Hidayah itu sememangnya milik Tuhan. Hari ini, kita menerima khabar gembira apabila pengarah dan penerbit popular, Michael Ang mengesahkan bahawa dirinya sudah memeluk Islam lebih setahun yang lalu.
Berita itu disampaikan sendiri olehnya menerusi sebuah video temubual eksklusif di saluran YouTube Official Ria X.
“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini.
“Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.
Ads
“Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana perkara ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar.
“Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah,” ujarnya yang masih mengekalkan nama asal Michael Ang Hai Swee biarpun sudah bergelar saudara baru.
Michael sebelum ini dikatakan sudah bergelar mualaf semenjak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.
Assalamualaikum! Saya Budak baru Kalau ada salah tlg tegur. Doa kan la Yg baik2. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuba I rasa pekara ni ada lah antara saya dgn Allah dan keluarga saya. Kalau nak tgk pengakuan saya tgk la video ni
Ads
Postingnya itu mendapat lebih 12 ribu komen oleh netizen yang rata-ratanya terharu dengan pengakuannya itu.
Peristiwa teragung dan paling istimewa dalam sejarah umat Islam ialah pada malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 17 Ramadan. Peristiwa ini juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati.
Dalam Surah Ad-Dukhan ayat 3-4, Allah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan kepada malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar)’’.
Agama Islam menjadi agama yang menekankan pentingnya penghayatan dan kesedaran umatnya berbanding memaksa menjalankan ritual-ritual keagamaan tanpa disertai dengan pemahaman yang secukupnya terhadap pesanan kandungan al-Quran dan sunnah Nabi.
Ramadan turunnya Al Quran
Ramadan mempunyai nilai sejarah yang begitu besar dalam kehidupan umat Islam kerana telah diturunkan al-Quran sebagai panduan sepanjang hayat.
Kita mengingati sejarah turunnya al-Quran sebagai pedoman yang memandu seluruh kaedah dan amalan hidup kita dalam konteks mengukuhkan “proses perhambaan kepada Allah SWT”, tatacara menyusun kehidupan lebih bermakna dengan orang lain atau bermasyarakat dan seterusnya perjalanan menuju kehidupan yang lebih kekal.
Hikmah di sebalik peringatan Nuzul al-Quran ini bertujuan antara lain:
Pertama: Membersihkan akal dan menyucikan jiwa dari segala bentuk syirik serta memantapkan keyakinan tentang keesaan yang sempurna bagi Tuhan sekalian alam, keyakinan yang tidak semata-mata sebagai suatu konsep teologi tetapi falsafah hidup dan kehidupan umat manusia.
Kedua: Mengajarkan kemanusiaan yang adil dan berakhlak karimah yakni umat manusia merupakan suatu umat yang sepatutnya dapat bekerjasama dalam pengabdian kepada Allah dan pelaksanaan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Ketiga: Menciptakan persatuan dan kesatuan, bukan saja antara suku atau bangsa, tetapi kesatuan alam semesta, kesatuan kehidupan dunia dan akhirat, kesatuan ilmu, iman, dan hujah, kesatuan kebenaran, kesatuan keperibadian manusia, kesatuan kemerdekaan, kesatuan sosial, politik dan ekonomi, dan kesemuanya berada di bawah satu keesaan, iaitu keesaan Allah SWT.
Keempat: Mengajak manusia berfikir dan bekerjasama dalam segala aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara dengan cara bermusyawarah dan mengelakkan perpecahan.
Kelima: Membanteras kemiskinan tegar sama ada kemiskinan secara keagamaan mahupun secara ekonomi, kebodohan, penyakit, dan penderitaan hidup.
Agama menekankan penghayatan dan kesedaran
Sempena peristiwa ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyeru seluruh umat Islam supaya menghayati hikmah yang terkandung pada peristiwa ini dan isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya.
Agama Islam menjadi agama yang menekankan pentingnya penghayatan dan kesedaran umatnya berbanding memaksa menjalankan ritual-ritual keagamaan tanpa disertai dengan pemahaman yang secukupnya terhadap pesanan kandungan al-Quran dan sunnah Nabi.
YADIM menggesa umat Islam supaya tidak terperangkap dengan retorik dan slogan indah yang tidak berpijak di alam nyata dan pada masa yang sama kita mengalami kekosongan dalam memahami isi kandungan al-Quran dan Sunnah itu sendiri.
Ada segelintir dari kalangan kita sibuk dengan ritual-ritual keagamaan seperti tidak pernah terlepas sembahyang lima waktu, rajin puasa sunat Isnin dan Khamis, menyokong kehidupan Islamik, akan tetapi pada masa yang sama mereka melanggar dan menyeleweng daripada prinsip dan kandungan al-Quran seperti taksub kepada kumpulan dan pemimpin tertentu, suka mengkafir dan menyesatkan orang Islam lain, tidak menghargai perbezaan pendapat, bertindak zalim, memfitnah, pecah amanah, rasuah dan sikap negatif yang lain.
Bersempena Nuzul al-Quran ini, YADIM mengharapkan slogan kembali kepada al-Quran dan sunnah dijadikan sebagai hujah untuk mengukuhkan perpaduan seluruh umat Islam tanpa mengira pegangan mazhab, aliran keagamaan dan pegangan politik.
Umat Islam harus berhati-hati agar mereka tidak menjadi ejen kepada perpecahan umat. Sesungguhnya al-Quran menyediakan wahana dan tafsiran yang begitu luas yang memungkinkan berlakunya khilafiah.
Setiap kali tibanya musim persekolahan memberi peluang kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah. Dan setiap kali ke sana, pastinya setiap jemaah tidak akan melepaskan peluang untuk berswafoto terutama di Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam. Maklumlah kita tidak tahu entah bila lagi akan ke sana dan inilah peluang yang ada untuk mengabadikan memori sepanjang melakukan ibadah di sana.
Namun baru-baru ini tular di media memberitahu terdapat larangan buat jemaah untuk berswafoto di Masjidi Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi Di Madinah. Larangan mengambil gambar atau video bagi melindungi dan memelihara kesucian tempat itu, selain supaya tidak mengganggu kelancaran jemaah lain beribadah. Apakah memang benar larangan dari kerajaan Arab Saudi itu dan jika ia dilaksanakan memang sangat menyedihkan buat jemaah kerana tidak dapat bergambar di sana.
Namun seorang kolumnis di akhbar online Mstar, Raihanah Abdullah yang menulis di situ memberitahu seorang temannya yang berada di sana tidak mendengar mengenai larangan untuk berswafoto di Makkah dan Madinah.
Menurutnya minggu lalu rakan yang pernah bersama-samanya menguruskan jemaah haji baru-baru ini mengesahkan tidak mendengar atau dikuat kuasan larangan berkenaan. Temannya itu berada di tanah suci selama sebulan dan memang tidak mendengar sebarang larangan.
Menerusi perbualan dalam Whatsapp, temannya memberitahu tiada pula pengawal keselamatan merampas telefon atau melarang jemaah bergambar atau berswafoto dalam atau luar kawasan masjid.
Malah temannya itu sendiri turut bergambar bersama-sama jemaah dalam Hijir Ismail dan perbuata itu turut dilihat oleh pengawal keselamatan yang sentiasa mengawal ketat kawasan di Hijir Ismail.
Begitu juga di Madinah, tiada larangan bergambar dan jemaah masih bebas mengambil gambar walaupun dalam masjid. Menurutnya lagi jika larangan dikuatkuasa sudah tentu pengawal keselamatan yang menjaga di pintu hadapan masjid tidak membenarkan jemaah membawa telefon bimbit atau kamera.
Jom baca perkongsiannya ini dan pasti selepas ini setiap jemaah yang pergi pasti tidak akan rasa ragu-ragu untuki mengabadikan kenangan bersama jemaah di kawasan tanah haram ini.
ASSALAMUALAIKUM.
Cerita mengenai larangan swafoto di Tanah Suci Makkah dan Madinah tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini. Ramai rakan dan kenalan yang bertanya mengenai kesahihan cerita itu apatah lagi bukti larangan itu turut dimuatkan di dalam akhbar negara jiran.
Ada juga yang bersetuju dengan larangan itu demi kebaikan dan kelancaran ibadat jemaah. Tidak kurang juga berpendapat apabila bergambar, ia boleh menimbulkan riak pada seseorang dan boleh menjejaskan tumpuan jemaah lain.
Suatu ketika dahulu, sememangnya jemaah dilarang membawa kamera di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Justeru, memang tiada peluang mengabadikan gambar dan kenangan menunaikan umrah mahupun haji.
Larangan mengambil gambar lebih ketat di Masjid Nabawi kerana setiap kali memasuki pintu masjid, setiap jemaah akan diperiksa oleh pengawal keselamatan dan jika didapati membawa kamera atau telefon bimbit, jemaah tidak dibenarkan masuk atau telefon mereka akan disimpan di tempat lain.
Untuk mengetahui di mana telefon bimbit disimpan, saya dengan sengaja membawa telefon bimbit ke dalam Masjid Nabawi ketika hendak menunaikan solat Asar berjemaah. Jika tidak silap pada 2005.
Sejurus memeriksa beg galas saya, pengawal keselamatan wanita menyuruh saya masuk ke dalam sebuah bilik di sebelah kanan saya.
Di situ, seorang wanita bertubuh gempal meminta saya meletakkan telefon bimbit jika mahu bersolat di dalam masjid. Saya menyerahkan telefon bimbit saya dan selepas itu menulis nama saya di dalam sebuah buku.
Wanita itu mengatakan, hanya setelah solat, saya boleh mengambil telefon itu. Saya memerhatikan sekeliling bilik yang seumpama sebuah perpustakaan mini. Selepas solat, saya mengambil semula telefon bimbit itu.
Masih saya ingat lagi, ketika membuat liputan pada 2012, jurugambar saya dikejar oleh pengawal keselamatan lelaki di perkarangan Masjidil Haram sekitar jam 10 pagi. Disebabkan kebimbangan kamera dirampas, jurugambar itu berlari lintang pukang berkaki ayam untuk menyelamatkan diri.
Namun, jurugambar itu tidak serik kerana apabila saya hendak menemuramah petugas wanita di dalam Masjidil Haram, sekali lagi dia perlu merakamkan gambar tetapi pada kali itu dia membawa kamera kecil.
Di Makkah lebih mudah mengambil gambar kerana bukan semua pintu masuk ke masjid ada pengawal keselamatan dan jika jemaah wanita memasuki pintu yang dijaga pengawal lelaki, sudah tentu mereka tidak akan diperiksa.
Berbalik semula kepada cerita larangan swafoto di Makkah dan Madinah. Saya bertanya kepada seorang kenalan yang mengikut suaminya bertugas di Makkah. Bagaimanapun, beliau sendiri tidak mendengar sebarang berita mengenainya.
Alhamdulillah, minggu lalu, rakan yang pernah sama-sama bertugas menguruskan jemaah haji baru-baru ini mengesahkan mengenainya menerusi aplikasi Whatsapp.
Secara kebetulan, kawan saya itu, Haji Rashid, berada di Tanah Suci selama sebulan dan beliau maklumkan bahawa larangan itu tidak dikuatkuasakan sebagaimana digembar-gemburkan.
“Saya perhatikan tiada pula pengawal keselamatan merampas telefon atau melarang jemaah bergambar atau swafoto di dalam ataupun di luar masjid,” ujarnya dalam Whatsapp.
Malah, beliau sendiri turut bergambar bersama-sama jemaah di dalam Hijir Ismail dan perbuatan mereka itu dilihat oleh pengawal keselamatan yang sentiasa mengawal ketat di kawasan Hijir Ismail.
Di Madinah begitu juga tiada larangan bergambar. Jemaah masih bebas mengambil gambar walaupun di dalam masjid. Jika larangan itu dikuatkuasa, sudah tentu pengawal keselamatan yang menjaga di pintu hadapan masjid tidak membenarkan jemaah membawa telefon bimbit atau kamera.
Hanya beberapa tahun kebelakangan ini, jemaah bebas mengambil gambar di dalam masjid, di dataran Kaabah atau di mana-mana ruang sekali pun. Amat sukar untuk melarang jemaah bergambar kerana ketika ini, telefon bimbit lengkap berkamera umpama keperluan dan kemestian kepada sesiapa saja untuk dibawa ke mana-mana.
Justeru, sangat sukar jika larangan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, jemaah perlu memastikan setiap perlakuan mereka terutama apabila swafoto tidak menjejaskan konsentrasi jemaah lain atau mereka hilang fokus pada ibadat.
Adab, perlakuan dan tindakan jemaah perlu dipelihara lebih-lebih lagi di Tanah Suci Makkah dan Madinah.
Pemergian Ustazah Shadiya Abbas begitu dirasai bukan sahaja ahli keluarganya tetapi juga rakan-rakan dan kenalan yang mengenali dirinya. Melalui perkongsian di Facebook suami arwah, Ustaz Khairul Azman Mohd, lelaki ini berkongsi rasa.
Alhamdulillah jenazah isteri saya negatif covid19 setelah 2 kali buat ujian. InsyaAllah jenazah akan di bawa balik ke…
Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya petang tadi jam 4.00 petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam.
Segalanya dipermudahkan Allah..
Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang.
Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.
Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.
Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik.
Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini.
Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar..
Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga saya berada dalam rahmat Allah.
Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan.
Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.
Jom kita sama² baca doa ini
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...