Baru-baru ini tular mengenai seorang personaliti media sosial lelaki yang dikecam gara-gara membuat gurauan mengenai pakaian tradisi masyarakat Iban. Biarpun telah meminta maaf, namun hal itu sedikit sebanyak telah mengguris hati rakyat Malaysia kerana telah menyentuh isu budaya di Malaysia.
Mempunyai darah keturunan Iban, penyanyi jelita dari Sarawak, Nana Sheme turut terkesan dengan perkara itu dan telah meluahkan isi hati di laman Instagram miliknya.
“Arwah ibu & Umi saya adalah orang Iban, Iban ada suatu tempat istimewa di hati saya dan mengalir dalam darah saya.
“Jadi saya baru terlihat sebuah video oleh seorang ‘influencer’ yang membuat lawak yang menyentuh sensitiviti baju tradisional Iban. Secara jujur, lebih rasa dia menghina sebab menggunakan ayat ‘kain buruk’ apabila memperkatakan mengenai Kain Karap. How disrespectful.
“Bukan nak tambah minyak pada api, tapi memandangkan kita kekurangan suara orang Sarawak di mata masyarakat, izinkan saya menggunakan platform ini sekali lagi untuk menghentikan normalisasi membuat jenaka mengenai budaya lain. Stop this low class mentality.
“Ya, anda boleh meminta maaf. Tapi anda juga harus faham sesuatu Encik, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.
“Sila hadam, sila belajar dari kesilapan. Terima kasih,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan sokongan terhadap kenyataan pelantun lagu Hantu Atau Buaya itu selain memuji kecantikannya apabila mengenakan pakaian tradisi masyarakat Iban itu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syamira Cipta Sejarah, Jadi Finalis Berhijab Pertama Di Dewi Remaja
Teka teka siapakah calon terakhir yang akan ke final Dewi Remaja terjawab apabila nama Syamira Izzati,22, telah diumumkan secara rasmi sebagai finalis di siaran langsung rancangan MeleTOP tadi.
Berebut tempat bersama seorang lagi peserta iaitu Dian Fernandez,19, kemaraan Syamira ini juga mencipta sejarah baru dalam Dewi Remaja kerana dia merupakan gadis berhijab pertama yang mara ke pusingan akhir.
Sedikit info mengenai dirinya, dia merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) di UiTM Selangor kampus Puncak Alam.
Selain itu, Syamira juga mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi seorang pengacara dan berhasrat untuk menonjolkan diri dengan lebih lagi selepas ini.
“Minat saya sangat mendalam di dalam bidang pengacaraan. Oleh kerana latar belakang pendidikan dan keluarga saya bukanlah di dalam bidang seni, mungkin agak sedikit sukar untuk saya tonjolkan diri.
“Saya sedar Dewi Remaja ini merupakan satu platform terbaik untuk saya mengetengahkan dan mengasah potensi dan kebolehan yang ada di dalam diri. Saya juga berharap semoga platfom Dewi Remaja ini membolehkan saya untuk belajar perkara-perkara baru,”ujar Syamira.
Ditanya tentang cita-cita selepas tamat pengajian, akui gadis manis ini jika tidak menyertai Dewi Remaja, dia akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana sejurus menamatkan ijazah dan memohon pekerjaan sebagai seorang pensyarah.
“Minat saya untuk bercakap di hadapan audience dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat tertinggi iaitu PhD kerana untuk mendapat gelaran seorang doktor falsafah merupakan impian saya sejak di bangku sekolah lagi.
Mengimbau detik lalu, Syamira tidak menyangka dia akan terpilih sebagai TOP 20 Dewi Remaja. Bagi Syamira, saingan begitu hebat.
“Ketika saya tengok yang mendapat kad “Tahniah” dari juri rata-ratanya mempunyai latar belakang dan pengalaman seni yang hebat. Di situ jujur saya merasakan peluang saya agak tipis tapi benar Allah Maha Kaya, Dia berikan saya rezeki terpilih sebagai top 20.
“Dari situ saya tahu, ada sesuatu dalam diri saya yang dipandang oleh juri. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berkenalan dan berdiri sebaris dengan dewi-dewi lain yang juga sama hebat sebagai Top 20,”jelas Syamira.
Syamira akan berentap bersama empat orang lagi finalis iaitu Shatirah Amanda, Adriana, Nynaa Harizal dan juga Shaza bagi merebut gelaran Dewi Remaja pada hari Sabtu ini.
Anda boleh menyaksikannya secara langsung pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kongsi Resepi Mudah Dan Popular Ketika RMO. No 1 Untuk Yang Mengidam Roti Gardenia!
Isi Kandungan
ToggleSelaras dengan penyebaran COVID-19, dan Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) sudah pastinya kita kekal di rumah dalam tempoh ini.Pelbagai aktiviti dan masakan telah dicuba. Namun anda semua jangan cepat mengalah dan bosan untuk kekal mengikut arahan kerajaan.
Perkongsian resepi mudah ini, hijabista kongsi untuk anda yang bujang mahupun berkeluarga agar tidak buntu dengan rutin harian. Selamat mencuba!
1. Kuih Pintal (guna 3 bahan , 15 minit dah siap)
Bosan tunggu lori roti GARDENIA, jomlah korek bahan kat dapur yang masih berbaki. Resipi ini pun tak kurang hebatnya.
BAHAN: (Untuk 8-10biji)
- Telur sebiji
- Gula 2 sudu
- Tepung pulut (Agak agak sampai jadi doh)
CARA:
- Pukul telur dan gula sampai kembang. Pukul pakai sudu jak pun boleh.
- Dah kembang, masukkn tepung pulut. Agak agak jak sampai jadi doh. Kalau doh keras, renjis sikit air
- Dah uli, gulung gulung ikut bentuk macam di bawah.
- Goreng guna api kecil. Dah panas, masukkn kuih dalam kuali. Tunggu sampai kembang dan keperangan baru angkat, jangan angkat cepat sangat risau dia mengecut.
- Biarkan kejap, pastu tabur gula aising atasnya. Nak makan dengan sardin pun boleh .
*If nak tambah garam sikit, tepung banyak n tambah air pun boleh.
Sumber: Kasmi Saharing
2. Tauhu Berlauk Crunchy
Menu kreatif ini untuk hijabi yang masih single, selalu order tauhu segerakan. Bila dah duduk di rumah boleh cuba resipi ini.
BAHAN:
- Isi tauhu dua keping
- Tauhu telur 1 bungkus
- Sayur sayuran yang bersesuaian (saya guna lobak,daun sup,cili merah dan lobak)
- Bahan perasa (saya guna serbuk pati ayam & lada hitam)
Telur & tepung serbaguna untuk salutan - Air
- *Tepung gandum (sekiranya perlu) Saya tak gunakan isi ayam (malas nak thawing)
CARA:
Langkah 1
Blendkan semua bahan bersama sedikit sahaja air kecuali telur . Agak agak lah adjust bahan perasa tu ikut selera, jangan terlalu masin. Sekiranya bancuhan menjadi terlalu cair, tambahkan tepung gandum. Sementara nak siapkan bahan blend ni, boleh panaskan dulu pengukus.
Langkah 2
Dapatkan kepekatan yang sesuai supaya tauhu senang disudu ke dalam acuan untuk proses kukus & goreng.
Langkah 3
Sudukan bahan yang telah di blend ke dalam acuan. Tak kisah nak guna acuan apa apa pun, saya ada acuan kuih ni saja Kalau guna acuan seperti saya, dapat lah dalam 12 biji tauhu berlauk ni.
Sapukan sedikit minyak di dalam acuan supaya senang nak keluarkan isi tauhu kukus walaupun masih panas. Isi je penuh dalam acuan, jangan risau dia takkan melimpah pun.
Langkah 4
Okay lepas dah kukus dalam 10 minit macam tu, isi tauhu tadi akan naik macam ni. Maknanya dah masak cantik dah. Sekarang dah ready untuk digoreng.
Langkah 5
Keluarkan isi tauhu kukus. Dalam mangkuk,pecahkan sebiji telur dan masukkan sesudu makan tepung serbaguna. Pukul rata dan celupkan tauhu kukus.
Langkah 6
Gorengkan dalam minyak yang betul betul panas supaya effect crunchy telur dan tepung tu jadi.
Langkah 7
Okay terbalik terbalikkan, biar semua sekali garing. Angkat dan hidangkan. Sebelum hidang, saya dab dab dulu dengan tisu dapur, tak gemar kalau berminyak
Baiklah, dah siap! Begini la rupa tauhu berlauk crunchy tu, bolehlah dimakan dengan apa apa sos pencicah macam sos thai ke sampal kicap ke. Saya guna sos thai yang dibancuh dengan air gula, hirisan cili padi, daun ketumbar dan bawang merah segar. Sedap sangat !
sumber : Nur Diyana via MAHN
3. Puding Oreo Milo
Menyediakan hidangan pencuci mulut bukan sesuatu yang sukar, guna bahan yang ringkas tapi tetap menjadi. Sedap pula tu. Untuk hari ini, apa kata ibu-ibu cuba Puding Oreo Milo ini. Air tangan dari Noraslinda Bugal ini viral cukup mudah. Hanya guna 5 bahan je. Jom cuba!
BAHAN:
- 1 paket serbuk agar-agar(10 gram)
- 800 ml susu segar(saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
- 150 gram gula pasir
- 8 keping biskut Oreo
- 2 sudu besar Milo
CARA:
- Satukan serbuk agar-agar,susu segar dan gula pasir di dalam periuk.Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.Sentiasa dikacau
- Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut(Jangan terlalu halus)
- Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.Tuang biskut tadi ke dalam acuan
- Tapis agar-agar dan tuang ke dalam acuan(Jangan tuang habis semua.Tinggalkan sedikit untuk lapisan Milo)
- Gunakan garfu,kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan.Ketepikan
- Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo.Kacau sehingga Milo hancur dan sebati
- Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan
4. Puding Susu Nata De Coco
Bahan-bahannya pun tak lah banyak mana dan cara-caranya membuatnya pun cukup mudah. Bolej ajak anak-anak dan suami buat sekali. Bonding time!
BAHAN:
- 1 cawan tepung custard
- 5 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1/2 tin susu cair
CARA:
- Masak sampai likat dan berkilat
- Sejukkan masukkan dalam bekas
- Bubuh cocktail, nata de coco n curah susu
- Sejukkan dalam sejuk.
- Siap!
Kredit: Iffy Iruzza via MAHN
5. Cucur Udang Rangup Makan Tak Henti
Biasa kalau beli cucur udang tak kan dapat rasa sebagaimana yang diinginkan. Ada yang terlalu berminyak, keras dan sebagainya. Senang aje, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras. Kalau ada yang teringin nak makan, boleh buat untuk minum petang nanti sambil bayangkan suasana kampung.
BAHAN:
- Tepung gandum – 2 cawan
- Tepung beras – hampir2 1 cawan
- Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
- Udang kecil
- Ikan bilis – segenggam
- Bawang merah dimayang nipis – 3 ulas
- Daun kucai
- Serbuk kunyit
- Garam
- Air (tiada dlm gambar)
- Minyak masak (tiada dlm gambar)
CARA:
- Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2
- Udang kecil dibuang kepala
- Kemudian ambil satu magkuk besar
- Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
- Masukkan garam / serbuk pati ayam
- Gaul2 kan (kering tanpa air)
- Kemudian masukkan kedua2 jenis udang & ikan bilis
- Masukkan juga serbuk kunyit
- Masukkan pula bawang & daun kucai
- Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik)
- Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya)
- Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
- Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis. Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang
Kredit : Farah Farhana
SUMBER: Majalah RASA & KELUARGA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran, Jangan Beri Hadiah Yang Tidak Senonoh Pada Pengantin
Isi Kandungan
ToggleMasyarakat kita hari ini suka melakukan perkara yang bukan-bukan tanpa memikirkan kesannya pada masa hadapan.
Baru-baru ini tular sekumpulan lelaki menghadiahkan barangan yang tidak senonoh kepada rakan mereka di hari perkahwinannya.
Perbuatan ini mendapat perhatian bukan hanya di kalangan masyarakat tetapi juga pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun.
TREND HADIAH KAHWIN TIDAK BERMARUAH
Tular baru-baru ini satu video yang dimuat naik oleh sekumpulan lelaki yang menghadiri sebuah majlis kahwin. Dalam video tersebut menunjukkan kawan-kawan pengantin lelaki sedang beratur memberikan hadiah, amat mengejutkan apabila hadiah yang diberikan membawa unsur tidak senonoh. Allahu Akbar.
Sebenarnya saya yang menonton pun jadi malu, apatah lagi bila melihat kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tertunduk sambil tutup muka dengan pemberian mereka yang tiada sedikitpun rasa malu. Saya mohon, janganlah budayakan jenaka lucah sebegini, fikirkanlah apa kesannya kepada sesiapapun yang melihat.
Budaya memberi hadiah di pelamin sekarang menjadi satu trend, namun tak seharusnya diikuti jika tujuan untuk publisiti dan maruah digadai. Berbaloikah?
SUNGGUH, SIFAT MALU ITU PERISAI ORANG MUKMIN
Malu itu salah satu sifat mulia kerana ia melindungi kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Dengan malu, kita takut nak bermaksiat, sakiti orang lain, melihat perkara haram, mendedahkan aurat, buat perkara yang menjatuhkan maruah dan lain-lain.
Tidak salah ingin memberi, tidak salah ingin bahagiakan kawan ketika jadi raja sehari, tapi bila sampai mencemarkan adab depan orang ramai, bahkan ditontonkan pula secara terbuka di media sosial sebenarnya memang sangat melampau.
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ مِـمَّـا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِِ النُّبُوَّةِ اْلأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ؛ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Maksudnya: “Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimah kenabian terdahulu adalah, “Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Ayat “buatlah sesuka hatimu” itu bukan bererti Rasulullah SAW beri kebebasan kepada kita untuk lakukan sewenangnya, tapi ia merupakan satu sindiran yang amat pedih bagi mereka yang memiliki iman. Kita bimbang jika Allah dan Rasulullah sudah tidak lagi peduli pada kita sedangkan Syurga-Nya dan syafaat Baginda yang kita tagihkan.” Semoga kita mengambil pengajaran.
DOSA BAGI ORANG MUKMIN IBARAT GUNUNG YANG MENGHEMPAP
Ya, kita tak pernah lari dari kesilapan, namun sebaik-baik pendosa ialah yang bertaubat.
Apa yang dilakukan memang memalukan diri sendiri, namun jangan berputus asa dengan rahmat-Nya, jika ada sedikit rasa malu kepada Allah maka bertaubatlah.
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., beliau berkata:
إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ وَقَعَ عَلَى أَنْفِهِ قَالَ بِهِ هَكَذَا فَطَارَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya sepertinya berada di bawah gunung, dia bimbang gunung itu runtuh ke atasnya. Sebaliknya orang keji (derhaka) melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya. Dia berkata “Ini cuma seperti ini, lalu terbang.” (HR Tirmizi, hadis sahih)
Firman Allah SWT:
قُلْ يٰعِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللّٰهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا ۗاِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
Maksudnya: Katakanlah, “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Surah Az-Zumar 39: 53)
ADAB MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN
Dikongsikan beberapa adab ketika menghadiri majlis perkahwinan di sini, mudah-mudahan kita dapat sama-sama amalkan, insyaAllah.
1. Wajib Hadir Apabila Dijemput
Apabila sesuatu jemputan diterima, maka hendaklah hadir melainkan sekiranya ada halangan yang menghalang untuk hadir.
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda:
أَجِيبُوا هَذِهِ الدَّعْوَةَ إِذَا دُعِيتُمْ لَهَا
Maksudnya: “Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
2. Niat
Niatkan kehadiran kita sebagai ibadah dan memenuhi hak sesama Muslim kerana setiap perbuatan yang diniatkan sebagai ibadah kepada Allah, pasti ada ganjaran pahala yang sentiasa mengalir termasuk dalam setiap langkah kita ke majlis tersebut.
Daripada Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a., Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” (HR Muttafaqun ‘alaih, hadis sahih)
3. Menutup Aurat
Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan sama ada lelaki atau wanita, kerana pakaian yang tidak sopan menyebabkan orang sekeliling terganggu dan mendatangkan dosa jika tidak menutup aurat.
Daripada Saidatina Aisyah r.a., beliau menceritakan:
أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Maksudnya: “Saidatina Asma’ binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah SAW dengan mengenakan kain yang tipis, maka Rasulullah menegur, “Wahai Asma, sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah baligh, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan ini” – sambil menunjukkan muka dan dua tapak tangannya” (HR Abu Daud, hadis sahih)
4. Menjaga Adab-adab Makan
Islam agama yang sangat indah, banyak panduan yang diberikan termasuk adab ketika makan.
Daripada Umar bin Abu Salamah, beliau menceritakan ketika kecil, Rasulullah pernah bersabda kepada beliau:
عَابَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ كَانَ إِذَا اشْتَهَى شَيْئًا أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ
Maksudnya: “Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Sekiranya beliau suka, Baginda memakannya. Sekiranya tidak, Baginda meninggalkannya.”(HR Muslim, hadis sahih)
5. Memberi Hadiah
Hadiah adalah satu bentuk atau tanda kasih sayang daripada seseorang kepada seseorang, ia dituntut dalam Islam dan merupakan sunnah baginda Nabi SAW kerana memberi hadiah dapat menghilangkan dendam dan eratkan silaturrahim dengan lebih mendalam.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
تَهَادُوا تَحَابُوا
Maksudnya : “Salinglah memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai” (HR Bukhari, hadis sahih)
6. Mendoakan Kebahagiaan Pengantin
Mungkin kebiasaan apabila kita hadir majlis kenduri adalah untuk makan dan bergambar bersama pengantin, namun mari kita contohi tindakan Rasulullah SAW ketika menghadiri majlis perkahwinan, Baginda akan mendoakan pengantin tersebut.
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau menceritakan:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW memberi ucapan selamat kepada orang yang sudah menikah, Baginda akan berdoa, “Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu, semoga Allah memberi keberkatan ke atasmu dan semoga Allah himpunkan kalian dalam kebaikan.” (HR Tirmizi, hadis hasan sahih)
7. Mendoakan Tuan Rumah Kerana Memberi Makan
Selain mendoakan pengantin, panjangkan juga doa kita kepada tuan rumah yang telah bersusah payah untuk hidangkan makanan buat semua tetamu yang hadir, mudah-mudahan mereka mendapat keberkatan dan kebaikan.
Daripada Hisyam bin Yusuf, beliau menceritakan:
سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ بُسْرٍ يُحَدِّثُ أَنَّ أَبَاهُ صَنَعَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا فَدَعَاهُ فَأَجَابَهُ فَلَمَّا فَرَغَ مِنْ طَعَامِهِ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَبَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ
Maksudnya: “Saya pernah terdengar Abdullah bin Busr menceritakan bahawa bapanya pernah menyediakan makanan untuk Nabi SAW kemudian menjemput Baginda makan. Rasulullah memenuhi undangan beliau dan selesai makan, lalu Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah mereka, sayangilah mereka dan berikanlah keberkatan pada makanan yang Engkau anugerahkan untuk mereka.” (HR Muslim, hadis sahih)
Sumber kredit: Asma’ binti Harun
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI