Wajib tahu bahan aktif yang terkandung pada produk skincare yang anda gunakan. Tujuannya adalah agar penggunaanya tepat pada sasaran. Selain itu, dengan mengetahui bahan aktif apa yang terkandung pada produk skincare yang digunakan, anda juga boleh mencegah kesalahan menggabungkan atau memakai bersamaan produk skincare dengan kandungan bahan aktif yang saling bertebung fungsinya.
Setiap bahan aktif yang digunakan mestilah disokong ataupun dibuktikan fungsinya melalui kajian-kajian saintifik bukan berdasarkan kepada testimoni pengguna. Kajian terhadap bahan aktif dalam kosmetik ini bukan sahaja membuktikan keberkesanannya tetapi juga mengkaji keselamatan dan kesannya terhadap kulit kita.
Agar tidak bingung, jom semak lebih lanjut tentang apa itu bahan aktif dan tip memilih yang tepat sesuai masalah kulit anda.
Pada dasarnya bahan aktif adalah bahan atau kandungan kimia pada produk skincare yang aktif mensasarkan atau mengatasi satu masalah kulit. Misalnya masalah hiperpigmentasi, penuaan atau jerawat. Penggunaan bahan aktif akan menimbulkan perubahan fizik atau yang tidak kelihatan mata pada penampilan kulit.
Semua bahan yang tergolong ke dalam “bahan aktif” memiliki data ilmiah mengenai efektivitinya dalam mengatasi masalah kulit tersebut. Untuk itu anda akan boleh merasakan manfaatnya ketika menggunakannya secara kerap di dalam rutin skincare anda sehari-hari.
Kandungan bahan aktif pada semua produk skincare akan mudah diketahui kerana biasanya jadi bahan utama dari skincare tersebut. Umumnya brand skincare akan menyebutkannya dalam keterangan nama atau varian produk atau menuliskannya di urutan teratas isi kandungan bahan produk tersebut.
Pada isi kandungan, biasanya bahan yang paling tinggi konsentrasinya atau kandungan utama akan dituliskan lebih utama. Jadi urutan penulisannya adalah dari yang paling tinggi kandungannya hingga yang paling rendah.
Tapi boleh juga bahan aktif tidak jadi kandungan utama dari produk tersebut. Untuk itu anda perlu menyemak pada isi kandungan bahan atau ingredients. Soalnya ada beberapa bahan aktif yang memang konsentrasi atau kandungannya tidak boleh terlalu tinggi. Namun jika konsentrasinya pun terlalu sedikit, boleh jadi tidak akan mendapatkan perubahan atau hasil yang diinginkan.
Untuk kulit yang berjerawat anda boleh mencuba bahan aktif seperti tea tree, green tea,
centella asiatica, salicylic acid hingga benzoyl peroxide. Tea tree, green tea dan centella asiatica atau cica merupakan bahan yang alami sehingga cenderung lebih selamat digunakan, khususnya untuk yang berkulit sensitif. Walau pun tea tree biasa jadi agak keras.BHA merupaka exfoliant untuk mengeksfoliasi kulit sehingga pori bersih dari sel kulit mati dan sebum berlebih yang sering kali jadi pendorong jerawat. Kadang agak tidak sesuai juga untuk yang berkulit sensitif. Sedangkan benzoyl peroxide efektif membunuh bakteria penyebab jerawat hanya saja bersifat cukup keras dan sering buat kulit jadi kering hingga mengelupas.
Untuk penuaan anda boleh menggunakan skincare dengan kandungan retinol atau glycolic acid. Retinol sangat dikenali baik untuk melawan penuaan kerana mampu mempercepat regenerasi kulit, meningkatkan produksi kolagen, mengecilkan pori dan mengurangi hiperpigmentasi.
Sayangnya, retinol termasuk bahan yang cukup keras dan tidak selamat digunakan oleh ibu hamil dan sedang menyusu. Sebagai alternatif bahan yang lebih lembut adalah gycolic acid. Bahan ini mampu mengeksfoliasi kulit dengan baik dan lembut, merangsang produksi kolagen dan mengurangi penampakan garis halus juga kedutan. Gunakan skincare yang diformulasikan dengan lebih dari 10% gycolic acid untuk hasil yang efektif.
Masalah-masalah kulit di atas boleh anda atasi dengan menggunakan vitamin C, alpha arbutin atau galactomyces. Ketiganya berfungsi untuk mengahambat produksi melanin yang boleh menyebabkan hiperpigmentasi dan mampu mencerahkan kulit sehingga warna kulit jadi lebih sekata.
Terkadang anda tidak sedar bahawa kulit anda dehidrasi, apalagi jika jenis berminyak tapi dehidrasi. Agar tidak bingung, anda boleh semak tanda-tanda ini.
Untuk mengatasi kulit yang dehidrasi anda boleh menggunakan bahan seperti ekstrak siput (snail muchin) atau hyaluronic acid anda yang tidak ingin menggunakan bahan dari haiwan.
Keduanya mampu menghidrasi dan melembapkan kulit sehinga terasa lebih anjal, lembap dan kelihatan sihat. Hyaluronic acid akan makin maksima kerjanya jika di satukan dengan sejenis emollient atau pelembap. Misalnya saja shea butter, squalene, beeswax, dimethicone atau ceramides.