!
Isi Kandungan
ToggleApabila usia sudah menginjak 20an, pastinya kita sedang belajar menjadi lebih matang dan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Seperti yang telah dikongsikan oleh @budeeeen di Twitter ini, anda harus tinggalkan perkara yang merunsingkan minda anda dan fokus pada matlamat hidup.
Ini 8 perkara yang anda perlu ucapkan ‘Selamat Tinggal’!
1. Selamat tinggal pada pemikiran harus ada pasangan dulu baru boleh bahagia.
Siapa cakap kena ada pasangan dulu baru boleh bahagia kan? Baik bersendiri daripada bersama dengan orang yang salah.
2. Selamat tinggal pada membandingkan diri sendiri dengan orang lain.
Jangan bandingkan diri kita kalau nak bahagia. Belajarlah bersyukur.
3. Selamat tinggal pada risaunya pada diri sendiri.
Tingkatkan keyakinan dirimu hijabi! Tonjolkan kelebihan diri anda.
4. Selamat tinggal pada perlu menggembirakan dan menyenangkan orang lain.
Bahagiakan orang lain memang perbuatan yang baik. Namun, jangan sampai orang lain mengambil kesempatan ke atas diri kita pula.
5. Selamat tinggal pada hubungan yang mengganggu.
Kalau hubungan itu menyakitkan, lebih baik kita undur diri sahaja. Tak gitu?
6. Selamat tinggal pada kawan-kawan yang tidak memberi manfaat.
Banyak sekarang ini kawan yang tikam dari belakang. Berhati-hati tau! Jangan ikut yang ke arah keburukan.
7. Selamat tinggal pada perlu menjelaskan keputusan yang kita buat.
Tak semua perbuatan kita perlu dijelaskan pada orang lain. Yang penting, kita yakin dengan keputusan itu sahaja sudah cukup.
8. Selamat tinggal drama!
Jangan layan sangatlah drama di sekeliling kita ni. Masing-masing dah matang kan. Baik layan k-drama lagi best!
Hijabi jangan terlalu stress memikirkan masa lalu okay? Fokus pada masa hadapan agar kekal tenang dan bersemangat!
sumber: Google Image, twitter @budeeeen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Si Landak Biru Kembali Lagi Dalam Sonic The Hedgehog 2. Kali Ini Bertemu Tails & Knuckles Pula!
Bermula daripada permainan video, karakter animasi Sonic terus setia mendapat tempat dalam hati peminatnya yang tersendiri. Kini tampil dengan sekuel filem Sonic The Hedgehog 2, filem ini ternyata tidak akan mengecewakan mereka yang menontonnya.
Sekuel ini mengisahkan tentang Sonic, si landak biru yang tidak sabar-sabar untuk membuktikan pada dunia yang dia mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi wira sejati.
Namun, ujian dan cabarannya datang apabila Dr. Robotnik kembali, kali ini dengan rakan kongsi baharu iaitu Knuckles bagi mencari batu zamrud yang mempunyai kuasa untuk memusnahkan tamadun menguasai dunia.
Dengan kehadiran rakan baharu iaitu Tails, mereka telah bekerjasama bagi memulakan perjalanan menjelajah dunia untuk mencari batu zamrud tersebut sebelum jatuh ke tangan yang salah.
Berdurasi selama dua jam dua minit, filem arahan Jeff Fowler ini boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak.
Penuh dengan aksi dan babak lucu, lakonan mantap Jim Carrey sebagai Dr. Robotnik semestinya akan membuatkan ramai yang berasa geram dengannya dek kerana karakternya yang jahat, gila dan ‘sengal’!
Beliau juga memberi bayangan akan bersara selepas ini dan Sonic The Hedgehog 2 ini mungkin menjadi filem terakhir lakonannya. Hmm, sedihlah macam ni!
Apa-apa pun, anda pastinya akan terhibur dengan filem aksi komedi ini. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga, nantikan filem lakonan James Marsden, Ben Schwartz, Idris Elba dan ramai lagi pelakon hebat di pawagam seluruh negara bermula 21 April ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI