Pada botol pewangi wangian sering tertulis label ‘parfum’, ‘eau de parfum’, ‘eau de toillette’ atau ‘body splash’. Mungkin banyak dari anda masih bingung, kandungan apakah itu dan berpengaruhkah pada ketahanan aromanya?
Label-label tersebut ternyata berkait rapat dengan kadar kandungan pati parfum. Semakin tinggi tingkat patinya, maka semakin lama pula wangian tersebut bertahan dan tentunya, semakin mahal harganya.
Perbezaan utama ialah pada amaun atau kepekatan pati tulen di dalam minyak wangi itu. Pati ini adalah dalam bentuk minyak yang diekstrak daripada sumber wangian seperti bunga, rumput, rempah, buah-buahan, kayu, akar dan lain-lain.
Parfum (Pure Perfume) – Pati tulen boleh mencecah di antara 25% hingga 40% daripada kandungan keseluruhan minyak wangi. Bakinya ialah alkohol dan air yang dicampur mengikut kuantiti yang ditentukan oleh pembuat formula.
Jangan menyemburkan semburan parfum ke baju kerana teksturnya yang berminyak dapat meninggalkan noda. Cukup dengan oleskannya sedikit di nadi tangan dan belakang telinga.
Eau De Parfum (EDP) – Pati ini ada dalam sekitar 15% ke 20% daripada kandungan minyak wangi. Bakinya juga ialah alkohol dan air. Ia mempunyai kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. Selalunya lebih sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.
Eau de Toilette – Kadar Ketumpatan patinya mencapai 5%-8%. EDT atau Eau De Toilette merupakan minyak wangi yang lazim didapati di pasaran. Tahan sehingga 2-4 jam. Wangian ini berada setingkat diatas cologne. Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. Untuk kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untuk banyak acara mahu pun saat bersantai bersama teman.
Eau de Cologne – Kadar Ketumpatan patinya mencapai 3%-5%. EDC atau Eau De Cologne adalah minyak wangi yang paling lemah dan kebiasaannya dipasarkan kepada lelaki. Tahan sehingga 2 jam. Jenis wangian ini yang paling ringan jika dibandingkan dengan yang lain. Amat sesuai digunakan di bahagian tubuh, untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum setelah mandi. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapati pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.
Disebabkan kandungan pati tulen yang lebih tinggi, parfum adalah lebih wangi dan lebih tahan lama bau wanginya. Parfum berkualiti tinggi ada yang tahan wanginya sehingga 10 ke 12 jam. Berbeza dengan EDP yang mempunyai kurang sedikit pati tulen, daya tahan wanginya adalah sekitar 6 ke 9 jam.
Proses mengekstrak pati tidak mudah. Beribu-ribu kuntum bunga atau sumber lain diperlukan untuk menghasilkan hanya 100 ml pati tulen. Setelah bahan sumber dikumpulkan, masa yang lama juga diambil untuk mengeluarkan patinya. Proses ini boleh memakan masa berbulan-bulan lamanya dan melalui pelbagai peringkat pemprosesan.
Inilah juga sebab minyak wangi amat mahal. Semakin banyak pati dalam sebotol minyak wangi itu, semakin premium harganya.
Parfum terbaharu di pasaran untuk seorang wanita yang berfikiran terbuka, moden dan tenang mampu menjalani hidup tanpa batasan. Gaby Aghion menginspirasikan percutian yang lebih sengit, terbenam di tengah-tengah kemewahan wangian yang sangat canggih di dalam wangian terbaharu Nomade Absolu De Parfum.
Kehangatan halus dan harum dari destinasi fantasi, nomade absolu de parfum adalah versi komposisi asalnya yang lebih kuat, penyempurnaan yang tidak dijangka dengan tekstur mewah dari plum mirabelle aroma yang manis. Sensualness yang ditingkatkan oleh serpihan aroma davana. Kaya dengan bauan kayu cendana yang lembut dan berkrim. Wangian versi hebat ini, botol nomade dihiasi dengan warna-warna hangat, bahan yang halus dan perincian yang mewah.
Chloé’s new Nomade Absolu De Parfum kini boleh didapati di semua gedung membeli-belah utama dan sephora. Pada harga runcit RM275 (30ml), RM410 (50ml), RM534 (75ml).