Pada botol pewangi wangian sering tertulis label ‘parfum’, ‘eau de parfum’, ‘eau de toillette’ atau ‘body splash’. Mungkin banyak dari anda masih bingung, kandungan apakah itu dan berpengaruhkah pada ketahanan aromanya?
Apakah bezanya Parfum dan EDT, EDP & EDC?”
Label-label tersebut ternyata berkait rapat dengan kadar kandungan pati parfum. Semakin tinggi tingkat patinya, maka semakin lama pula wangian tersebut bertahan dan tentunya, semakin mahal harganya.
Pati Di Dalam Minyak Wangi
Perbezaan utama ialah pada amaun atau kepekatan pati tulen di dalam minyak wangi itu. Pati ini adalah dalam bentuk minyak yang diekstrak daripada sumber wangian seperti bunga, rumput, rempah, buah-buahan, kayu, akar dan lain-lain.
Parfum (Pure Perfume) – Pati tulen boleh mencecah di antara 25% hingga 40% daripada kandungan keseluruhan minyak wangi. Bakinya ialah alkohol dan air yang dicampur mengikut kuantiti yang ditentukan oleh pembuat formula.
Jangan menyemburkan semburan parfum ke baju kerana teksturnya yang berminyak dapat meninggalkan noda. Cukup dengan oleskannya sedikit di nadi tangan dan belakang telinga.
Eau De Parfum (EDP) – Pati ini ada dalam sekitar 15% ke 20% daripada kandungan minyak wangi. Bakinya juga ialah alkohol dan air. Ia mempunyai kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. Selalunya lebih sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.
Ads
Eau de Toilette – Kadar Ketumpatan patinya mencapai 5%-8%. EDT atau Eau De Toilette merupakan minyak wangi yang lazim didapati di pasaran. Tahan sehingga 2-4 jam. Wangian ini berada setingkat diatas cologne. Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. Untuk kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untuk banyak acara mahu pun saat bersantai bersama teman.
Eau de Cologne – Kadar Ketumpatan patinya mencapai 3%-5%. EDC atau Eau De Cologne adalah minyak wangi yang paling lemah dan kebiasaannya dipasarkan kepada lelaki. Tahan sehingga 2 jam. Jenis wangian ini yang paling ringan jika dibandingkan dengan yang lain. Amat sesuai digunakan di bahagian tubuh, untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum setelah mandi. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapati pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.
Ads
Pati Mempengaruhi Ketahanan Bau Wangi
Disebabkan kandungan pati tulen yang lebih tinggi, parfum adalah lebih wangi dan lebih tahan lama bau wanginya. Parfum berkualiti tinggi ada yang tahan wanginya sehingga 10 ke 12 jam. Berbeza dengan EDP yang mempunyai kurang sedikit pati tulen, daya tahan wanginya adalah sekitar 6 ke 9 jam.
Pati Mempengaruhi Harga Minyak Wangi
Proses mengekstrak pati tidak mudah. Beribu-ribu kuntum bunga atau sumber lain diperlukan untuk menghasilkan hanya 100 ml pati tulen. Setelah bahan sumber dikumpulkan, masa yang lama juga diambil untuk mengeluarkan patinya. Proses ini boleh memakan masa berbulan-bulan lamanya dan melalui pelbagai peringkat pemprosesan.
Inilah juga sebab minyak wangi amat mahal. Semakin banyak pati dalam sebotol minyak wangi itu, semakin premium harganya.
Ads
Terbaharu Di Pasaran
Chloé’s new Nomade Absolu De Parfum
Parfum terbaharu di pasaran untuk seorang wanita yang berfikiran terbuka, moden dan tenang mampu menjalani hidup tanpa batasan. Gaby Aghion menginspirasikan percutian yang lebih sengit, terbenam di tengah-tengah kemewahan wangian yang sangat canggih di dalam wangian terbaharu Nomade Absolu De Parfum.
Kehangatan halus dan harum dari destinasi fantasi, nomade absolu de parfum adalah versi komposisi asalnya yang lebih kuat, penyempurnaan yang tidak dijangka dengan tekstur mewah dari plum mirabelle aroma yang manis. Sensualness yang ditingkatkan oleh serpihan aroma davana. Kaya dengan bauan kayu cendana yang lembut dan berkrim. Wangian versi hebat ini, botol nomade dihiasi dengan warna-warna hangat, bahan yang halus dan perincian yang mewah.
Chloé’s new Nomade Absolu De Parfum kini boleh didapati di semua gedung membeli-belah utama dan sephora. Pada harga runcit RM275 (30ml), RM410 (50ml), RM534 (75ml).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap hijabi memang tentu akan ada banyak koleksi hijab. Kalau boleh setiap warna ada dalam simpanan. Namun masalah yang sering dialami oleh ramai hijabi ialah tentang cara untuk menyimpan koleksi-koleksi hijab itu dengan kemas dan tersusun.
Maka sebab itulah penting untuk menggantung koleksi-koleksi hijab dengan menggunakan penyangkut/harger supaya hijab-hijab nampak tersusun kemas, mudah dicari ketika hendak dipakai serta paling utama fabriknya kekal terjaga (tidak tertarik).
Sebenarnya ada hanger khas untuk menggantung koleksi hijab kesayangan anda. Hijab-hijab ini tidak boleh digantung menggunakan hanger baju biasa. Hal ini kerana memang tersedia hanger-hanger khas untuk menggantung hijab kesayangan anda.
Kenali jenis-jenis hanger khas untuk menggantung koleksi hijab kesayangan anda.
Multi-Use Hanger
Hanger ini sangat popular dan hampir ada di setiap rumah untuk menggantung tudung. Kelebihan hanger ini adalah ia mempunyai 28 lubang di mana para hijabi mampu menyangkut tudung sehingga 28 helai tudung. Penyangkut besi ini juga kukuh dan mampu menampung sehingga 6 kg tudung.
Plastic Clip Hanger
Biasanya hanger ini digunakan dikedai tudung. Anda boleh juga gunakan untuk susunan yang lebih teratur dan mengikut tona warna. Sekiranya tudung anda banyak, anda mungkin memerlukan lebih ruang atau ‘railing‘ untuk menggantung.
Metal Scarf Hanger With Clip
Hanger jenis ini menjimatkan ruang anda. Anda boleh asingkan hanger mengikut tona warna tudung, contohnya satu hanger untuk warna pastel, satu hanger untuk warna gelap, satu hanger untuk warna tanah.
Tip menggunakan hanger clip seperti ini ialah elakkan bahagian muka pada klip. Maksudnya klip hujung tudung dan jangan di bahagian muka untuk elakan bahagian muka berkedut atau tertarik.
Hanger Metal 17 Rings
Hanger Metal 17 rings biasanya digunakan sekali dengan hanger (tak kisah hanger jenis macam mana). Biasanya hanger metal 17 rings ini dapat menjimatkan ruang anda. Contohnya untuk saturing, anda boleh letak satu jenis hanger yang berlainan. Ini mempelbagaikan kreativiti anda dalam mengantung tudung. Sekaligus senang untuk anda mix and matchkan tudung dan baju. Hanger ini sangat kukuh dan tidak mudah patah disebabkan strukturnya besi. Selain itu, hanger ini tahan lebih lama berbanding dengan hanger plastik yang anda biasa gunakan.
Wooden Hanger
Wooden Hanger ini sangat penting terutama untuk anda yang selalu gunakan tudung berawning. Tip pengunaan tudung ini adalah sarung dari atas (bahagian penyangkut). Hal ini kerana, jika anda sarung dari tapak akan merosakkan lebar muka tudung.
Scarf And Tie Hanger
Scarf and tie hanger ini boleh digunakan sekali dengan hanger metal 17 rings. Hanger ini sangat popular terutama untuk remaja yang sukakan tudung bawal ataupun long shawl. Tip untuk tampak lebih kemas, anda harus melipat tudung berbentuk segi empat tepat dan dengan memasukkan dalam lubang yang telah disediakan. Untuk lagi tampak terurus anda boleh asingkan mengikut warna luna color ataupun tudung dari warna gelap ke warna cerah.
Scarfs Hanger Rectangle
Hanger jenis ini sangat disarankan kerana ianya nampak kemas dan tersusun. Ia tidak mudah berselerak, kerana bila ditarik tudung salah satu dari hanger ini, ia tidak akan menjejaskan kekemasan tudung yang lain. Hanger ini mempunyai dua lubang supaya lebih rapi bila di gantung.
Pernah atau tidak hijab yang baru dibeli dan baru dipakai sekali, sudah berlubang dan tertarik benangnya? Sakit hati, bukan? Ini selalunya terjadi angkara pin, kerongsang dan jarum peniti yang digunakan untuk disemat pada hijab. Namun, ada cara yang boleh anda ikuti bagi mengelakkan hijab anda tidak tercarik lagi selepas ini! Hijabi patut cuba untuk pastikan penampilan sentiasa kemas dan cantik.
1. Elak pin yang besar dan berat
Elakkan daripada menggunakan pin yang bersaiz besar dan berat. Ini kerana bebanan pin yang berat boleh menyebabkan ia membebani hijab lalu menghasilkan lubang yang lebih besar daripada jarum pin itu sendiri.
2. Guna subang paku
Cara terbaik adalah dengan menggunakan subang jenis paku yang jauh lebih ringan dan tidak jatuh. Kedudukannya yang melekat apabila dipasang mampu mengelakkan hijab anda membentuk lubang yang besar akibat daripada bebanan pin yang berat. Ataupun alternatif lain, anda boleh gunakan subang telinga jenis plastik mahupun getah sebagai ganti.
3. Lapik dengan fabrik
Sebelum mengenakan pin, lapik terlebih dahulu bahagian hijab yang hendak dipin dengan sebarang fabrik lain. Ini bertujuan supaya hijab anda tidak tertarik sewaktu memakai dan membuka pin. Sekali gus mampu menyelamatkan hijab anda daripada rosak dan sentiasa berada dalam keadaan seperti baru.
4. Jangan guna jarum tumpul
Satu lagi yang harus anda utamakan adalah pastikan jarum peniti atau sebarang jarum pin yang hendak disemat pada hijab benar-benar tajam. Jika anda menggunakan jarum yang tumpul, itu sebenarnya yang memudahkan fabrik hijab anda tercarik atau tertarik benangnya. Penggunaan jarum yang tajam memudahkan proses memasukkan dan mengeluarkan pin tanpa sebarang masalah seperti tersangkut.
Ekstra Tip:
1. Jangan meramas hijab ketika mencuci, cukup hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih.
2. Basuh tudung hanya dengan tudung sahaja. Asingkan daripada kain yang lain.
3. Jika boleh, elak gunakan pelembut kain bagi mengelakkan tudung menjadi lembik dan sukar dibentuk.
4. Elak ‘direct sunlight’ supaya hijab tahan lebih lama dan warna tidak pudar.
Seperti juga dunia fesyen terutama dalam pembikinan pakaian yang mengetengahkan pelbagai tema, hijab juga turut mengalami evolusinya yang tersendiri.
Selain selendang dan juga tudung bawal, apa yang dapat diperhatikan trend tudung terkini, penggemar lebih suka menggayakan tudung empat segi dari fabrik satin.
Dengan pelbagai corak sama ada floral, abstrak, geometri, lukisan tangan ataupun travel around the world, memang tudung jenis ini paling hit kini.
Lihat sahaja Syawal tempo hari, rata-rata di laman sosial, semua muat turun gaya mereka di pagi raya dengan mengenakan tudung jenis ini.
Memang terletak cantik di atas mahkota yang dipadankan dengan baju corak polos dari fabrik sama ataupun satin.
Namun begitu, bukan mudah sebenarnya tudung fabrik satin ini mahu terletak elok di atas kepala. Kalau tidak kena gaya memakainya, tudung boleh jadi senget dan akan membuatkan mood kita jadi tak tentu arah.
Maklumlah sebagai wanita berhijab, penampilan yang dititikberatkan adalah pemakaian tudung selain riasan diri.
Admin nak kongsi trik mudah dari Peñata Gaya Hijab Popular, Didiyana Ehsan yang memberi tip berguna bagi memastikan tudung satin yang dipakai terletak cantik bak Neelofa.
Menurut Didi, kunci utama bagi pemakaian tudung satin seperti ini adalah perlu tahu kedudukan untuk meletak jarum peniti yang sesuai. Letak di bahagian tertentu supaya hijab terletak cantik di atas mahkotamu.
Didi ditemui ketika majlis pelancaran Koleksi Satin Naelofar Scarf – MAYA yang menampilkan empat koleksi cukup hebat.
Rekaan ini menggabungkan elemen moden namun masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan seperti koleksi Naelofar Hijab yang lain.
Terdapat empat variasi warna bagi koleksi MAYA ini, iaitu MAYA Ivory, MAYA Slate, MAYA Azure & MAYA Fuschia. Koleksi terbaru ini sudah pun berada di pasaran dengan harga serendah RM75.00.
VIDEO PENUH TRIK PEMAKAIAN HIJAB SATIN SQUARE:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...