Secara lazimnya, kita mengenali malaikat Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, Munkar, Nakir, Raqib, ‘Atid, Malik dan Ridwan. Itulah kesepuluh malaikat yang wajib kita ketahui dan sering di dendangkan melalui lagu sewaktu kecil.
Kita juga tahu ‘dua malaikat’ yang sentiasa mengiringi kita, mereka juga mencatat amalan setiap apa yang kita lakukan. Kita kenali sebagai Malaikat Raqib dan ‘Atid. Tapi ada yang pertikaikan, adakah itu nama bagi kedua malaikat itu?
Adakah betul nama Raqib dan ‘Atid?
Malaikat Raqib dan ‘Atid adalah dua malaikat yang di tugaskan untuk mencatit setiap amalan serta perbuatan yang kita lakukan setiap masa. Kedua malaikat ini juga akan sentiasa bersama kita kemana dan bila-bila sahaja untuk menyaksikan semua perkara.
“Iaitu ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.”(Surah Qaaf: 17-18)
Kenapa timbulnya persoalan nama kedua malaikat ini? Adakah betul Raqib dan ‘Atid itu adalah nama mereka? Rata-rata ulama tafsir ada menerangkan bahawa kalimah Raqib dan ‘Atid dalam ayat tersebut menjelaskan sifat bagi kedua-dua malaikat itu.
Penerangan lanjut melalui Kitab Tafsir Al-Qurtubi
Melalui tafsir Al-Qurtubi ada menerangkan bahawa Raqib dan ‘Atid mempunyai sifat malaikat yang membawa beberapa pengertian. Ada di jelaskan antara satu-satu secara terperinci.
Ads
Makna Raqib punyai tiga iaitu:
Sentiasa mengikuti perkara manusia
Penjaga (pendapat dari As-Suddi)
Saksi (pendapat dari Ad-Dhahak)
Makna ‘Atid pula ada dua, antaranya:
Yang sentiasa hadir dan tidak pernah hilang
Penjaga yang sentiasa siap sedia, sama ada tugasnya untuk menjaga atau menjadi saksi
Ibnu Katsir telah menerangkan hal yang sama, kedua nama tersebut ‘Raqib’ dan ‘Atid’ merupakan sifat dari malaikat. Demikian kata-kata yang di titipkan oleh Ibnu Katsir:
Ads
ﻣﻦ ﻳﺮﺍﻗﺒﻬﺎ ﻣﻌﺘﺪ ﻟﺬﻟﻚ ﻳﻜﺘﺒﻬﺎ ، ﻻ ﻳﺘﺮﻙ ﻛﻠﻤﺔ ﻭﻻ ﺣﺮﻛﺔ
“Iaitu yang mengawasi dan disiap sediakan untuk hal tersebut, tidaklah terluput atau tertinggal satu kalimat pun atau satu gerakan pun” (Tafsir Ibnu Katsir, 7/398)
Penjelasan dari Syaikh Utsaimin
Syaikh Utsaimin pernah berkata bahawa Raqib membawa makna pengawas yang mengawasi siang dan malan tanpa henti. Manakala, ‘Atid pula bermakna selalu hari, tidak mungkin hilang mahupun tidak terlepas sesuatu pun. (Tafsir Surah Qaaf Syaikh Al-‘Utsaimin)
Syaikh Sulaiman Al-Asyqar berkata:
“Sebahagian ulama menyatakan bahawa di antara nama malaikat iaitu Raqib dan ‘Atid dengan disandarkan kepada dalil daripada surah Qaf, ayat 18 itu tidak benar. Raqib dan ‘Atid adalah sifat dari dua malaikat yang mencatat amalan manusia.”(‘Alam al-Malaikat Al-Abrar, hal. 12)
Ads
Bagi kefahaman kita, haruslah kita memahami tugas mereka yang sentiasa berada bersama manusia sebagai pengawas yang mencatit segala amalan tidak kira baik atau buruk. Kita juga patut menjaga diri dari melakukan kemungkaran kepada Allah SWT.
Kuali yang hitam berkerak tebal tentunya ‘menyakitkan’ pandangan mata. Walaupun masih dalam keadaan elok namun oleh kerana permukaan abawah kuali yang berkerak teba;l maka kuali-kuali ini disimpan di dalam stor.
Mengapa perlu membazir sedangkan kuali-kuali itu sebenarnya masih boleh digunakan. Apabila disental bersih tentunya ia kelihatan macam baru beli.
Ikuti tip untuk mengilatkan kembali kuali yang berkerak tebal hasil perkongsian Mustafa Abd Rahman,
Dalam masa 3 jam, 2 biji kuali berjaya disiap…20++ tahun melekat dan bertapak tebal, akhirnya kuali bersinar macam baru beli.
Berikut langkah bergambar dan barang-barang yang diperlukan untuk mengilatkan kembali kuali yang sudah lama berkerak hitam.
BARANG-BARANG YANG DIPERLUKAN:
1. Drill elektrik
2. Berus dawai
3. Kertas pasir
1. Lepas scrubbing dengan wired polisher basuh kuali. Lap kering-kering. Kelihatan jalur-jalur kasar.
2. Basahkan sand paper dan skrub luar dan dalam…permukaan sudah mula kelihatan licin dan berkilat.
3. Finally scrub dengan pengosok periuk dengan sabun cap buruh bagi bersinar kilatnya.
LANGKAH DEMI LANGKAH SEPERTI DALAM GAMBAR:
Moga-moga dengan cara ini kita boleh mengilatkan kembali kuali-kuali yang sudah lama terbiar kerana dilutupi kerak yang tebal.
Al-Mathurat ialah himpunan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa serta zikir-zikir terpilih sebagai amalan pada waktu pagi dan petang. Al-Mathurat ini telah disusun dengan cantik oleh Al Syahid Imam Hassan Al Banna.
Ibnu al-Sunni meriwayatkan hadis daripada Anas r.a bahawa Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang berkata ketika pagi, “Aku berlindung pada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang kena rejam”, dia akan dijauhkan daripada syaitan hingga ke petang”
KELEBIHAN MEMBACA AL-MATHURAT
1. Tidak dihampiri syaitan.
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredainya.
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.
14. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
dan pelbagai lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Mengetahui~
Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut berzikir dan berdoa.
TIP ISTIQOMAH BACA AL-MATHURAT
1. Sediakan satu buku al-mathurat di rumah.
2. Sediakan satu buku al-mathurat di dalam kereta.
3. Install application al-mathurat oleh Ustaz Don dari google playstore.
HIJABISTA: Al-Mathurat sesuai dibaca pada waktu pagi setelah selesai solat Subuh dan pada waktu petang setelah selesai solat Asar.
Perempuan memang gemar membeli-belah. Namun, ada juga perempuan yang gemar memakai satu baju hingga lusuh. Walaupun dah lusuh, sayang pula rasanya nak buang baju tersebut.
Tidak hanya baju, terdapat banyak lagi item-item lama yang boleh diubahsuai menjadi sesuatu yang nampak baru. Ini ada beberapa trik yang boleh anda lakukan pada semua koleksi lama anda.
1. Kotoran Deodoran
Ini yang paling mengganggu hari anda. Kebanyakan baju mempunyai kesan putih yang jelas akibat deodoran. Cara menghilangkannya mudah saja. Hanya dengan menggunakan tisu basah. Mulai hari ini pastikan anda sentiasa membawa tisu basah untuk membersihkan kotoran deodoran tersebut.
2. Cara Mudah Regang Kasut
Kasut akan menjadi buruk jika anda tidak tahu menjaganya dengan baik. Ia akan membuatkan kasut kelihatan sedikit berubah dan hilang simetri. Untuk mengatasinya, isikan air sejuk dan ketulan ais ke dalam plastik dan masukkan ke dalam kasut. Selepas itu, letakkan kasut tersebut dalam peti sejuk. Ulang sehingga kasut mampu mencapai saiz sebenar.
3. Mencipta Ilusi Kurus
Sarungkan baju T secara berlapis untuk menyorokkan perut buncit anda. Paling penting, baju luar mesti ‘outstanding’, mempunyai motif bercetak dengan cetakan halus atau perincian jahitan yang unik. Tujuannya adalah untuk orang sekeliling mengalih pandangan.
4. Ubah Suai Baju Panas Lama
Setiap orang pasti menyimpan sekurang-kurangnya satu baju sejuk jenis kait . Baju anda boleh jadi stailo dengan memotong sebahagian lengan dan biarkan ia tidak dijahit. Sarung ketika anda sedang kesejukan terutama semasa di pejabat.
5. Kilatkan Semula But Lama
Kotoran pada but anda boleh hilang dengan menggunakan cuka. Jangan tidak tahu, cuka sememangnya baik untuk penjagaan barangan kulit.
6. Hilangkan Debu Pada Kasut
Anda mahu kembali menggayakan sepatu lama namun terdapat debu pada sepatu tersebut? Mudah je, cuma ‘buff’kan sahaja menggunakan pengilat kuku. INI MENARIK!
7. Baiki Kasut Yang Tercalar
Usah risau jika sepatu kesayangan anda sedikit rosak. Baiki sahaja kesan cela pada sepatu kulit dengan ‘petroleum jelly’.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...