Astro dan TVS bawakan selebriti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera, Marsha Milan serta ramai lagi ke Konsert MeleTOP TVS!
Bayangkan persembahan artis pujaan secara LIVE, muzik hiburan dan seni kebudayaan tanpa henti bakal berlangsung tak lama lagi. Ya, Konsert MeleTOP TVS yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan dipacu oleh UMobile, dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 17 Mei 2025 di Stadium Bandaraya Miri, Sarawak.
Bukan itu saja, sis! Konsert bersejarah ini juga menandakan kerjasama pertama antara TVS dan Astro serta merupakan debut sulung MeleTOP di Malaysia Timur, sekaligus menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Pastinya kehadiran hos MeleTOP iaitu si cantik manis, Hawa Rizwana dan Nabil Ahmad menggegarkan lagi pementasan konsert ini nanti.
Di antara barisan artis yang akan menghiburkan penonton adalah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie, serta ramai lagi dengan menggabungkan budaya tradisional Borneo dan pop kontemporari. Misal kata terlepas konsert yang diadakan, sis di rumah juga boleh menonton siaran langsung menerusi TVS (saluran 122 di Astro), MYTV & Unifi TV), Astro ONE, dan Sooka.
Tidak terhenti di situ, keseronokan diteruskan pada 21 Mei 2025 dengan Konsert Berkat Gawai – Kaamatan. Acara bakal didahului oleh Ratu Rock Malaysia, Ella. Turut bersama beliau adalah Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX, dan Marina Jara dari Kalimantan.
Ads
Perayaan meriah Gawai dan Kaamatan bermula pada jam 7.30 malam, dengan siaran ulangan di TVS pada 31 Mei 2025 jam 9.00 malam untuk mereka yang tidak dapat hadir.
Senarai penuh artis untuk kedua-dua konsert diumumkan hari ini semasa sidang media yang dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah; serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak (MYSED).
Astro dan TVS bawakan selebriti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera, Marsha Milan serta ramai lagi ke Konsert MeleTOP TVS!
“Acara ini adalah dorongan besar untuk pemain industri kreatif tempatan kami,” ujar Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, sambil berkongsi kegembiraannya menyokong konsert-konsert berprofil tinggi ini.
“Jutaan tahniah buat TVS dan Astro kerana berganding bahu untuk membawakan sesuatu yang sangat istimewa ke Miri dan penonton di seluruh Malaysia. Konsert-konsert ini lebih daripada sekadar persembahan muzik yang hebat tapi ia juga akan membawa lebih ramai pengunjung dari seluruh Malaysia serta negara jiran seperti Brunei dan Kalimantan, sekaligus memberi dorongan ekonomi kepada perniagaan tempatan.”
Ads
Turut hadir dalam sidang media ini adalah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Mohamad Sardon Zainal dan Elyna Rahmat, Timbalan Naib Presiden di unit Unscripted Content Creation & Creation di GenNext Astro.
Tambah Sardon, “Kami mahu menyebarkan kegembiraan ini ke seluruh Sarawak. Miri, sebagai pintu masuk ke utara Sarawak, Brunei, dan Kalimantan adalah lokasi yang sempurna untuk sambutan ini.
Bahkan dengan sambutan ulang tahun ke-20 Miri yang hampir tiba, inilah masa yang paling sesuai untuk menganjurkan konsert-konsert ini. Kami sangat teruja untuk menawarkan hiburan percuma dan berkongsi pengalaman ini dengan semua!” kata Sardon lagi.
Elyna turut berkongsi keterujaan dengan menyatakan, “Kami bangga untuk menyatukan dua jenama hiburan utama pada malam yang tidak akan dilupakan.
Ads
Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan TVS dalam Konsert MeleTOP TVS. Terima kasih yang tidak terhingga kepada MTCP, TVS, Majlis Bandaraya Miri serta rakyat Sabah dan Sarawak atas sokongan luar biasa mereka.
Muzik menyatukan kita semua dan konsert ini adalah contoh sempurna bagaimana kita meraikan perpaduan itu.”
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada konsert monumental ini di Miri! Dengan barisan bintang dan kemasukan percuma, pastinya ini menjadi acara yang tidak boleh dilepaskan.
Ayuh sertai kami untuk meraikan muzik, budaya, dan perpaduan pada Mei ini! Dapatkan tiket anda sekarang di tvsarawak.my/kejutan-tvs. Cepat, tiket adalah terhad.
Konnichiwa! Kalau nak wajah sihat dan ‘glowing’ macam orang Jepun, sis boleh cuba amalan kecantikan mereka yang ringkas, semula jadi serta tidak menyusahkan. Antara yang mesti ada dalam beauty list adalah Hada Labo Hydrating Lotion ni.
Mengenakan losyen wajah merupakan langkah pertama dalam seni penjagaan muka. Losyen ini dirumus khas untuk melembap serta menyediakan kulit bagi langkah penjagaan seterusnya. Ia juga mampu ‘mengunci’ lembapan, menjadikan kulit kita lebih sihat semula jadi.
Tak hairanlah losyen ni sangat berpengaruh dan menjadi losyen No. 1 di Jepun selama 16 tahun berturut-turut. Hada Labo Hydrating Lotion kekal di hati wanita yang mencintai amalan ‘Cara Kecantikan Jepun.’
KEBAIKAN LOSYEN
1. Lembapan Pintar
Berbanding losyen wajah lain, Hada Labo Hydrating Lotion diperhebatkan dengan 5 jenis Hyaluronic Acid (HA) yang dipatenkan. Ia mampu membaik pulih lapisan permukaan kulit dan melindunginya daripada ancaman luar.
HA adalah sejenis bahan yang wujud secara semula jadi dalam tubuh manusia untuk memberikan kelembapan, keanjalan dan kelembutan pada kulit.
Hada Labo menghasilkan HA dalam pelbagai saiz molekul iaitu HA besar, sederhana, Super HA, Nano HA dan Fermented HA untuk penyerapan maksimum ke setiap lapisan kulit, sekaligus membekalkan lembapan berpanjangan hingga 8 jam.
Bahkan dalam rumusan terkini Hada Labo Hydrating Lotion, tambahan Fermented HA yang pertama di dunia turut membantu memulihkan dan menguatkan rintangan kulit. Hebatnya!
2. Prep Solekan
Hada Labo Hydrating Lotion juga sesuai dipakai untuk prep solekan. Langkah ini penting bagi menyediakan permukaan wajah yang sempurna, sekaligus memastikan mekap tahan lama tanpa kesan bercapuk.
3. Mengimbangi Air & Minyak
Hada Labo Hydrating Lotion turut dirumus dengan kandungan air serta minyak yang seimbang untuk kulit. Penghasilan minyak semulajadi ini membantu mengurangkan jerawat dan mengecilkan saiz liang pori.
4. Kesan Ketara
Nikmati kompleksi kulit yang lebih sihat serta kurang berminyak dengan tekstur halus secara keseluruhan. Semua kebaikan HA memastikan wajah anda tampil lebih segar bermaya, lembut dan berseri-seri.
5. Penjagaan Kulit
Komited untuk memberikan hanya yang terbaik kepada kulit, Hada Labo Hydrating Lotion dirumus dengan formula bebas bahan memudaratkan seperti alkohol, paraben, pewangi, pewarna, minyak mineral dan MIT.
6. Memulihkan Rintangan Kulit
5 jenis HA yang dipatenkan dalam losyen wajah ini cukup berkuasa untuk menguatkan rintangan kulit, menjadikan ia lebih sihat dan mampu mencegah jerawat dan menjadikan kompleksi lebih berseri.
Wanita yang mempunyai empat orang anak ini terpaksa meneruskan perniagaan yang telah lama dikendalikan walau ekonomi kurang memberangsangkan. Namun dirinya tidak pernah sekalipun putus asa dan mengeluh, ingin sentiasa meningkat diri dengan menimba ilmu.
Walaupun Ditimpa Kesempitan Hidup, Namun Tidak Mahu Menyerah
Puan Norli Mastura antara ibu tunggal yang berjaya menggandakan pendapatannya apabila mendapat ilmu perniagaan.
“Dalam perniagaan banyak naik turun terutama sewaktu PKP. Saya berasa bersyukur kerana saya mendapat ilmu baru terutamanya tentang medium sosial media, ilmu kemahiran dan untuk melaksanakan jualan produk jualan saya dengan lebih efektif.
Maklumlah saya sudah agak berusia dan agak ketinggalan dalam penggunaan akaun sosial media. Syukur dengan ilmu yang diperolehi saya dapat menjana pendapatan lebih untuk menampung empat orang anak memandangkan saya merupakan ibu tunggal,” ujar puan Norli.
Puan Norli merupakan salah seorang wanita daripada 10 wanita dari golongan B40 yang terpilih dan mengakui peroleh banyak ilmu daripada program yang dianjurkan oleh CuteCarry.
CuteCarry Bantu Naik Taraf Hidup Wanita
CuteCarry bantu naik taraf hidup kaum wanita dari golongan B40, kini mampu menghela nafas lega setelah berjaya menggandakan pendapatan mereka sehingga mencecah sepuluh kali ganda.
10 orang wanita yang terlibat dalam bidang perniagaan seperti makanan, kecantikan dan perkhidmatan ini telah diraikan pada majlis penutup program Tokoh Usahawan Perniagaan Tanpa Modal Dan Iftar Bersama Rakan Strategik Cutecarry.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CuteCarry Sdn Bhd, Hafiz Mustapha berkata, kejayaan kesemua wanita yang terdiri daripada pelbagai status serta latar belakang itu adalah atas usaha mereka sendiri dalam menyertai program usahawan perniagaan tanpa modal anjuran syarikatnya.
“Selama 10 tahun beroperasi, CuteCarry berpengalaman membantu orang ramai dari aspek pembangunan diri dengan menyediakan latihan kemahiran sewajarnya.
“Menerusi program ini, kami membuka peluang dan memberi pendedahan kepada kaum wanita dari golongan B40, asnaf dan ibu tunggal yang terlibat dalam bidang perniagaan seperti makanan, kecantikan atau perkhidmatan.
“Selama tiga bulan pembabitan dalam program ini, mereka telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan awal memulakan perniagaan seperti membuka akaun sosial media serta menggunakan sosial media sebagai medium marketing untuk produk mereka.” jelasnya.
Tambahnya, penganjuran program berkenaan telah disara sepenuhnya oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia di bawah pembiayaan projek Matlamat Pembangunan Mampan.
“Program ini mempunyai sembilan jenis modul latihan untuk semua peserta kuasai dalam tempoh tiga bulan ia berlangsung.
“Syukur Alhamdulillah, setelah mengharungi tempoh pembelajaran tersebut, sebilangan besarnya berjaya mempraktikkannya sehinggakan mereka mampu menjana pendapatan berjumlah RM7,000 sebulan berbanding sebelum ini cuma RM700 sahaja,” sambungnya lagi.
Hafiz turut menambah, peserta turut dibekalkan ilmu kemahiran dalam melaksanakan jualan serta membina ‘trademark’ produk jualan mereka dan dihadiahkan sebuah tablet sebagai pemangkin semangat untuk terus memulakan dan memajukan perniagaan mereka.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terus melangkah meraikan ulang tahun ke-20, kini jenama kecantikan tempatan Elianto semakin mudah didapati dan lebih dekat dengan kita di beberapa cawangan Watsons seluruh Malaysia.
Menjelang hujung tahun ini, Elianto bakal berada di 600 cawangan Watsons di seluruh negara, memang lagi senanglah nak capai produk kegemaran sis dekat mana-mana! Sis, inilah masanya kita nak dapatkan our favourite cosmetics and fragrances pada harga berpatutan!
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20, Elianto meraikan momen istimewa ini di Watsons Brand Launch Roadshow di IOI City Mall, Putrajaya. Roadshow ini memberi peluang kepada kita untuk mengenali produk-produk Elianto dengan lebih dekat sambil mengimbau kenangan indah bersama.
Acara ini turut menandakan satu lagi kejayaan Elianto membuka pintu lebih luas untuk penggemar kecantikan di seluruh Malaysia.
Roadshow ini bukan hanya sekadar pelancaran produk tetapi bukti kemampuan jenama tempatan yang telah berjaya bertahan dan berkembang dalam pasaran yang dikuasai oleh jenama antarabangsa.
Dengan adanya roadshow ini, lebih ramai pelanggan akan terinspirasi untuk mencuba dan merasai kelebihan produk Elianto di sana.
Elianto X WatsonsElianto X WatsonsElianto X Watsons
Masa inilah sis boleh cuba produk-produk bestselling Elianto iaitu Skin Tint Powder Foundation, Perfumed Body Mist dan Velvet Matte Compact Powder!
Bukan sekadar berpeluang mencuba produk baru, ada juga DIY Charm station ini untuk buat personalized charm yang unik dan boleh disangkutkan ke beg atau telefon bimbit kesayangan. Sangat best!
Elianto X WatsonsElianto X WatsonsElianto X Watsons
DIPERCAYAI
Elianto terkenal dengan produk yang mudah digunakan dan berprestasi tinggi, sesuai dengan gaya hidup aktif wanita Asia Tenggara. Jenama ini memahami cuaca panas dan lembap di Malaysia, justeru produk mereka diformulasikan untuk memberikan ketahanan dan keselesaan sepanjang hari.
Daripada produk asas seperti Skin Tint Powder Foundation yang memberi kemasan semula jadi sehingga Velvet Matte Compact Powder yang tahan lama, setiap produk Elianto direka untuk memberikan hasil terbaik.
Elianto X WatsonsElianto X WatsonsElianto X WatsonsElianto X Watsons
Selain itu, Elianto menawarkan Perfumed Body Mist yang memberikan haruman segar sepanjang hari. Produk ini bukan sahaja memberi keharuman yang memikat, tetapi juga memberikan kesegaran yang tahan lama, sesuai untuk kegunaan harian.
Dengan harga yang berpatutan dan mesra poket, Elianto menawarkan pilihan yang sempurna bagi wanita yang mahukan kecantikan tanpa kompromi. Bagus, kan?
Elianto juga komited untuk memberikan produk yang inklusif dan sesuai untuk pelbagai tona kulit. Dengan menawarkan pelbagai warna dan tekstur yang dapat memenuhi keperluan wanita Malaysia, Elianto memastikan setiap wanita boleh mencari produk yang sesuai dengan mereka.
Setiap produk, sama ada bedak kompak atau gincu, dirumus dengan baik untuk memberikan hasil yang sempurna, menjadikannya pilihan ideal untuk semua jenis kulit.
Kosmetik Elianto juga selari dengan permintaan semasa dengan koleksi musim yang mengikut trend.
Dari warna-warna bold untuk penampilan berani hingga pilihan lebih subtle untuk gaya semula jadi, Elianto menawarkan pelbagai produk yang sesuai untuk setiap mood dan acara. Dengan pelbagai pilihan ini, wanita dapat menikmati kecantikan yang lebih personal dan menonjolkan keunikan mereka.
Elianto X WatsonsElianto X Watsons
Kini dengan kemudahan untuk membeli produk Elianto di Watsons di seluruh negara, lebih ramai wanita dapat menikmati kecantikan yang praktikal dan berkesan. Elianto terus membawa kecantikan yang dicipta khas untuk wanita Malaysia, menjadikan jenama ini pilihan utama bagi mereka yang mencari kecantikan yang inklusif, accessible, dan berorientasikan trend.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan Elianto yang hebat ini. Sis nak beli online pun mudah, layari platform digital Elianto di:
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!