Rata-rata umat Islam mengakui bahawa sekiranya Allah memberikan ujian terhadap kesihatan, ia merupakan cara Allah mahu mengurangkan dosa-dosa kecil yang dilakukan umatnya, ‘sakit penghapus dosa’.
Begitu juga dengan apa yang dialami oleh pelakon dan pengacara jelita, Zulin Aziz yang memaklumkan bahawa dia perlu menjalani pembedahan, sebaik sahaja di diagnosis menghidap apendiks dan batu hempedu.
Sehubungan itu, Zulin memohon agar wargamya dan para peminatnya menitipkan doa agar segala urusan pembedahannya dipermudahkan.
Ingatkan Gastrik Biasa, Tak Sangka Serius Hingga Perlu Dibedah
Perkara berkenaan dimaklumkan Zulin sendiri, menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, berkongsikan keadaan dirinya sebelum memasuki dewan pembedahan.
Dalam perkongsian itu, Zulin mendedahkan bahawa dia berasa gentar dan belum bersedia untuk menjalani pembedahan berkenaan.
Malah, beliau tidak menyangka menghidap penyakit yang agak serius kerana pada awalnya dia menyangka hanya diserang penyakit gastrik.
“Salam semua. Sebentar lagi saya akan menjalani pembedahan Appendix & batu hempedu. Doakan saya semoga selamat dan dipermudahkan segala urusan ya?
“Jujurnya saya takut. Tak bersedia, ingat gastrik tapi terus kena masuk bilik bedah. Allahuakbar. Ya Allah panjangkanlah umurku, Permudahkanlah urusan kami, Berikanlah aku kesembuhan dari segala penyakit, Amin Ya Rab Ya Mujib Ya Karim,” tulis Zulin pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Bagaimanapun, Zulin tetap terlihat tenang ketika mahu menjalani pembedahan berkenaan kerana suaminya, Farhan setia menemani di sisi.
Terbaru, usai menjalani pembedahan berkenaan. Menerusi Instagram story (IGs)
Zulin memaklumkan keadaanya yang sudah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan batu hempedu tersebut, meski masih terasa kesakitan kesan dari pembedahan berkenaan.
Ads
“Subuh ni perut rasa bengkak. Nak duduk rasa sakit jadi saya baring saja. Masih belum boleh makan. Boleh minum sahaja. Nak diet sangat kan. Lepasni boleh makan benda lembut macam bubur dan roti cicah. Sekarang memang lapar teruk. Semalam makan dua sudu sahaja. Lepas itu saya terus puasa.
Selain itu, Zulin turut memuatnaik beberapa keping foto menerusi hantaran sama memaparkan batu hempedu yang berjaya dikeluarkan doktor serta keadaan terkini dirinya setelah pembedahan berjaya dilakukan.
Salun Muslimah pertama di Jakarta ditubuhkan kira-kira 18 tahun lalu. Pelopornya, Yulia Astuti merupakan pengasas Moz5 Salon. Di awal penubuhannya, Yulia Astuti baru sahaja bertudung.
Memetik perkongsian di portal All Things Beauty, Yulia Astuti memulakan perniagaan di salun kecil yang merupakan bekas tapak gerai makan. Kini cawangan salun Muslimah miliknya berkembang di seluruh Indonesia antaranya Jawa Barat, Jawa Timur, Kalimantan dan Sumatera.
Pada 2011, ibu kepada tiga anak ini pernah mengeluarkan rangkaian produk penjagaan badan dan rambut yang halal khas buat Muslimah. Yulia Astuti juga aktif berkempen memberikan sokongan moral kepada para ibu yang memiliki anak berkeperluan khas.
Yulia Astuti sering berkongsi tentang perjalanannya memulakan salun Muslimah pertama di Indonesia sambil membesarkan dua anak berkeperluan khas.
Penggemar aktiviti marathon ini turut berkongsi cara bagaimana menguruskan kewangan serta mengekalkan keseimbangan antara keluarga dan kerjaya.
IDEA PENUBUHAN SALUN MUSLIMAH “Segalanya bermula ketika saya tercari-cari salun rambut yang sesuai memandangkan ketika itu saya baru bertudung. Hendak gunting rambut pun susah kerana tiada salun khusus untuk wanita sahaja apatah lagi Muslimah.
“Ketika itu terlintas di fikiran saya, kenapa tak cuba buat salun sendiri? Walaupun belum ada yang mula, keperluan dan permintaannya sangat tinggi.
“Pada mulanya orang tidak tahu apa itu salun Muslimah, masih ramai yang tersalah anggap adalah butik. Ketika itu, peluang saya sangat cerah kerana tiada pesaing. Apabila saya mula membuka di Margonda, salun saya serta-merta menarik perhatian media untuk membuat liputan. Secara tak langsung ia menjadi satu promosi yang percuma.”
Menurut Yulia Astuti lagi, kebetulan ketika itu perkembagan internet dan media sosial tidak seperti sekarang. Maka, promosi hanya melalui senarai mel dan media konvensional seperti surat khabar dan majalah.
“Walaupun lokasinya di Depok, yang datang boleh datang dari Tangerang atau Bekasi. Ia juga semakin dikenali apabila mendapat liputan meluas di televisyen walaupun salun itu masih sangat kecil,” imbas Yulia Astuti.
Apa yang membezakan salun Muslimah dengan yang biasa ialah tiada pekerja lelaki yang terlibat. Selain itu, produk yang digunakan juga semuanya halal. Salah satu usahanya ialah menghasilkan sendiri produk yang terjamin kualitinya.
“Saya memilih konsep salun Muslimah ini ialah kerana memahami masalah rambut yang dihadapi golongan Muslimah yang jauh lebih rumit berbanding wanita tidak bertudung.
“Masalah rambut utama bagi hijabi ialah rambut gugur dan kelemumur kerana kulit kepala ditutup setiap hari. Itu adalah asas untuk saya mencipta produk sendiri. Produk utamanya ialah syampu.”
KEHIDUPAN SEBAGAI WOMENPRENEUR
Dalam usia yang masih muda, Yulia Astuti sudah pun bergelar usahawan wanita sukses di Indonesia. Apa rahsianya?
“Saya rasa masih jauh lagi, masih ramai lagi tokoh wanita yang lebih memberi inspirasi. Namun untuk petua menguruskan perniagaan dan keluarga, kita tidak boleh bergantung kepada diri sendiri. Kita tidak boleh menjadi wanita ajaib tanpa sokongan orang-orang sekeliling. Jadi, usah berpura-pura menjadi hero dan mahu melakukan semuanya sendiri.
“Saya sendiri ada support system, ada pembantu rumah dan suami yang sangat menyokong segala aktiviti saya. Sejak awal, saya telah memberitahu suami, saya mempunyai pekerjaan yang memerlukan masa dan tenaga. Jadi, kami berbincang dengan baik. Ada masanya saya terpaksa berkongsi peranan dengan suami.
“Sejak awal kami bersetuju untuk sama-sama membesarkan anak sendiri, lebih-lebih lagi saya mempunyai tiga orang anak. Dua daripada tiga anak kami mempunyai keperluan khas, yang sangat memerlukan perhatian lebih. Jadi kami bersetuju untuk meluangkan masa sebanyak mungkin untuk anak-anak.”
Kongsi Yulia Astuti lagi jika ada masa luang di rumah, dia akan bersenam. Contohnya pada awal pagi atau lewat malam. Jarang untuk dia berjumpa rakan-rakan kerana kekangan masa. Yulia Astuti juga bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan ibu bapa dan adik-beradik. Namun, Yulia Astuti turut mengingatkan kita juga tidak boleh terlalu bergantung kepada ramai orang untuk semuanya. Biar berpada-pada.
PETUA RAMBUT SIHAT ALA YULIA ASTUTI
Hijabi yang suka bersenam memerlukan lebih penjagaan. Cuci rambut setiap hari bagi memastikan kesegaran.
Namun, hati-hati memilih produk kerana mencuci rambut setiap hari boleh menyebabkan rambut kering. Gunakan syampu, perapi, serum, minyak rambut dan spa rambut seminggu sekali. Boleh juga gantikan spa rambut dengan topeng rambut bagi mengelakkan keguguran rambut.
TIP URUS PERNIAGAAN & KEWANGAN “Saya sangat berdisiplin. Sejak 18 tahun lalu, saya telah mengasingkan akaun peribadi daripada akaun perniagaan. Saya mendapat gaji dari perniagaan yang saya lakukan sendiri. Keperluan peribadi saya datang dari gaji yang saya terima.
“Dalam perniagaan saya juga ada orang kewangan dan perakaunan. Mereka menguruskannya jadi saya tidak boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu. Walaupun pada mulanya saya tidak memahami kewangan, apabila berniaga adalah sangat penting untuk menguasai perkara ini.”
Paling penting bagi Yulia Astuti pandai membaca laporan kewangan. Itu adalah kemahiran mutlak sebagai seorang usahawan. Kewangan adalah asas utama untuk kelestarian sesebuah perniagaan.
“Jika perniagaan bertahan lama dan mampan, anda mesti boleh membaca laporan kewangan. Strategi perniagaan yang kita ambil mestilah berdasarkan laporan kewangan.”
Hijabista mendoakan agar Yulia Astuti terus sukses dalam perniagaan. Superwoman!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hari pernikahan sememangnya hari yang dinantikan oleh semua. Detik-detik indah itu pastinya diabadikan dalam bentuk fotografi. Namun, bagaimana pula jika gambar yang terhasil itu tidak menjadi seperti yang kita impikan?
Di twitter, @LeMoon_ice telah berkongsikan kisah lucunya apabila gambar perkahwinannya semua ‘rosak’ kerana suaminya langsung tak pandang kamera. Hahaha, comel kisahnya!
Geram je rasanya. Hahaha!
Kata suaminya, mungkin dia sedang melihat tetamu yang datang…
Ingatkan sudah belajar daripada kesilapan. Tapi… 😆
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon hebat Hollywood bertaraf lima bintang iaitu Will Smith. Boleh kata semua filem dia sis layanlah dan feeling lakonan dia mesti menusuk sampai ke jiwa.
Haaa jika anda pun peminat Will Smith macam sis, ada berita baik untuk anda sebab dia akan muncul dalam filem terbaru bertajuk Gemini Man.
Bakal ditayangkan pada 10 Oktober ini di seluruh Malaysia, filem ini turut dibintangi oleh Mary Elizabeth Winstead, Benedict Wong dan Clive Owen.
Diarahkan oleh Ang Lee, ia mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan, Henry Brogan yang menjadi sasaran dalam sebuah misi pembunuhan yang seperti dapat membaca setiap langkah dan gerak gerinya.
Lebih menakutkan lagi apabila dia mengetahui lelaki yang ingin membunuhnya itu merupakan klon dirinya namun dalam versi yang lebih muda, pantas dan lincah.
Menariknya, ia merupakan filem pertama arahannya yang bereksperimen dengan pengklonan manusia digital dan High Frame Rate (HFR).
Evolusi visual HFR dalam filem ini akan membuatkan penonton menerima emosi yang padu dan juga gambaran yang jelas seperti apa yang dimahukan oleh pengarah. Anda pastinya akan terhibur dengan pengalaman menonton 3D sebegini!
Macam mana boleh jadi macam tu? Tak sabar sis nak tahu apa kisah sebenar Gemini Man ini dan sis juga nak ajak pembaca bertuah untuk tonton tayangan perdana filem ini bersama Hijabista.
Kami akan berikan anda sepasang tiket ke tayang perdana Gemini Man dengan hanya menjawab soalan mudah di bawah. Siapa cepat dia dapat!
Tarikh: 8 Oktober 2019
Lokasi: TGV Sunway Pyramid
Masa: 8.30 malam
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...