Banyak Makan Process Food & Junk Food, Setahun Sekali Period..Baca Pengalamannya Apabila Ovari Dipenuhi Cyst!

Share

Sebagai wanita, memang sudah biasa jika kita mengalami kedatangan haid setiap bulan. Tetapi bagaimana pula yang berdepan dengan masalah kedatangan haid tidak teratur atau period hanya datang setahun sekali.

Disangkakan masalah biasa tetapi akhirnya mengundang masalah kesihatan hingga menyebabkan terpaksa dibedah. Perkongsian dari wanita Ernie Adilah Zulkefli ini yang boleh kita jadikan panduan terutama bagi mereka yang gemar sekali jadikan makanan ringan (seperti burger, nuget dan kentang goreng) sebagai makanan harlan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Ini kerana menurutnya tabiat pemakanannya setiap hari itu salah satu sebab menyebabkan masalah ini dan jika tidak disedari awal boleh menjadi penyebabkan kepada kanser.

MY JOURNEY WITH PCOS

#pcosfighter

Sempena setahun selepas buat Laparoscopic Surgery on Pcos, jom kita throwback sikit pengalaman saya.

Sejak remaja period hanya datang dua bulan sekali

Cerita ni bermula seawal umur 14 tahun bila period datang dua bulan sekali. Dan semakin meningkat jarak kehadiran period tu. Sehingga pernah setahun, hanya sekali.

Semakin dewasa pernah 8 bulan period tak datang

TAHUN 2013, perubahan pada kulit semakin ketara, bulu roma di tangan semakin lebat, jerawat semakin subur di kulit, pikmentasi kulit semakin bertambah, period semakin lambat. Pernah 8bulan xdatang period. Pergi klinik reproduktif, masa tu doctor suspect pcos.

Doktor suruh buat research apa itu PCOS

Ape itu PCOS? Doctor suruh buat research sendiri. Supaya betul² faham maksudnya. Doktor kasi pil hormone (Yasmin/ Diane35) Dan doktor kasi refer letter ke Hospital. Tapi masa tu masih xtau kemudaratan nya.. TAK PERNAH refer hospital.

Tahun 2015, disuruh ambil pil hormon untuk normalkan kelancaran period setiap bulan

TAHUN 2015, semakin cakna tentang ketidakhadiran period, refer hospital swasta dengan pakar O&G, doctor scan, tak kelihatan lagi cyst nya dlm ovary. Cume ovary kelihatan bukan pada size normal. Doktor hanya suggest utk teruskan ambik pil hormone selama 3bulan berturut. Tujuannya adalah utk normalkan semula kelancaran period setiap bulan. Malangnya, selepas 3bulan bergantung dgn Yasmin, masuk bulan ke-4, period xdtg pula… mase tu mula rase stress dtg semula… fed-up dgn ubatan, dan hanya biarkan period xdtg lagi.

Lepas kahwin pada 2016, tetap ambil pil hormon dengan harapan boleh mengandung

TAHUN 2016, Selepas kahwin tanpa refer O&g terus ambik Yasmin 1cycle dan terus anggap boleh pregnant, bila xpregnant, lagi stress. Bayangkan setiap hari check UPT (dan sehingga kini sy menjual UPT/OPK haaa promote sikit). Setiap bulan pergi klinik scan. Tapi semua tu hanya sia-sia. At last jumpe o&g semula, doctor bg cadangan utk ambik ubat induced bleeding (provera) dan makan pil rangsang telur (clomid).

Namun ujian datang bertimpa apabila bercerai dengan suami. Stress semakin kuat dan hormon semakin tak stabil

Ujian bertimpa, semasa cycle pertama pengambilan Clomid, perkahwinan berakhir dengan penceraian (so xsempat experiment clomid tu).

Stress semakin kuat, hormon semakin tak stabil, emosi semakin bercelaru.

Period langsung tak datang lepas berpisah dengan suami

Period langsung xdatang selepas berpisah. Seminggu selepas bercerai, masuk hospital demam panas, blood pressure naik mendadak (hipertension) dgn bacaan 157/103.

Tahun 2017, cuba bangkit kembali dengan azam dari keluarga dan orang sekeliling

TAHUN 2017, pasang azam dari keluarga dan orang sekeliling yg bnyak memberi moral n mental support, kumpul semula semangat, kutip sisa hati yg berkecai musnah.

Pada awal bulan 7, buat check up di hospital akibat rase ade sakit di breast. Lepas doctor buat scanning, tiada ape yg asing dan doctor tnye history kesihatan, saya kata mmg dah xperiod 8bulan dan doctor minta terus refer pakar O&G.

Buat ultrasound dan nampak ketulan asing di kedua belah ovari. Terus dapat panggilan untuk buat pembedahan.

Bila buat altrasound, mmg nampak ketulan asing dalam kedua belah ovary. Doctor terus buat procedure laparoscopic surgery utk ovary drilling.

Dan itu adalah ikhtiar terakhir yg boleh dibuat. Seminggu lepas tu, hospital call utk operation.

Lepas buat pembedahan, alhamdulillah period keluar. Saat yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

Alhamdulillah selepas 2hari pembedahan dilakukan, period keluar. Dan itulah saat yg tidak dpt diperkatakan betapa bersyukurnya.

Sebab doktor kata, jika period turun selepas pembedahan, itu membawa maksud pembedahan itu berjaya, jika tidak, doktor akan bagi masa dalam 2bulan. Jika tidak berhasil, maksdnya pembedahan tu tidak berjaya utk membantu PCOS. Masa tu doktor hanye bekalkan ubat kencing manis (metformin) utk 3bulan.

Tidak jaga pemakanan sebelum itu. Banyak makan process food dan juga junk food yang menyebabkan masalah ini. Jika tidak dikesan awal boleh sebabkan kanser.

Memang diakui semasa dlm waktu perkahwinan, langsung tidak jaga pemakanan hampir setiap hari makan process food and junk food. Burger, nugget, sausage, fries, ayam goreng, chips, snacks adalah makanan harian sebabkan ikut selera suami. Tapi sebenarnye semua tu kesilapan besar sebab waktu tu la adalah rapid growth utk cyst tu terbentuk. Jika tidak tersedar awal, mungkin boleh menyebabkan cancer.

Nauzubillah!

Ovari tidak normal, dipenuhi hormon testosterone yang bantutkan kematangan telur

Tengok gambar. Yang putih merening tu adalah ovary. Ovary yang tidak normal. Warna putih sebab dah dipenuhi cyst. Kalau scan ultrasound, haaa nampak biji biji hitam macam anggur. Ovary tu dipenuhi hormone testosterone yg membantutkan kematangan telur. Sebab tu x period. So doktor tebuk ovary utk release hormone testosterone tu.. Yg lain lelemaks tu ko jgn tnye hakak

Dan hormone hormone tu adalah dari pemakanan yg tidak sihat. So jaga lah pemakanan… bertindak awal sebelum merana.

Sayangi ovari jangan biar rosak ketika usia masih muda

So untuk wanita diluar sana. Sayangi ovary anda kerana ovary ni sangat penting sbb ia adalah kilang utama telur anda. Dan telur telur ini akan habis. Bayangkan, jika dah banyak telur yg rosak menjadi cyst, tinggal berapa lagi telur yg berbaki? Umur masih muda.

Kalau ada masalah period tak stabil teruskan berjumpa doktor

Jika anda mempunyai masalah period tidak stabil, segerakan lah jumpe pakar. Jangan malu dan tggu sehingga bertahun. Jangan anggap tidak period bermaksud anda mengandung! Itu adalah hormone. Hormone yg mengganggu kitaran haid.

Tips: nak makan ape² ubat atau supplement, refer doc pakar anda dulu. Sbb dosage berbeza bagi setiap pesakit. JANGAN IKUT APA KAWAN AWAK MAKAN.

Pesanan saya

“hargai lah setiap titis darah period anda, sy setahun hanya sekali beli pad dan itu TIDAK NORMAL”

Ernieadilah Zulk

 

Published by
SH