Bersempena hari ulangtahun kelahiran isteri dan juga rakan seperjuangan dalam arena politik negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menuliskan sebuah ucapan penuh makna khas buat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ucapan berkenan telah dizahirkan Anwar menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, berserta muat naik gambar bersama yang diambil ketika sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.
Menerusi hantaran tersebut, Anwar menyifatkan Azizah sebagai seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan setia berbakti kepada suami, keluarga dan masyarakat.
Malah, Anwar berkata, Azizah adalah seorang ibu yang tidak pernah jemu dan lelah menabur bakti dan mencurahkan kasih sayangnya.
Artikel Berkaitan: Kipas Tangan Dan Beg Mengkuang Pilihan Isteri Perdana Menteri Ke 10, Tak Kelihatan Yang Berjenama
“Saya sentiasa bersyukur, tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini.
“Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindunganNya.Happy birthday! ❤❤” tulis Anwar pada ruanggan kapsyen hantaran tersebut.
Untuk rekod, Wan Azizah yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri menyambut ulang tahun hari kelahiran yang ke-70 hari ini.
Wan Azizah dan Anwar mendirikan rumah tangga pada 28 Feb 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata.
Hijabista turut mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran! ‘Iron lady’ Wan Azizah, semoga sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat Allah.
Sumber: Instagram Anwar Ibrahim
Artikel Berkaitan: Mungkinkah Dr Wan Azizah Cipta Satu Lagi Sejarah, Bakal Jadi Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.