Asam Jawa & Bedak Sejuk Hilangkan Parut Jerawat, Jimat & Tak Ada Kesan Sampingan

Share

Jerawat antara masalah kulit yang biasa dialami setiap orang, justeru penting bagi kita mengetahui punca bagaimana ia terjadi seterusnya membantu kembalikan kesihatan kulit wajah.

Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Daripada masalah ringan seperti sedikit bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan hingga menyebabkan tekanan emosi dan parut kekal jika tidak dirawat.

Melalui perkongsian Nor Hasliza Mansor, wanita ini berkongsi petua.

TIP HILANGKAN JERAWAT DENGAN ASAM JAWA & BEDAK SEJUK

Menarik tak tip kak Nor nak share ni.

Asam jawa bukan sekadar menjadi perasa kepada makanan, tetapi bahan alami ini juga bermanfaat untuk mendapatkan wajah yang licin bebas dari parut jerawat.

CARA-CARANYA:
1) Campurkan sedikit asam jawa bersama air kosong dan jadikan dalam bentuk pes. Pastikan ia tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
2) Campur lima ketul beduk sejuk pada paste itu tadi. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air dan bolehlah disapukan pada wajah seperti memakai masker.
3) Biarkan selama 30 minit, seterusnya bilas. Lakukan setiap malam sehingga parut jerawat hilang sepenuhnya.

Mudah kan? Moga perkongsian ini dapat membantu hijabi yang mengalami masalah parut jerawat pada wajah.

Sumber kredit: Nor Hasliza Mansor

Published by
Norhasliza