Sebagai wanita, pasti kita tidak suka membuat suatu perkara yang menyusahkan. Dan paling seronok jika dapat melakukan sesuatu yang menyenangkan hidup. Maklumlah hijabi paling tidak suka bila kena buat perkara yang melecehkan dan remeh-temeh. Memang lumrah wanita sukakan benda yang simple dan cepat.

Misalnya kalau bab makan, memang tak kuasa nak beratur atau masuk kedai yang full house. Admin nak share sikit antara perkara yang menyenangkan hidup kita. Agak-agak yang mana buat hijabi setuju atau tidak?

Perkhimatan penghantaran makanan sudah menjadi satu keperluan dalam masyarakat hari ini kerana dengan hanya beberapa sentuhan di telefon, makanan sudah tersedia di depan pintu.

Kini boleh dikatakan hampir kesemua rangkaian restoran terkenal, malah gerai jual burger di tepi jalan turut menggunakan perkhidmatan ini dalam mendapatkan lebih ramai pelanggan.

Bertitik-tolak daripada itu, dua anak muda tempatan iaitu Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman dan selebriti, Fikry Ibrahim tampil dengan idea serupa menerusi perkhidmatan penghantaran makanan terbaharu Go Eat.

Go Eat jenama tempatan pertama Malaysia!

Khairil memberitahu Go Eat adalah jenama pertama dari Malaysia malah keseluruhan kaki tangannya juga menggunakan kemahiran rakyat negara ini.

Aplikasi Mudah Berkongsi Rasa ‘Home Cook’ Seperti Menikmati Makanan Ibu Sendiri. Rugi Tak Cuba!

Ads

“Seperti kita ketahui beberapa perkhidmatan serupa adalah jenama dari luar negara jadi saya terfikir mengapa tidak kita tampil dengan sebuah jenama tempatan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

“Alhamdulillah kita bangunkan aplikasi Go Eat sejak 2016 menggunakan pasukan pembangunan, peranti, aplikasi dan sebagainya semua rakyat Malaysia yang buat dan Insya Allah perkhidmatan kita akan telah secara rasmi bermula Januari ini,” katanya ketika sidang pelancaran.

Go Eat merupakan sebuah aplikasi digital keluaran sulung oleh syarikat bumiputera Malaysia, Go Eat Sdn Bhd (1326623-X). Aplikasi ini mula dibangunkan pada pertengahan tahun 2019 dan diterajui oleh Dato’ Khairil Muzamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pada Sabtu, 18 Januari 2020, aplikasi ini telah siap 100% dan dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang bersama 200 tetamu jemputan dari seluruh negara.

Penghantaran makanan ‘home cook’ bantu ibu tunggal

Bukan mudah memulakan hidup sebagai ibu tunggal, bagi mereka yang menjadi ibu tunggal semasa usia muda dan mak cik- makcik yang gemar masak tetapi tidak tahu saluran untuk menjualnya. Go Eat adalah hub sesuai untuk mereka memulakan perniagaan dan berkongsi rasa ‘home cook’ seperti menikamti makanan ibu sendiri.

Ads
Aplikasi Mudah Berkongsi Rasa ‘Home Cook’ Seperti Menikmati Makanan Ibu Sendiri. Rugi Tak Cuba!
Usah risau sekiranya teringin makan asam pedas Melaka, semuanya hanya di GO EAT

Bercakap mengenai kelainan Go Eat berbanding perkhidmatan lain sedia ada, Fikry yang juga selaku pengasas bersama memberitahu pihaknya turut memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan ‘home cook’.

Fikry memberitahu, idea itu dilihat mampu berjaya memandangkan di Malaysia sendiri terdapat ribuan peniaga persendirian atau kecil-kecilan yang mempunyai pelbagai produk berkualiti namun kekurangan ruang untuk mempromosikan produk keluaran mereka.
“Setiap kali saya pulang ke kampung, ada beberapa peniaga depan rumah saya masih di situ dan tidak berkembang kerana tiada platform.

Aplikasi Mudah Berkongsi Rasa ‘Home Cook’ Seperti Menikmati Makanan Ibu Sendiri. Rugi Tak Cuba!
Pengasas Bersama Fikri Ibrahim

“Jadi saya terfikir alangkah bagusnya jika ada satu platform yang boleh membantu peniaga-peniaga kecil ini untuk mengembangkan perniagaan mereka.
“Salah satu caranya adalah menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan dan kami tambahkan dalam perkhidmatan kami,” katanya.

8,000 peniaga ‘home cook’ sudah mendaftar

Aplikasi digital Go Eat ini merupakan aplikasi servis penghantaran makanan yang pertama dibangunkan oleh anak tempatan di Malaysia. Dibarisi oleh keseluruhan anak-anak tempatan yang menjadi tulang belakang pengurusannya, Go Eat tampil gah dengan warna tema Hitam dan Kuning melambangkan imej produk dan hasil tangan rakyat Malaysia.

Ads

Aplikasi ini juga menyediakan ribuan peluang pekerjaan dalam sektor logistik, makanan dan minuman serta perniagaan dari rumah iaitu “home-cook”. Tidak hanya terhenti di situ kata Khairil, menerusi cara itu, pihaknya dapat membuka peluang pekerjaan bukan sahaja kepada penghantar makanan tetapi peniaga-peniaga kecil ini.

“Bayangkan berapa ramai ibu tunggal atau suri rumah yang berniaga secara dalam talian atau membuka gerai boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini?
“Pada akhirnya kita berbalik kepada tujuan kami mahu menyediakan perkhidmatan ini iaitu dari rakyat Malaysia kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.

Idea itu kata Khairil mula menampakkan hasilnya apabila sehingga kini hampir 8,000 peniaga ‘home cook’ sudah mendaftar dengan mereka ketika belum dilancarkan secara rasmi, lebih 3,400 penghantar.

Aplikasi Mudah Berkongsi Rasa ‘Home Cook’ Seperti Menikmati Makanan Ibu Sendiri. Rugi Tak Cuba!
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Go Eat, Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman

Bagaimanapun kata Khairil, bagi memastikan kualiti dan keselamatan makanan terjamin, pihaknya akan membuat tapisan kepada permohonan peniaga sebelum boleh berdaftar sebagai vendor dalam Go Eat.

“Alhamdulillah walaupun belum dilancarkan secara rasmi namun sambutan luar biasa daripada peniaga dan penghantar makanan yang memohon untuk berdaftar di bawah Go Eat sangat luar biasa.
“Insya Allah perancangan kami selepas ini adalah untuk membawa jenama ini ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Australia dan Vietnam.
“Jika Indonesia boleh berbangga dengan Gojek, menjadi harapan kami agar selepas ini rakyat Malaysia dapat mengagumi Go Eat,” katanya.

Aplikasi Go Eat boleh di muat-turun di kedua-dua platform iaitu Android Playstore dan IOS Appstore bermula 18 Januari 2020. Menggunakan pendekatan aplikasi mesra pengguna, Go Eat menyasarkan jumlah muat turun sehingga mencecah 1,000,000 pengguna dalam tempoh 6 bulan operasi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Eat itu sendiri, terdapat beberapa plan pembangunan aplikasi digital yang lain akan dibangunkan selepas ini dan ianya berkait rapat dengan Go Eat.

Hadir ke pasaran digital bersama slogan “Lets Go Eat”, aplikasi ini dilihat mampu mencabar kedudukan aplikasi digital yang sedia ada. Terima kasih kepada pihak media khususnya dalam memberi liputan dan ruang bicara yang positif terhadap Go Eat. Produk Malaysia untuk orang Malaysia.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI