Sering kali ditanya dengan pertanyaan jodoh. Pertanyaan demi pertanyaan ditanya oleh orang sekeliling. Pertanyaan oleh keluarga sendiri. Pertanyaan oleh jiran. Pertanyaan oleh sahabat-sahabat zaman sekolah dan juga rakan sekerja.
“Bila nak kahwin?”
Aku jawab, “Allah masih rahsiakan jodoh saya.”
“Tak ada calon lagi ke?”
Aku jawab, “Allah masih nak rahsiakan jodoh saya.”
“Umur dah meningkat tu…”
Aku jawab, “Allah masih rahsiakan jodoh saya.”
“Bila boleh makan nasi minyak ni?”
“Hanya Allah yang tahu…”
Terasa rimas dengan pertanyaan itu. Anda perlu faham mereka sangat prihatin terhadap diri anda. Ucapkan terima kasih pada mereka, katakan tentang jodoh ini dalam rahsia Allah.
Selagi kun fayakun DIA tidak menyapa, anda hanya mampu usaha dan berdoa kepada-Nya seterusnya tawakal…
Allah ada sebut dalam Surah Ar Rum (30): 21
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia Menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.”
Ada yang bercinta bertahun-tahun, selalu keluar bersama tetapi akhirnya berpisah. Ada pula yang baru kenal sebulan dua, bersua muka sekali dua bersama mahramnya dan akhirnya bersama.
Aturan hidup kita, tiada siapa yang berani kata pasti kerana hanya Allah sebaik-baik perancang kepada hamba-Nya.
Boleh jadi yang digenggam kemas-kemas saat ini, itu yang akan dilepas selama-lamanya nanti. Ada juga yang berpisah setelah lama bercinta kerana baru sedar cara mereka ‘salah’.
Masing-masing mencari diri dengan bertaubat pada-Nya dan akhirnya Allah pertemukan mereka kembali. Rahsia jodoh itu unik kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Amalkan doa-doa yang boleh dekatkan jodoh dengan anda insyallah semakin anda dengan Allah semakin dekat jodoh dengan anda.
SUMBER: ILUVISLAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI