Antara Cinta & Pengkhianatan, House Of Gucci Serlahkan Lakonan Mantap Lady Gaga

Share

Bakal ditayangkan pada 13 Januari ini, filem House of Gucci membuka panggung sinema tahun ini dengan kisah cinta, pengkhianatan dan dendam dalam kisah jenama empayar fesyen terhebat iaitu Gucci.

Filem ini penuh dengan emosi yang sarat ditambah pula dengan persembahan lakonan mantap daripada Adam Driver sebagai Maurizio Gucci dan Lady Gaga (Patrizia Reggiani).

Ia diadaptasi daripada novel The House of Gucci: A Sensational Story of Murder, Madness, Glamour, and Greed oleh Sara Gay Forden pada tahun 2001.

Kredit juga semestinya harus diberikan kepada Jared Leto yang membawakan watak sebagai Paolo Gucci. Sis hampir-hampir tidak mengenalinya dek kerana 100% perubahan penampilannya dan juga pembawaan karakter yang sungguh berlainan dan meyakinkan.

Walau bagaimapun, plot filem ini bergerak agak perlahan dan menuntut sedikit kesabaran untuk menanti ke detik akhirnya. Hiks!

Apa-apa pun, jangan lupa saksikan filem House of Gucci di pawagam seluruh negara bermula 13 Januari ini.

Published by
Team Hijabista