Dipengaruhi oleh falsafah estetika dan keperibadian diri, figura ini sering dilihat hadir di acara-acara fesyen sekitar kota, namun kebelakangan ini menarik perhatian warganet.
Pernah dahulu sedikit goyah, dek kontroversi yang melanda namun, kesukaran bukan penghalang Sharifah Rose untuk terus mengorak langkah. Tawaran demi tawaran, wajahnya sering menghiasi di kaca TV.
ARTIKEL BERKAITAN: “Hari Ini, I Choose Myself”… , Cara Berbeza Sharifah Rose Menilai Diri Dari Dipengaruhi Suara Luar.
Rose dianggap sebagai bintang baru yang berpontensi untuk digilap dalam bidang fesyen. Mengayakan busana dari jenama Prada dalam satu hantaran di instagram, ramai yang beri komen yang positif dan gemar dengan penampilannya yang segar.
“Another Neelofa here..”, komen salah satu pengikut di laman sosial.
Malah salah satu komen yang membuat kita mengimbas balik gaya sosialit Neelofa sebelum berhijrah. Bukan datang dari keluarga mewah, Rose sendiri tidak pernah terfikir pun akan ada peluang bekerjasama dengan jenama-jenama besar.
Pernah terpalit dengan kontroversi jenama tudungnya, Rose akur setiap perancangan mestilah dilakukan dengan teliti. Harirose menjenamakan semula dirinya untuk menarik minat generasi muda memakai tudung. Daripada reka bentuk serta strategi media sosial, ini bukan jenama tudung biasa anda. Dan ini amat ketara dalam pelancaran “The Limited Edition Potret Momen” terbaharu. Koleksi ini memberi penghormatan kepada wanita muda yang membuat pilihan untuk diri mereka sendiri untuk kekal fokus dan tidak peduli tentang sesiapa sahaja dan apa sahaja yang mencabar mereka.
Melihat kepada wanita muda yang mempunyai semangat keusahawanan yang merupakan bos dalam hak mereka sendiri. Sama ada dalam perniagaan atau dalam kehidupan mereka, mendahulukan diri mereka dan memilih diri mereka terlebih dahulu adalah keutamaan di atas segalanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Lali Dengan Kecaman, Jadi Improve Selagi Boleh…” – Sharifah Rose Tidak Lupa Asal Usul
Koleksi ini akan dilancarkan pada 19 Oktober yang terdiri daripada tudung persegi bercetak dalam 5 warna – Taupe, Copper, Golden Beige, Willow Blush dan Crimson Blue. Tudung Potret Momen didatangkan dalam 10 warna, dipisahkan dengan dua titik dan dijual pada harga RM109. Material untuk tudung ini ialah Satin Silk. Setiap selendang dibalut dalam kotak persegi Libo sendiri dan boleh didapati laman sesawang harirose serta di Shopee
.Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.