Pelakon terkenal Anzalna mengumpul sejumlah dana untuk membantu seorang kanak-kanak yang menghidap high grade glioma tahap empat.
Kisah Mas Muhammad Luth, seorang budak lelaki berusia empat tahun yang menghidap glioma gred tinggi, menarik perhatian pelakon jelita itu, yang dibawa masuk untuk membantu menyelamatkan nyawa budak itu.
Penyakit jarang adalah sejenis tumor yang ‘menghantam’ kepala dengan sangat agresif dan memerlukan rawatan segera.
“Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak yang ceria tiba-tiba jatuh sakit. Paling menghibakan apabila penyakit tersebut jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberikan rawatan.
Ads
“Saya memang sudah mengenali Luth sejak dari kecil lagi. Dia pun lebih kurang usia anak saya dan pastinya apa yang berlaku membuatkan saya terpanggil untuk mencari dana membantu dia mendapatkan rawatan sewajarnya untuk kembali pulih.” katanya.
Sementara itu, pelakon Love You Mr. Arrogant berkongsi bahawa ibu kanak-kanak lelaki itu yang dikenali sebagai Hazirah adalah kawan rapatnya. Wanita itu juga ibu tunggal kepada tiga orang anak.
Luth juga telah menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian daripada tumor itu sejak diagnosisnya pada 31 Januari, tetapi rawatan susulan masih diperlukan.
Ads
“Memang dia sudah menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuklah radioterapi dan kemoterapi. Namun keputusan ujian MRI baru-baru ini menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan.
Jenama telekung terkenal tempatan yang menjadi impian setiap wanita Islam memilikinya, Siti Khadijah tetap unggul di pasaran. Melangkah satu tapak yang luar jangkaan, terkini, Siti Khadijah sudah mempunyai sebuah mesin layan diri pertama yang terletak di lorong menuju surau RnR Seremban ke arah Utara.
Mesin tersebut bukan sahaja menjual telekung , malah mempunyai pelbagai jenis sejadah, kopiah, beg untuk telekung, stokin wanita dan juga kopiah buatan jenama tersebut.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Menurut pengasas jenama telekung tersebut, Padzilah Enda Sulaiman dengan adanya mesin layan diri tersebut ia bukan sahaja memudahkan sesiapa sahaja untuk menunaikan tuntutan solat, bahkan orang ramai boleh menggunakannya untuk membeli ‘buah tangan’ kepada insan yang tersayang. Adanya mesin tersebut, merupakan hasil buah fikiran dan kerjasama pasukan Siti Khadijah sendiri, tambahnya lagi.
Warganet yang melihatnya ramai yang berasa bangga dan kagum dengan kewujudan mesin layan diri Siti Khadijah itu.
Lebih menarik lagi, salah seorang pasukan Siti Khadijah yang menjayakan mesin layan diri itu berkongsi gambar pelanggan pertama yang menggunakan mesin tersebut merupakan seorang pemuda yang membelikan telekung sebagai hadiah untuk ibunya setelah sekian lama dia tidak dapat balik beraya di kampung.
Jika anda dalam perjalanan ke Utara, bolehlah singgah R&R Seremban untuk merasai pengalaman sendiri bagi mendapatkan produk-produk Siti Khadijah dengan lebih mudah hanya menggunakan mesin layan diri sahaja.
Difahamkan, Siti Khadijah akan menambah lagi mesin layan diri tersebut di beberapa lokasi lain pada masa akan datang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bila kali terakhir anda meletakkan semua gadget anda dan beristirahat sejenak? Jika jawabannya adalah “Saya tidak ingat” mungkin anda perlu melakukan detoks digital. Detoksifikasi digital adalah cara terbaik untuk tetap produktif dan seimbang di dunia yang tak pernah berhenti bergerak.
Apa yang dilakukan ketika menjalankan detoks digital? Mematikan semua gajet, smartphone, tablet, laptop, dan komputer untuk jangka waktu tertentu. Ini memungkinkan anda menghabiskan waktu bebas dari media sosial dan kesibukan untuk melakukan apapun yang anda sukai. Idealnya anda boleh melakukan detoksifikasi digital selama minimal 24 jam.
Detoksifikasi merupakan salah satu cara terbaik untuk mengurangi ketergantungan pada peralatan elektronik, apatah lagi ketergantungan terhadap media sosial. Seharian di dunia digital, kita menghadapi permintaan berterusan yang memerlukan perhatian. Dengan melakukan detoks digital, kita memberi diri kita kesempatan untuk bersantai sejenak. Sehingga saat anda akan kembali menjadi lebih produktif dan segar.
Jika anda termasuk orang yang sukar untuk jauh dari gadget dan ingin mencuba detoks digital, anda harus mulai menerapkan 10 langkah berikut.
1. Matikan notifikasi pada telefon bimbit
Mendapatkan pemberitahuan secara berterusan memang akan memberikan anda informasi terkini, namun juga dapat mengganggu konsentrasi saat melakukan sesuatu. Menurut Health, Jesse Fox, PhD, Head of Ohio State University’s Virtual Environment, Communication Technology, and Online Research (VECTOR) Lab mengatakan, “Jika anda membiarkan diri anda untuk terganggu oleh notifikasi sebanyak lima kali dalam setengah jam, dalam waktu itu anda tidak akan dapat fokus.” Cara termudah mengatasinya adalah dengan mematikan notifikasi pada gadget Anda.
2. Jauhkan telefon bimbit saat sedang melakukan interaksi langsung
Meskipun kita tidak memeriksa telefon bimbit, ternyata skrin telefon bimbit yang menyala tetap saja dapat mengganggu proses percakapan anda dan mengurangi kualiti interaksi. Selama ini ternyata otak kita telah memiliki kebiasaan untuk menunggu telefon bimbit kita untuk menyala, dan sebagai hasilnya, kita akan terkesan tidak benar-benar ada dalam interaksi yang sedang dilakukan. “Semakin banyak energi yang kita tumpukan pada gadget, maka akan semakin berkurang energi yang kita berikan terhadap siapa pun yang sedang berada dalam satu ruangan dengan kita,” jelas Elisabeth LaMotte, Pendiri dari DC Counseling and Psychotherapy Center.
3. Buat jadual tanpa gadget
Peruntukan beberapa jam setiap hari di mana anda tidak menyentuh peralatan teknologi sama sekali. Jika pekerjaan memerlukan untuk menggunakan gadget, maka usahakan saat untuk berehat anda terbebas dari gadget. Tetapkan jadual ini secara berperingkat. Mungkin sebahagian besar dari kita sering merasa tidak percaya jika diri kita tidak menggunakan gadget. Tetapi percayalah, detoks digital bermanfaat bagi kehidupan kita.
4. Alihkan minat anda pada buku
Jika Anda pernah perasan bahawa membaca buku berasa lebih puas daripada membaca di tablet atau e-book, maka alihkan kebiasaan anda menulis atau membaca sesuatu melalui gadget terhadap buku. “Penelitian menunjukkan bahawa ketika kita membaca di atas kertas, pikiran kita memproses informasi dengan lebih efektif. Selain itu, cuba untuk membiasakan diri anda membaca berita dari surat kabar,” kata Gretchen Rubin, penulis buku terlaris The Happiness Project dan Better Than Before.
5. Gunakan satu gadget sahaja
Ketika bekerja, jangan biasakan mencuri waktu untuk semak media sosial walaupun membalas notifikasi kerana hal ini dapat serabutkan fikiran anda. “Multitasking bukanlah hal yang baik bagi kita. Jika anda sedang melakukan satu tugas dan harus terganggu dengan hal lain, seperti misalnya membalas pesan, maka perlukan waktu sedikit lama bagi fikiran kita untuk kembali fokus pada pekerjaan awal yang sedang dikerjakan,” menurut Fox. Anda harus membiasakan diri untuk fokus hanya pada satu gadget dalam satu waktu untuk meningkatkan konsentrasi.
6. Tidak Menggunakan Media Sosial Sementara Waktu
Media sosial memang sangat membantu kita untuk berhubung dengan orang lain dari segala penjuru dunia. Namun sedarkah anda jika media sosial juga yang mejadi pencetus anda ketagih terhadap penggunaan gadget? Maka anda sepatutnya melakukan detoks digital, paksa diri anda untuk rehat sejenak dalam menggunakan media sosial. Sangat membantu!
7. Lakukan aturan 20-20-20
Rata-rata orang Amerika menghabiskan hampir setengah dari setiap hari menatap skrin telefon, yang menjadi mangsa akibat kebiasaan tersebut adalah tubuh kita sendiri. Untuk mencegah radiasi mata yang dapat menyebabkan mata kering, penglihatan kabur, dan sakit kepala kerana terlalu banyak menatap skrin, terapkan aturan 20-20-20.
Setelah 20 minit anda melihat skrin, alihkan pandangan anda pada objek lain sejauh 20 langkah dari posisi selama 20 detik dan jangan lupa untuk berkedip. Untuk menghindari leher kesakitan akibat terlalu sering melihat telefon bimbit dengan menunduk, ganti posisi anda memegang telefon bimbit lebih tinggi agar sesekali kepala anda berada dalam posisi mendongak. Dan hindari menggunakan ibu jari terlalu sering saat menggunakan gadget agar ibu jari anda terhindar dari peradangan, iritasi, dan rasa sakit. Usahakan untuk menggunakan jari yang berbeza untuk menaip.
8. Offline Weekend
Habiskan hujung minggu dengan penggunaan teknologi digital seminimal mungkin. Hujung minggu dapat anda manfaatkan untuk berkumpul bersama keluarga, melakukan kegiatan di luar, atau pun bertemu dengan teman-teman. Percayalah, menikmati alam semulajadi boleh menjadi kegiatan yang sangat membahagiakan.
9. Ubah wallpaper telefon bimbit anda menjadi hitam putih
Salah satu alasan mengapa gadget menjadi begitu menarik adalah kerana warnanya yang vibrant. Maka untuk mengurangi ketertarikannya, ubah wall paper telefon bimbit anda menjadi hitam putih. Ini adalah cara paling mudah dan tanpa beban untuk pemulaan detoks digital.
Sekiranya anda dari golongan ketagih dengan gadjet dan tidak dapat melepaskan media sosial dalam aktiviti harian, anda adalah golongan yang patut melakukan digital detoks. Seimbangkan ibadah dunia dan akhirat, sebaik tidak kita dapat membuka Al Quran salah satu bahan bacaan wajib. Sekamat mencuba!
BACA ARTIKEL INI:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terpegun tengok kecantikan Wawa Zainal ketika sahut trend Asoka Challenge, mekap sempurna sampai ramai puji wajahnya persis aktres popular Preity Zinta!
Viral di media sosial ketika ini trend mekap ala wanita India sambil menyanyikan lagu San Sanana. Lagu ini merupakan soundtrack sebuah filem berjudul Asoka (2021) dan dibintangi oleh Shah Rukh Khan serta Kareena Kapoor.
Banyak selebriti dan content creator terkenal berusaha memenangi cabaran ini dengan menampilkan solekan tercantik dengan transition paling smooth.
Trend mekap Asoka diinspirasikan oleh mekap Kareena Kapoor yang memegang watak Kaurwaki. Jika diteliti mekap asalnya, terdapat simbol-simbol tertentu di tepi mata, tengah dahi dan sekitar bahu.
Sekadar menyahut cabaran yang sedang viral, trend Asoka Challenge ni secara tidak langsung mengangkat kecantikan wanita asli India dalam persalinan tradisi mereka. Dikenakan pula dengan aksesori maang tikka di tengah belahan rambut serta subang hidung, nampak cantik betul!
KARYA SENI
Meskipun ramai yang sudah menyahut trend Asoka Challenge ini, namun hantaran terkini usahawan selebriti Wawa Zainal paling dipuji. Orangnya dahlah cantik, lepas mekap persis Preity Zinta pula tu!
Dengan transition yang cukup smooth, Wawa Zainal berjaya mencuri perhatian dengan wajahnya yang penuh ekspresi, menyerlahkan lagi karya solekan makeup artist Nadia Nordin. So perfect!
Yang belum tengok Wawa Zainal sahut trend Asoka Challenge, inilah video yang dipuji-puji tu, betul ke persis Preity Zinta… Tapi kami tengok macam lebih cantik versi Hijabista!
Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32 tahun, kini dilihat giat merencana hala tuju empayar Wawa Cosmetics berbanding kerjaya seni memandangkan perniagaan ini bukan hanya menjadi sumber pendapatan kepada mereka sekeluarga malah membantu ramai wanita yang turut sama dalam bisnes Wawa Cosmetics.
Semoga kejayaan Wawa Zainal menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk berjaya dalam bidang keusahawanan.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!