Lumrah kehidupan ini akan menerpa satu situasi yang boleh menjerumuskan kita ke ambang kemaksiatan. Kadangkala, kita tidak sedar akan perbuatan kita yang semakin hari, semakin mendekatkan kita dengan kemaksiatan.
Sudah pasti ada juga tercatat amalan yang boleh kita ikuti untuk menjauhkan diri daripada melakukan zina. Ketahui bahawa ia adalah suatu perkara yang tidak disukai dan dilaknati oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Ketahuilah bahawa zina atau maksiat itu boleh merosakkan akal seseorang itu tanpa memikirkan tentang perkara yang wajar. Ada juga yang menyebabkan seseorang itu terpesong jauh dari matlamat hidupnya.
Benar menurut Rasulullah SAW mengenai ujian bagi umat akhir zaman ini seolah-olah kegelapan malam. Sukar untuk kita bezakan apa yang benar dan batil kerana kesemuanya kini mempunyai pandangan yang bercampur aduk.
Artikel berkaitan: Pernah Terima Mahar Al-Fatihah Dari Suami, Kisah Hijrah Tasha Manshahar. “Dulu Pendek tapi lama-lama…”
Tidak juga menjadi penyesalan buat umat Islam kini yang melakukan zina tanpa memikirkan soal hari pembalasan. Tetapi, tidak semua yang membuat sedemikian lagi, ada juga yang kian mula mencari keredhaan Allah SWT.
Bagaimana untuk berhenti dari memikirkan soal maksiat dan ingin menjadi seorang muslim yang taat pada perintahNya? Kami syorkan beberapa amalan buat anda sebagai pedoman hidup.
Apabila kita giat berzikir dan tidak putus-putus mengucapkan kalimah suci dan mengagungkan kebesaranNya. Dengan izinNya, kita pasti akan di berkati oleh Allah SWT dan senantiasa mengingati perkara yang di tegah olehNya.
Sebagaimana firman ALLAH SWT:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang tenteram dengan mengingati ALLAH, ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang, tenteram.”
(Surah al-Ra’d, ayat 28)Ia juga boleh membuatkan kita akur dan sentiasa berwaspada dari melakukan sebarang perkara yang boleh membawa diri ke kancah kemaksiatan. Malah, kita juga sudah mula temu cinta yang sejati kepada Ilahi.
Apakah maksudnya dengan bersubhah? Ini bermaksud untuk kita bergaul dengan para ulama dan orang-orang yang kuat pegangan agama. Kita harus mencuba untuk bergaul atau ikuti para ulama yang sering menjadi panduan untuk menjadi seorang muslim yang berjaya.
Pergaulan itu juga boleh membantu kita untuk lebih berfikir positif dan kearah yang lebih baik dari berfoya-foya. Tidak semua mampu untuk ikuti cara ini tetapi apabila kita berusaha untuk mencuba, sudah tentu kita akan berjaya.
Sebagai seorang umat Islam juga kita harus menghadirkan diri ke majlis ilmu untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang boleh di ikuti. Kenapa perlu ke majlis ilmu? Ia merupakan satu majlis sosial yang dapat mengisikan intipati pada diri mengenai agama Islam.
Dengan menghadirkan diri di majlis ilmu juga, kita dapat membetulkan kesalahan lazim ketika membaca al-Quran, solat, hadis dan sebagainya. Menerusi majlis ilmu juga kita akan belajar lebih mendalam mengenai tafsiran al-Quran dan hadis yang boleh menenangkan jiwa.
Sumber info: Sinar Islam plus
Artikel berkaitan: “Ada Kalanya Pernah Terdetik Nak Buka Tudung, Tapi…” – Kisah Hijrah Hijab Sharifah Sofia
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.