Kunyit bukan sekadar bahan ramuan untuk masakan tetapi banyak kegunaannya untuk kecantikan. Kulit yang sihat, lembut dan berseri menjadi idaman ramai wanita. Tidak dapat dinafikan kulit yang sihat menjadikan anda jadi lebih berkeyakinan.
Kulit wajah yang sihat dan cantik tentunya memerlukan belaian dan penjagaan. Bila tengok kulit orang lain cantik bak telur rebus dikupas, pastinya mengundang rasa cemburu. Mulalah ingin tahu apakah yang diamalkan sehingga kulit wajah jadi ‘flawless’ begitu.
ARTIKEL BERKAITAN: Jarang Ke Spa! Ritual Cantik Zizi Kirana Cukup Dengan Pakai Masker Dan Minum Jus Kunyit
Tahukah anda bahawa antara bahan yang boleh dijadikan sumber perawatan wajah ialah kunyit.
Berikut perkongsian Nursha Salleh. Akui wanita ini selain memakai produk penjagaan wajah iaitu Melisha Beauty Soap dan Melisha Miracle Serum, dia turut mengamalkan pemakaian masker kunyit.
ARTIKEL BERKAITAN: Kulit Glowing Berseri Di Pagi Raya Dengan Guna Kiub Ais Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun
Setiap malam, wanita ini akan pakai masker kunyit yang dicampur dengan putih telur dan tepung beras. Campur sedikit dengan Melisha miracle serum. Boleh juga digantikan dengan madu, lemon dan yogurt. Cara-cara hendak membuat masker kunyit ini pun mudah sahaja.
CARA-CARA MEMBUAT MASKER KUNYIT:
- Campurkan kunyit, tepung beras ( 1 sudu teh untuk pakai seorang) dan putih telur.
2. Campurkan sedikit Melisha miracle serum(boleh ganti dengan madu, minyak vco, santan, yogurt).
3. Kemudian kacau hingga sebati. Sapu pada kulit wajah. Biarkan 15-20 minit.
4. Bilas dengan air bersih. Lap kulit wajah dengan tuala bersih dengan cara tekap-tekap tuala pada kulit wajah. Hasilnya kulit wajah jadi lembut dan gebu.
Petua ini juka sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah jerawat yang teruk pada kulit wajah. Amalkan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang maksimum.
HIJABISTA: Perlu diketahui bahawa tidak semua amalan mungkin tidak memberikan hasil yang sama untuk setiap orang. Pastikan sebelum anda memulakan sebarang amalan kecantikan, anda tidak alah pada sesuatu bahan bagi mengelakkan alahan pada kulit wajah.
Sumber kredit: Nursha Salleh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerap Sakit Perut Belah Kanan Bawah Petanda Sista Ovari? Ketahui 5 Lagi Puncanya!
Isi Kandungan
ToggleBagi para hijabi di luar sana, anda pasti pernah mengalami sakit perut terutama ketika datang haid. Namun, sakit perut ketika haid agak berbeza dengan sakit perut belah kanan bawah ini. Jika anda kerap berasa sakit perut belah kanan bawah, Ia sebenarnya petanda bahaya dan berkemungkinan disebabkan oleh penyakit lain.
Pernah tak anda rasa seperti benda tajam menusuk-nusuk perut anda?
Sakit perut mungkin perkara biasa yang berlaku pada seseorang dan akan hilang dengan sendirinya pada tempoh tertentu dan selalunya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, jika anda kerap mengalami sakit perut sebelah kanan bawah, pergilah melakukan pemeriksaan doktor dengan segera.
Sebelum pergi lebih jauh pada punca penyakit, anda perlu mengenalpasti dahulu beberapa organ pada bahagian perut pada sebelah kanan. Organ yang terdapat pada bahagian ini adalah:
- Hati
- Hempedu
- Pundi kencing
- Sebahagian daripada pankreas
- Usus besar dan kecil
- Buah pinggang kanan(di belakang belakang organ lain)
Punca rasa sakit perut belah kanan bawah ini berkemungkinan berpunca daripada organ dan saraf yang terdapat pada bahagian perut di kawasan tersebut.
Artikel berkaitan: Perut Berbunyi Sebagai ‘Penggera Badan’, Tapi Kalau Selalu Bunyi Tanda Masalah Jangkitan Di Usus
Punca rasa sakit perut belah kanan bawah
Berikut adalah kemungkinan keadaan kesihatan yang boleh berlaku jika anda kerap sakit perut sebelah kanan bawah:
1.Sembelit
Sembelit adalah suatu gejala, bukan penyakit. Sembelit berlaku apabila kekerapan membuang air besar anda berkurangan dan terasa sukar untuk membuang najis. Anda akan mengalami kesukaran menggerakkan usus besar disebabkan najis yang keras di dalamnya.
Setiap orang pasti pernah mengalami sembelit dalam hidup mereka dan puncanya selalunya disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat. Diantara gelaja dan tanda sembelit adalah tidak membuang air besar beberapa hari, membuang najis yang keras dan kering, perut kembung, kejang atau sakit dan kurang selera makan.
Apabila anda mengalami sembelit, anda mungkin berasa terbakar di bahagian atas abdomen dan juga boleh berlaku di sebelah kanan abdomen anda. Disebabkan ini lah anda terasa sakit di bahagian kanan bawah. Sembelit selalunya akan hilang dengan sendirinya, tetapi jika ia belarutan semula dalam tempoh dua minggu, segera berjumpa doktor.
2. Ulser Perut
Ulser perut turut dikenali sebagai ulser gastrik atau penyakit gastrik. Ulser perut adalah adalah rasa sakit yang berlaku apabila lapisan perut, esofagus, atau usus kecil mengendur akibat kerosakan pada lapisan yang disebabkan oleh asid perut. Ianya merupakan luka pada bahagian lapisan dalaman perut. Di antara gejala ulser perut ini termasuklah :
- Sakit perut dan dada
- Loya
- Pedih ulu hati
- Muntah
- Keletihan
- Kembung perut
- Senak dan gangguan pencernaan
3. Apendisitis
Apendiks adalah gejala biasa yang sering dikaitkan dengan sakit perut di sebelah kanan. Apendiks yang teruk boleh pecah dan juga membawa maut jika tidak dirawat. Penting untuk anda ketahui tanda-tanda apendiks daripada awal. Antara tanda-tanda apendiks adalah:
- Tanda pertama adalah apabila anda mengalami kesakitan berhampiran pusat atau perut bahagian atas yang menjadi tajam apabila ia bergerak ke bahagian bawah abdomen kanan.
- Hilang selera makan
- Perut mula bengkak
- Mual atau muntah selepas sakit perut bermula
- Sakit ketika membuang air kecil dan kesukaran untuk membuang air kecil
- Kekejangan perut yang teruk
- Cirit-birit
Beza apendiks dengan sakit perut biasa
- Apendiks bermula di sekitar perut sebelum merebak ke bahagian bawah abdomen kanan
- Bertambah teruk semasa bergerak, menarik nafas mendalam, bersin atau batuk
- Kesakitan terjadi tiba-tiba
- Bertambah teruk dalam beberapa jam
- Merupakan kesakitan yang tidak pernah dirasai
- Pernah terjadi dengan tambahan gejala baharu
Cara untuk merawat apendiks ialah melalui antibiotik atau appendectomy, iaitu pembedahan mengeluarkan appendiks supaya komplikasi seperti appendiks pecah dapat dielakkan. Dalam masa 12 jam selepas pembedahan, biasannya pesakit sudah boleh bangun dan bergerak. Selepas hanya 2 hingga 3 minggu, biasanya pesakit sudah boleh kembali melakukan aktiviti normal.
4. Batu karang
Penyakit batu karang merupakan sesuatu yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat di Malaysia. Di Asia, penyakit batu karang selalunya berlaku dengan kekerapan sebanyak 10% hingga 20%. Batu karang merupakan ‘deposit’ keras yang terbentuk akibat pengumpulan mineral dan garam di dalam kawasan buah pinggang. ‘Deposit’ ini juga boleh menyebabkan ketidakselesaan untuk anda.
Jika batu karang dalam saluran kencing kecil, anda mungkin akan tidak mengalami sebarang gejala. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai batu karang yang besar, anda mungkin mengalami gejala seperti sakit pada bahagian bawah abdomen, pedih ketika membuang air kecil, membuang air kecil dengan kerap dan terdapat darah di dalam air kencing. Jika anda mempunyai gejala yang disebutkan, anda perlulah melakukan ujian air kencing dan juga ujian pengimbasan untuk mendiagnosis penyakit batu karang ini.
5. Sista ovari (ovarian cyst)
Penyakit sista ovari ataupun ovarian cyst ini adalah yang paling digeruni oleh setiap wanita. Umum mengetahui bahawa wanita mempunyai ovari di kedua-dua belah rahim. Kadangkala, kantung berisi cecair atau lendir boleh terbentuk pada ovari. Ovarian Cyst ini kerap berlaku dalam kalangan wanita muda kerana sistem reproduktif dan ovarinya masih berfungsi dalam keadaan baik. Bahkan sebenarnya, ramai yang tak sedar mereka mengalami cyst kerana penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom atau memberikan sebarang masalah pada awalnya.
Walau bagaimanapun, sista boleh membesar dengan cukup besar untuk menyebabkan kesakitan, dan jika sista berada di ovari kanan anda, anda akan berasa sakit di kawasan itu. Sista ini juga hanya akan dikesan apabila anda membuat ultrasound atau apabila membuat pemeriksaan kesihatan. Oleh itu, rajinlah membuat pemeriksaan kesihatan dan segeralah berjumpa Doktor jika rasa sakit yang teruk pada bahagian bawah kanan datang secara tiba-tiba.
6. Kekejangan otot.
Kekejangan otot merupakan perkara biasa dan mungkin terjadi dek sesi kardio atau senaman yang kuat dan berlebihan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlulah memanaskan badan dengan cara yang betul dahulu. Dengan memanaskan badan, sistem pernafasan dan kardiovaskular akan meningkat secara berperingkat kemudian darah yang mengalir ke otot akan turut meningkat serta menaikkan suhu badan.
Kejang otot juga merupakan antara penyebab rasa sakit di sisi kanan perut anda. Mana tidaknya, otot anda mungkin ‘terkejut’ dan diafragma berfungsi lebih daripada kebiasaan. Sebagai tip, anda boleh fokus pada otot utama semasa memanaskan badan seperti hamstring (pangkal peha). Kemudian barulah anda lakukan senaman ringan yang lebih spesifik dan dinamik. Akhir sekali, untuk melegakan rasa sakit akibat kejang otot, anda boleh meregangkan tangan di atas kepala.
Artikel berkaitan: Sakit Perut Dan Kerap Cirit-Birit Dalam Masa Terdekat Ini, Mungkin Anda Di Jangkiti Cacing!
Sebagai kesimpulan, sakit perut pada sebelah kanan merupakan salah satu tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anda mungkin mengalami masalah yang serius. Keraplah melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memeriksa keadaan kesihatan anda. Tambahan itu, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sekiranya sakit menjadi semakin teruk.
Sumber info dan gambar: Hello Doktor dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pernah Terlupa Ambil Anak Di Sekolah”- Rasa Penat Urus 6 Orang Anak, Dr. Sheikh Muszaphar Masih Ingin Tambah Cahaya Mata!
Kata orang, anak merupakan kurniaan sebuah rezeki yang diturunkan oleh Allah SWT. Walaupun penat menguruskan, namun begitulah amanah yang diutuskan oleh-Nya kepada ibubapa. Begitulah jua yang dilakukan oleh angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar yang tidak culas menjaga keenam-enam orang anaknya.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik dalam akaun Instagramnya, Dr. Sheikh Muszaphar berkongsikan tentang rutin hariannya bersama isteri yang begitu padat dan sibuk. Bermula dari jam 5.30 pagi sehinggalah jam 10 malam, dia dan isteri, Dr. Datin Halina benar-benar komited menguruskan perihal anak-anak mereka.
Kongsi Dr. Sheikh Muszaphar, rutin mereka bermula seawal jam 5.30 pagi apabila salah seorang dari anak kembarnya bangun. Dari situlah bermulanya ‘kekecohan’ di awal pagi.
Selalunya kekecohan akan bermula pada jam 5.30 pagi apabila salah seorang daripada anak kembar kami bangun dan mengejutkan yang lain. Itulah ‘jam loceng’ kami di waktu pagi.
Penulis boleh gambarkan keadaan di waktu pagi dalam rumah Dr. Sheikh Muszaphar seperti ‘bersilat’ untuk menguruskan perihal anak-anaknya seperti menyediakan sarapan dan menguruskan pakaian sekolah mereka.
Tambahnya lagi, anak-anaknya juga turut tidak ketinggalan untuk mengikuti kelas agama, kelas tambahan dan juga aktiviti riadah seperti kelas Taekwando dan kelas renang pada waktu petang.
Pada waktu malam pula, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Datin Halina akan memfokuskan kepada pelajaran anak-anak mereka sehinggalah pada jam 10 malam.
Selalunya pada jam 9 malam, saya akan mengajar Adam dan Noah subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Manakala Dr. Halina akan membantu anak-anak perempuan mengulang kaji pelajaran samaada dari SJKC atau Islamic School
“Terlupa jemput anak kat sekolah..”
Bukan mudah sebenarnya untuk menguruskan enam orang anak. Adakalanya, sebagai ibubapa, ada juga kekhilafan yang dilakukan saat menguruskan anak. Seperti Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri, mereka pernah terlupa untuk menjemput anak di sekolah.
Pernah sekali terlupa jemput anak kat sekolah. Nasib baik cikgu hubungi saya. Saya ingatkan Dr Halina yang akan ambil anak di sekolah, dan dia pula ingatkan saya yang ambil anak di sekolah.
Biarpun penat menguruskan anak-anak, namun baginya, ia berbaloi kerana adalah sebuah tanggungjawab. Saat anak peluk kemas dan meluahkan kata-kata ‘I Love You Daddy’, ia membuatkan airmatanya berlinangan kegembiraan.
Pun begitu, Dr. Sheikh Muszaphar menyimpan hasrat ingin menambah zuriat lagi.
Saya masih mahu lebih ramai anak..
Sumber gambar: Instagram Dr. Sheikh Muszaphar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selain ‘Intermittent Fasting’, Diet ‘Eat Clean’ Paling Cepat Turunkan Berat Badan. Coach Ini Kongsi Menunya!
Isi Kandungan
ToggleTerdapat pelbagai pilihan diet untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Antara yang viral baru-baru ini adalah Intermittent Fasting atau berpuasa selama 12 hingga 16 jam sehari. Dan ia terbukti berkesan serta diamalkan beberapa selebriti popular. Selain itu sebenarnya diet secara eat clean juga boleh diamalkan dalam mendapatkan berat badan idaman.
Seperti perkongsian Coach Yatie Nadzli yang memberitahu keberkasanan proses diet ini dalam menurunkan berat badan. Malah diet ini juga yang turut menjadi amalan pemakanan Catriona Ross.
EAT CLEAN adalah perkara yg paling penting dalam Proses Turun Berat Badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN”.
80 % kejayaaan Turun berat adalah dari pemakanan dan dalam program coaching saya Focus pada pemakanan sihat dan EAT CLEAN. Lidah kita ni sebenarnya boleh di reset semula.
Kena tahu apa itu eat clean sebelum mengamalkan diet cara ini.
APA ITU EAT CLEAN?
✔️ makan whole food bukan proses food. maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. makan nasi bukan bihun, mee.
✔️ Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa.
✔️ Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja.
✔️ Makan 4-5x sehari ikut keperluan kalori badan.
Ini pula antara makanan yang diharamkan untuk anda makan sepanjang program eat clean.
MAKANAN YG DI HARAMKAN SEMASA PROGRAM EAT CLEAN.
– Semua makanan bergoreng
– Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim
– Semua jenis Air manis
– Processed food Nugget, Hotdog
– Fast food KFC MCD PIZZA
– SEMUA jenis Sos dan Kicap
– Kerepek, Kekacang yg bersalut
EAT CLEAN bukan saja dapat membantu cepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yg selama ini jadi makanan ruji kita.
EAT CLEAN MENGEMPISKAN PERUT!
ya sangat betul! selama ni puas buat senaman dan makan macam2 ubat kurus utk kempis perut tapi tak berkesan?
Semua berbalik pada makanan kita. minuman kita.
jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.
Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi!
– Coach Yatie Nadzli-
Online Weight Loss Coaching
Dan ini pula antara menu diet eat clean yang boleh diamalkan sepanjang proses menurunkan berat badan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI