Ajal itu pasti datang. Tepat pada masanya. Dan kita semua tak terkecuali.
Jadikanlah kematian kita satu destinasi yang kita tak sabar untuk bertemu dengan Rabb kita.
Jadikanlah kehidupan kita memberi manfaat kepada orang lain. Moga manfaat itu menjadi saham di akhirat kita. Pahala yang hidup. Ibarat tak perlu bekerja tapi saham pahala terus mengalir.
Siapkan bekal kita pulang.
Abam meninggal ketika tidur. Difahamkan ashraf sinclair juga meninggal waktu tidur.
Apa jaminan kita akan hidup bila kita tidur?
Tiada.
Bila hidup kita merasa berat membuat ibadah sunat, tidak mengapa. Tapi jangan tinggalkan ibadah yang wajib. Paksakan diri untuk buat yang wajib.
Jangan tinggal solat 5 waktu. Jangan tinggal puasa tanpa uzur. Jangan tidak membayar zakat. Tutup aurat. Elakkan diri membuat dosa. Cepat-cepat bertaubat ketika melakukan dosa.
Jangan kita lalai mencari rezeki sehingga meninggalkan solat. Rezeki kita sudah dijamin, syurga kita yang belum dijamin. Perbaiki ibadah yang membawa kita ke syurga.
Imam al-Ghazali berpesan: “Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah?
Doa Rasulullah saw yang paling banyak adalah: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi
Andai terdapat sedikit kebaikan dalam post ini, mohon doakan semoga kebaikan itu dapat membawa kita ke syurga di sisi Allah bersama-sama. Aamiin.
Ya Allah, akhirkan kami dengan husnul khotimah.
Sumber kredit: Ahmid Shazwan via Tazkirah Permata Ilmu