Namanya pernah menjadi sorotan ketika masih aktif dalam dunia ratu cantik, hingga tersenarai sebagai peserta top 16 Miss Universe Phillipines pada tahun 2021. Bagaimanapun, nama Jasmine Umali kembali meledak pada pertengahan tahun lalu, apabila dia mengumumkan penghijrahannya memeluk agama Islam.
Sebelum ini, bekas ratu cantik popular asal Manila ini memuat naik dalam satu hantaran instagram potongan ayat Al-Quran siap dengan kapsyen tertulis perkataan tawakul yang mana dalam bahasa melayu bermaksud tawakal.
Pasti anda tertanya-tanya, bagaimanakah permulaan bekas ratu cantik ini mula menerima hidayah sehingga terbuka hati untuk menjadikan agama Islam sebagai satu pegangan dalam hidupnya. Ini penjelasan Jasmine Umali tentang bagaimana dia menemui cahaya Islam.
Kerap Terbang Ke ‘Timur Tengah’ Buka Mata Jasmine Tentang Islam
“Mengimbau kembali ke 2017. Momen ini mungkin merupakan panggilan pertama saya kepada Islam. Ia adalah penerbangan pertama saya dan 6 hari persinggahan sebagai pramugari antarabangsa.
“Ini kali pertama saya mencuba abaya dan tudung juga. Walaupun saya tidak belajar banyak tentang Islam pada masa itu, ia pastinya membuka mata.
Ads
“Selepas beberapa hari, syarikat penerbangan tempatan kami menutup penerbangan ke Abu Dhabi dan saya adalah salah seorang pramugari bertuah yang dapat menikmatinya.
Sejak itu, saya sering terbang ke destinasi timur tengah yang lain dan saya menyukainya. Alhamdulillah kini saya faham bahawa Allah swt membimbing saya ke jalan ini,” ujarnya penuh makna.
Menyifatkan penghijrahannya sebagai satu proses pembelajaran, Jasmine yang tampil sopan berhijab turut menyatakan yang dia mengagumi kemesaran yang maha Esa.
Kongsinya lagi, “Semoga Allah SWT memudahkan kita, membersihkan fikiran kita, meletakkan kegembiraan dalam hati kita, meningkatkan iman kita, mengangkat darjat kita di luar jangkaan dan membimbing kita ke mana pun kita pergi.”
Ads
Semoga kisah penghijrahan Jasmine ini menjadi inspirasi kepada Nonarians untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Solat Tahajud atau solat malam merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, peluang seakan terbuka di depan mata untuk melakukan solat Tahajud.
Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat Tahajud. Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat Tahajud.
Ini perkongsian Nur Aliah ohd Nor
Dulu susah sangat nak bangun Tahajud. Alhamdulillah sekarang Allah izinkan rasai nikmat solat Tahajud dengan mudah. Tahu tak, antara solat sunat yang paling nikmat tapi paling susah nak buat adalah solat 2/3 malam solat Tahajud!
Bangun solat Tahajud itu pun salah satu rezeki. Malaikat akan turun ke langit dunia waktu 2/3 malam hanya untuk mengaminkan doa-doa kita. Tapi sayangnya kita tidur.
Firman Allah:
*Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan. *Siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan. *Dan siapa yang yang memohon ampun kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.
Kalau kita terjaga 2/3 malam tapi liat juga nak bangun ambil wuduk, duduklah atas katil dan tadah tangan BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH pada Allah. Itu pun Allah makbulkan.
Allah sedang dengar doa-doa kita. MashaAllah. Baiknya Allah kan. Namun lebih terbaik jika kita dapat buat solat sunat Tahajud.
Dikongsikan 7 tip mudah supaya kita semua InshaaAllah mudah untuk bangun solat sunat Tahajud.
Tip 1 Ambil wuduk sebelum tidur. Cuba amalkan tidur dalam keadaan yang berwuduk.
Tip 2 Tidur awal pada waktu malam. Sebaiknya selepas solat Isyak atau sebelum pukul 10.00 malam. Tidur jam 11 malam pun masih okay lagi.
Tip 3 Sebelum tidur, minta doa pada Allah dan bisik pada diri sendiri dengan sebut nama kita 3x, “Lia, Lia, Lia, jom kita bangun tahajud ya.. kita set 4.00 pagi je terus bangun, ambil wuduk dan solat. Lia yakin dan percaya Lia boleh!”. (Belief system kita mula aktif).
Tip 4 Sambil tadah doa, baca Ayat Kursi 3x dan Surah Al-Ikhlas 3x. Kemudian hembus kat tapak tangan sambil habis nafas dan sapu dekat seluruh badan dengan niat ‘Allah kejutkanku bangun Tahajud ya’.
Tip 5 Sentiasa kerap muhasabah diri. Jauhkan diri daripada melakukan dosa atau maksiat sebab ini juga salah 1 penghalang terbesar untuk bangun di tengah malam!
Tip 6 Buat Affirmation, Visualization dan Feelings (AVF). Cakap dekat diri sendiri kita berjaya bangun tahajud, bayangkan kita bangun tidur ambil wuduk, solat dalam keadaan gelombang Alpha dan kita bersyukur sangat-sangat sebab Allah pilih kita untuk kita berborak denganNya.
Tip 7 Minum air kosong sedikit sebelum tidur. Amalkan juga posisi tidur kita mengiring ke kanan. (Sunnah Nabi). Supaya dapat kurangkan tekanan jantung, tingkatkan waktu penyerapan zat makanan dan dapat melindungi saluran pernafasan kita.
Didoakan, semoga hari ini menjadi titik tolak untuk kita semua terus istiqamah bangun di tengah malam. Yakin dan percayalah, ganjarannya juga sangat besar!
HIJABISTA: Sungguh, ketika PKP inilah peluang terbuka luas untuk kita bangun menunaikan solat Tahajud. Jika sebelum ini mungkin kita fikir kita mengantuk dan perlu bangun awal untuk pergi kerja tetapi kini kita boleh atur masa kita dengan lebih baik ikut keselesaan diri sendiri.
Garam diperlukan untuk mengawal keseimbangan cecair di dalam tubuh, membantu otot dan saraf berfungsi dengan sempurna serta mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal.
Selain digunakan dalam masakan, garam juga bermanfaat untuk rawatan perubatan. Penggunaan garam dalam masakan perlulah dengan cara yang betul.
Baca perkongsian Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ini.
RAHSIA GARAM
*SIHIR atau SANTAU dapat dihalang dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI SAWﷺ
~ Sebelum makan Nabi ﷺ letak secalit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.
~ Sampai di tempat baru, Nabi ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.
~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam untuk penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif.
~ Pengamal-pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.
~ Garam juga unsur yang boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.
~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak GARAM.
~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang-orang arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada SODIUM dan POTASSIUM.. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, POTASSIUM ROSAK dalam SUHU panas. Sebab tu kena darah tinggi.
~ Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah ﷺ mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
KHASIAT GARAM DALAM PERUBATAN ISLAM ADA BEBERAPA PETUA PENGGUNAANNYA
1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dlm kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan Untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Org yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam KASAR digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika GARAM masih PANAS.
4. Merawat cirit-birit.: Minum air yang dicampur sedikit garam.
5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air lalu di minum sebelum memulakan perjalanan.
6. Garam digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
7. Menambah IMUNITI badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya… ماشآءالله
8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.
Perhatikan air 100 plus atau air isotonic sekarang ini di pasaran kesemuanya bergaram..!
Betulkan?… سُبْحَانَ اللهِ
9. Mengelak SIHIR/gangguan JIN bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan
Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.
لٓاحٓوْلٓ وٓلَا ٓقُوَّةٓ إِلاَّبِاالله
10. Mengelak gangguan syaitan/jin kpd bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mgatasi masalah ini, GARAM dicampur dengan bawang Merah, bawang Putih dan Lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yg terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah. Dan buat mandian air bercampur garam yang di Rukyah (doa).
اَللهُ اكبر..!
Nabi ﷺ bersabda:
"Sebaik-baik LAUK adalah GARAM"
(Al-baihaqi)
GARAM bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yng paling mujarab SEKIRANYA diambil dengan cara yang betul..!
GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK..!
KESILAPAN kita (kebanyakan Orang-orang Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam ke dalam masakan ketika masakkan sedang MENDIDIH/PANAS.
Ini akan menyebabkan GARAM mejadi RACUN/TOKSIK.
Garam, bahasa saintifiknya adalah SODIUM.
Jika GARAM dimasak dengan cara tak betul (seperti di atas) ia akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta megundang pelbagai penyakit.
CARA yang betul PENGGUNAAN GARAM:
KAEDAH PERTAMA:
– Masakkan makanan yang ingin dimasak sehingga selesai.
Contohnya: Kari Ikan
– Akhir sekali/waktu baru masukkan garam dalam masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam.*
– @ Kacau air garam dan tuangkan ke dalam kuah.
KAEDAH KEDUA:
– Masak makanan tanpa masukkan garam.
– Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan di atas makanan yang ingin dimakan mengikut tahap selera masing-masing.
"Antara amalan yang diamalkan oleh para SALAFUSOLEH ialah dgn mengambil garam sebelum jamah makanan "
– Ia bertindak sebagai pembuka selera dan juga sebagai mineral bagi badan.
GARAM IALAH MINERAL!!
– Antara kelebihannya ialah:
* mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta seseorang itu tidak akan MATI dalam keadaan mati mengejut.
Sebarkan agar semua orang Islam sihat!!
Mengambil Berkat Penuh Keberkatan. Amal Sunah.
Sumber kredit: Facebook Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wanita dan dunia kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Malah dek kerana obses dengan kecantikan menyebabkan kita sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan penampilan sentiasa menarik dan cantik. Ada yang menggunakan petua tradisional dan ada juga mendapatkan servis spa secara mobile dengan pusat kecantikan. Tetapi tidak semua pusat kecantikan menawarkan servis yang bagus. Perkongsian wanita ini Nur Narquiyah Halil di facebook menceritakan bagaimana kawannya mengalami melecur tahap 3 di bahagian wajah setelah mendapatkan rawatan spa bergerak.
Apa yang mengecewakan pihak terbabit di pusat kecantikan berkenaan bersikap sambil lewa dan tidak memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.
Kesan kecederaan itu telah menyebabkan wajah kawannya itu mengambil masa cukup lama untuk pulih seperti sedia kala.
Malah menurutnya juga kecacatan berkenaan di wajah juga menyebabkan anak mangsa takut untuk melihat dirinya.
Pada hari Ahad, kawan saya inazalina mendapatkan servis facial dgn mobile spa The Walking Beauty Project, dengan pakar kecantikan Joji.june.
Apa yg mengecewakan adalah, yg kononnya pakar kecantikan ini telah tidak sengaja menumpahkan air panas steamer yg menggelegak ke atas muka, mata dan leher kawan saya. Dahla dia tak dengar ckp kawan sy yg risaukan steamer tu terlalu dekat, sudahnya mmg betul2 tumpah.
Ko rasa? Kawan saya pon pergi ke hospital utk mendapatkan rawatan dan pakar bedah sendiri telah mengatakan bahagian melanin kulit kawan saya sudah rosak, kawasan yg terbakar adalah peringkat ke-2 dan ke-3. Jadi, ini dikira sebagai kecacatan dan apa yg lebih mengecewakan kawan saya ini bekerja sebagai customer servis yg perlu berjumpa org setiap hari.
Kawan saya menghubungi pakar krcantikan tersebut utk mendapatkan penjelasan, dan hanya hari ke-3 kawan saya di dalam ward, barulah pakar kecantikan ini kunjung tiba dan memberikan vitamin c shaklee sebagai “pampasan”.
Kawan saya juga menghubungi founder The Walking Beauty Project tersebut tetapi alangkah kecewanya kawan saya apabila founder bertindak melepaskan tgn dan sambil lewa, juga tidak mahu bertanggungjawab ke atas kejadian yg menimpa kawan saya itu.
Oleh itu, saya disini membantu mencoretkan post ini utk berkongsi dengan anda semua supaya tiada lagi kejadian yg tidak beretika ini berulang lagi. Diharapkan anda semua dpt panjangkan kisah ini ke saudara mara, rakan taulan anda supaya tidak lagi mengambil servis daripada pihak The Walking Beauty Project lg. Kita tidak mahu kejadian sebegini menimpa kepada anda.
Tiada apa lagi yg boleh kembalikan muka beliau seperti dlu, telanla berkotak-kotak supplement ataupun buat segala rawatan muka, ia akan mengambil masa yg sgt panjang utk kembali pulih. Itu hanya di luaran, bagaimana perasaan beliau?
Bagaimana nak jumpa client? Anak dia sendiri pon takut nak tgk muka ibunya. Kesian. Jadi, panjang-panjangkanla post ini ya supaya tiada lagi mangsa seperti kawan saya ini lagi.
Sekian,
Nukilan ikhlas dari saya, Quiyah.
Perkembangan terkini, mangsa juga telah membuat report polis dan akan bertemu dengan pihak peguam bagi menyelesaikan kes ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...