Wajahnya sering dilihat menghiasi layar TV dan papan iklan sebagai duta jenama tudung terkenal, berikutan itu Mira Filzah Bintang Popular ABPBH 32 mengambil keputusan menceburi dunia perniagaan menghasilkan jenama tudungnya sendiri
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman seorang ibu dan isteri, giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan.
Kongsinya lagi bidang ini bukanlah usaha untuk memperlahankan karier seni, memandangkan umurnya baru menganjak 30.
Jual Tudung Bukan ‘Back Up’ Karier Seni – Mira Filzah
“Saya tidak anggap perniagaan ini sebagai ‘back up’. Saya fikir, Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni. Masih banyak yang saya mahu buat dan teroka.
“Pada usia sekarang serta status sebagai ibu dan isteri, ia tidak menghalang saya bergerak lebih jauh dalam industri seni. Saya baru 31 tahun, jauh lagi perjalanan saya.
“Saya tengok selebriti lain pada usia 40 tahun pun masih berlakon dan boleh melakukan yang terbaik. Jadi, saya anggap perkara ini sebagai impian dan cita-cita yang sudah lama tersimpan,” katanya.
Pernah menceburi bidang pengacaraan, namun Mira lebih selesa menumpukan karier seni dalam lakonan. Tambahnya lagi drama komedi bersiri yang terbaharu mendapat sambutan memberangsangkan iaitu Imam Instant Ustazah Scammer adalah satu ‘exercise’ selepas hampir setahun tidak berehat melahirkan anaknya, Wan Khair Amir pada 10 Mei tahun lalu.
“Saya kembali berlakon ketika Amir berusia lapan bulan. Alhamdulillah, dia sudah berusia hampir setahun sekarang. Jadi, niat saya untuk terus aktif berlakon,” katanya
Bertemu pada majlis pelancaran jenama tudung sendiri, Mira Filzah mengulas mengenai perniagaan hijab, Mira yang sudah lama menyimpan impian membangunkan jenama hijabnya sendiri.
“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam bidang perniagaan, iaitu sejak saya belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada usia 18 tahun.
“Ketika itu, saya menjual secara suka-suka sahaja. Pada 2016, saya lancarkan tudung sendiri dan saya guna jenama MF Shawls dalam drama Cinta Si Wedding Planner.
“Alhamdulillah, perniagaan itu baik. Namun, saya terpaksa tutup tidak lama kemudian kerana tidak menang tangan.
“Akhirnya, selepas beberapa tahun berehat, saya fikir ini tahun terbaik untuk memulakan semula apa yang sudah lama saya tinggal dan impikan,” katanya yang cukup gementar dalam melancarkan jenamanya sendiri.
Mira mengaku berhadapan banyak cabaran merealisasikan pelancaran produk sendiri seperti jadual yang padat dengan komitmen penggambaran.
Dunia perniagaan punyai pelbagai cabaran, berbekal ilmu yang sedikit, Mira akui dia perlu belajar dari ‘scratch’ tentang produksi, material dan selok-belok pemasaran.
Ads
“Kecintaan saya terhadap keusahawanan dan fesyen bermula semasa zaman universiti, sekitar tahun 2011, yang juga merupakan kemuncak era blog saya.
“Saya sentiasa mempunyai bakat untuk terjun ke dalam bidang keusahawanan sambil meneruskan kerjaya saya sebagai model bebas, yang membawa saya untuk mula melakukan penggambaran katalog saya sendiri dalam Myvi lama yang pernah saya pandu semasa pelajar.
“Kasih sayang dan sokongan berterusan daripada orang yang saya sayangi memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan minat saya dan memulakan jenama saya sendiri,” kata Mira Filzah, Pengasas & Pengarah Kreatif jenama MIRA FILZAH.
Sudah menjadi kebiasaan sekiranya jenama hijab milik selebriti dijual pasti ianya laku dalam beberapa jam kemudian. Bagi Mira ini bukan satu tekanan tetapi, si cantik manis ini menjadikan mereka sebagai rujukan.
“Kalau mereka boleh buat , Mira pun boleh dan mereka ini sebagai panduan. Untuk keluaran awal tudung Mira tidak mensasarkan ‘sold out’ dalam masa terdekat dan lebih menumpukan penjualan fasa demi fasa,” ujarnya.
Perancangan menjual hijab yang dirangka selama setahun lepas, Mira tidak mahu memberi tekanan pada pembeli mahupun diri sendiri, pelancaran hari ini untuk pengenalan jenama tudung Mira Filzah.
MF Garap Konsep , ‘Stail’ Selesa Tanpa Jejas Gaya
Ads
Berikutan kejayaan MF Shawls, jenama tudung yang juga diasaskan oleh Mira pada zaman awal keusahawanannya, ia menyingkap semangatnya untuk mencipta karya yang melengkapi wanita fesyen sederhana pada skala nasional dan global.
Debut pertama jenama itu mempamerkan 3 koleksi elegan, iaitu Rise Collection, Sweet Dreams Collection, dan Go-To Scarf, dalam pelbagai warna lembut dan berani yang paling mewakili personaliti dan imej Mira yang memikat.
“Era MIRA FILZAH ini adalah kelahiran semula, penjenamaan semula, dan permulaan yang baru. Impian saya untuk MIRA FILZAH adalah untuk menjadi jenama pilihan di Malaysia dan berkembang secara global, In Shaa Allah.
“Saya berharap dapat mewujudkan komuniti yang memberi inspirasi dan wanita yakin yang akan bersatu untuk menyokong dan memberi inspirasi antara satu sama lain.”
“Sebagai seorang wanita, saya percaya bahawa setiap wanita berhak berasa selesa tanpa menjejaskan gaya, dan jenama kami komited untuk merealisasikannya. Saya teruja untuk membuat keputusan yang positif perbezaan dalam kehidupan wanita melalui jenama ini dan melihatnya berkembang seindah perjalanan MIRA FILZAH,” ujarnya.
Mira memastikan untuk terlibat dalam setiap langkah, dari proses reka bentuk sehinggalah estetika disampaikan kepada peminatnya mempunyai sentuhan peribadinya sendiri dan strategi kehadiran media sosial jenama itu.
Walaupun jadual sibuknya sebagai duta jenama kepada jenama terkenal seperti Coway, Uniqlo, Secret Recipe, Downy, Febreze, Mamypoko dan Friso Gold.
Lain orang lain masalahnya, setiap fasa kehamilan memberi impak perubahan diri kepada seorang wanita. Mungkin ada yang mengalami perubahan susuk tubuh yang mendadak dan ada juga yang mengalami masalah kulit.
Berbeza pula pada Dynas Mokhtar, fasa kehamilan anak ke empat dia akui rambutnya gugur dan kelemumur. Sudah menjadi perkara biasa keluhan ibu-ibu mengandung mengalami masalah yang sama apatah lagi mereka yang bertudung.
“Kebanyakkan orang akan lebih beri tumpuan pada kesihatan rambut sehingga mengabaikan kesihatan kulit rambut, di mana mudahnya terjadi kelemumur. Sebab itu yang mencari bahan ini dalam syampu,” ujarnya.
Majlis Pelancaran Produk Baru Wellsen x Dynas yang berlangsung pada 14 Februari yang juga merupakan tarikh pelancaraan Wellsen yang pertama, semasa Hari Valentine 1993. Produk penjagaan rambut Wellsen x Dynas sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah rambut seperti keguguran rambut, kulit kepala sensitif atau hijabi yang mempunyai masalah kulit kepala.
Golongan ibu yang sering sibuk atau mereka yang sudah bekerja akan merasai kecantikan dan keyakinan dalam kehidupan mereka selepas menggunakannya. Menurut Ibu kepada 3 orang cahaya mata ini lagi, bahan yang terkandung dalam syampu ini dipaternkan khas untuk melembapkan rambut dalam tempoh 48jam, ianya berseusian dengan mereka yang berhijab.
“Kedua-dua produk rambut ini menggunakan bahan seperti AQUAXYL™ yang memberikan penghidratan sehingga 48 jam sesuai untuk yang bertudung dan antara bahan lain iaitu Chamomile dan Minyak Esensial pudina, saya rasa kulit kepala sejuk dan segar secara semulajadi malah memulihkan folikel rambut,” kongsinya lagi dalam majlis pelancaran yang diadakan di Wanra Café di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Tambahnya lagi, kesemua formula yang digunakan hanyalah terdiri daripada produk VEGAN dan ianya bebas silikon, paraben, haruman wangi dan SLES/SLS. Juga, tiada produk haiwan yang digunakan sebagai usaha Wellsen dalam melindungi haiwan, alam sekitar dan masyarakat.
Inspirasi menyerlahkan kejelitaan wanita
Dalam usaha mengembangkan jenama Wellsen, Cik Sin Mon telah menekankan prinsip Wellsen, iaitu menyediakan inspirasi, serta menyerlahkan kejelitaan dan keyakinan di seluruh Asia. Sudah menjadi keazaman Cik Sin Mon untuk memperkasakan pemimpin wanita melalui kumpulan pemasaran perniagaan dan program bimbingan. Oleh itu, beliau telah menjadikan kejayaan Puan Dynas Mokhtar sebagai inspirasi beliau.
“Walaupun Puan Dynas merupakan seorang pelakon wanita yang terkenal, usahawan yang berjaya dan seorang ibu, beliau masih mengutamakan penjagaan diri dalam kehidupan beliau,” kongsinya.
Mereka berdua memiliki nilai yang sama, iaitu dengan menyediakan kecantikan dan keyakinan melalui penjagaan rambut yang sihat dan rapi. Oleh itu, mereka bersama-sama mengeluarkan produk penjagaan rambut ini yang dikilangkan di Malaysia.
Produk Wellsen Dynas Cooling dan Refreshing Shampoo akan membantu pertumbuhan rambut dan menyuburkan kulit kepala dengan sihat. Produk Wellsen Dynas Cooling dan Refreshing Hair Mask pula akan menukarkan rambut yang kering dan rosak kepada rambut yang lembut dan bersinar sepanjang hari.
Pada tahun 80-an hingga 90-an, harga produk kecantikan rambut telah melonjak naik dan kebanyakannya didominasi oleh jenama Eropah. Oleh itu, kedua-dua usahawan ini mempunyai keazaman untuk menghasilkan produk penjagaan rambut yang berkualiti tinggi dan semulajadi. Kemudian, lahirlah jenama Wellsen yang telah diperkenal dan dilancarkan pada hari Hari Valentine, 1993.
Sejak itu, syampou rambut Wellsen yang dikilangkan di dalam Malaysia, telah mencuri banyak perhatian daripada pakar dan professional dalam industri penjagaan rambut, serta memperoleh kepercayaan daripada pelbagai pusat kecantikan di seluruh Asia. Wellsen sangat berbangga atas kejayaan memiliki kilang sendiri dan juga atas pemasaran produk penjagaan rambut di negara-negara lain.
Untuk pembelian di luar talian, anda boleh mendapatkan produk di Hairkunst Salon dan Dashing Diva. Produk Wellsen x Dynas juga tersedia di account TikTok @dynasmokhtar dan @wellsen, serta pada masa yang sama memberikan peluang kepada pengguna untuk melakukan perniagaan dari rumah. Harga pelancaran Produk Penjagaan Rambut Wellsen x Dynas adalah pada RM88 untuk set Shampoo dan Hair Mask dan bukannya pada harga asal iaitu RM148. Pengguna boleh menambah Hair Serum percuma (tersedia untuk 100 pelanggan yang pertama).
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bercakap mengenai penggayaan tudung, pelbagai jenama hijab semakin berkembang di industri fesyen. Namun sehelai hijab bukan sekadar untuk berfesyen tetapi haruslah menepati syariah agama menutup aurat dan melabuhkan sehingga bawah dada.
Fenomena biasa wanita berhijab dalam mengayakan hijab pastinya mahu kelihatan cantik, apatah lagi untuk mengekalkan kedudukan tudung cantik terletak. Tudung bawal yang tidak pernah lapuk dipakai, mempunyai trend dan gaya tersendiri. Rata-rata hijabi mengatakan tudung bawal ini senang digayakan.
Namun ada juga yang merungut untuk mengekalkan posisi tudung bawal cantik terletak amat sukar. Jangan bimbang di sini hijabista akan berkongsi tip-tip bagaimana tudung bawal akan cantik terletak di kepala berjam-jam. Jom ikuti juga beberapa tip dari selebriti yang gemar mengayakan tudung bawal:
Pemilihan anak tudung yang bersesuaian adalah penting. Ini bagi memastikan tudung anda tidak bergerak mengikut anak tudung. Selain itu, anak tudung yang ketat juga boleh menghalang daripada rambut anda terkeluar dari tudung. Hasilnya, tudung anda tidak lagi akan beralih dan terletak cantik di muka sepanjang hari.
Padanan Material tudung
Fabrik dan material tudung amat penting dalam penggayaan tudung. Sekiranya anda yang suka bergerak lasak dan mempunyai aktiviti luar pastikan tidak memilih satin yang berkilau. Satin yang berkilau ada kemungkinan tidak menyerap peluh dan boleh jadi peluh akan menampakkan penompokan di permukaan hijab anda. Sebaiknya memilih material yang serap peluh dan memberi pernafasan di ruang-ruang rambut anda supaya tidak terperap dan menyekat bau.
Bagi mereka yang cukup mahir menggayakan tudung tanpa menggunakan sebaran aksesori sokongan seperti pin, ring scarf dan sebaganya anda berkebolehan. Namun bagi anda yang masih amatur pastikan aksesori ini menemani anda.
Petua Tudung Kekal Terletak Di Kepala
Tampak menarik mengayakan hijab bawal, sesuai dengan imej berhijab dengan gaya yang ditampilkan tidak keterlaluan, pilihan baju pun longgar namun masih nampak ‘fesyen’ dan moden. Lisa Surihani menarik perhatian netizen dengan gaya hijab bawal yang digayakan nampak begitu cantik ‘terletak.’ Memang nampak sesuai sangat dengan bentuk wajahnya.
Bentuk badan tak seimbang, memang menjadi masalah bagi hijabi untuk memilih pakaian yang sesuai. Apatah lagi bentuk badan seperti buah pear. Sesekali teringin kaki langsing dan kecil seperti tiang lampu di tepi jalan tetapi mustahil dalam masa sesingkat ini boleh mencapai impian sebegitu.
Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda adalah masalah kebayakkan hijabi. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha. Peha yang langsing pakai apa pun nampak cantik terletak, tak nampak lemak berlebihan dan tidak seperti sarung nangka. Malah, hijabi boleh tampil lebih berkeyakinan.
Bagaimana caranya nak dapatkan peha langsing? Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha:
1. ‘Kerusi bayangan’
Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
• Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
• Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
• Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
• Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
• Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.
2. Pergerakan “menggunting”
Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.
3. Pusingan bulatan
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.
4. Pakai kasut tinggi!
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!
5. Melompat di atas trampoline
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya.
7 cara mudah ini. Apa yang penting kena jadikan ia rutin dan disiplin.
Minum air kosong
Air putih bukan sahaja untuk elakkan dari dehidrasi tetapi membantu tubuh membuang racun dan memproses pembakaran.
Makan makanan rendah kalori
Berhenti makan makanan berkalori tinggi dan berlemak. Ganti dengan sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt dan makanan kaya serat. Makanan tak sihat tu lah punca peha anda besar.
Pengambilan nutrisi
Pengambilan nutrisi seperti vitamin D, protein, dan asid omega-3 sangat penting. Pada mulanya memang susah nak biasakan diri makan makanan sihat, tetapi anda akan rasai perbezaannya nanti.
Tetapkan masa tidur
Tidur membantu membakar lemak badan. Tubuh anda akan membakar 45-115 kalori sejam sewaktu tidur, bergantung pada berat badan. Tapi jangan makan sebelum tidur, itu punca utama peha anda besar.
Jangan tertekan atau stres
Lemak yang terkumpul di peha akan sukar dibakar walaupun bersukan jika anda sentiasa dalam keadaan tertekan.
Jangan kerja berlebihan
Kerja berlebihan hingga biasa berjaga lewat malam tak baik untuk kesihatan. Ia buatkan berat badan naik dan sukar untuk mengecilkan peha.
Sumber: Kevin Zahri
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!