Anita Baharom Bakal ‘Naik Pelamin’ Sekali Lagi Disember Ini?

Share

Dah lama kita tidak mendengar perkembangan terkini pelakon yang pernah popular dengan watak Anizah dalam drama bersiri ‘Dunia Baru’ satu ketika dahulu.

Anita Baharom atau lebih mesra disapa Nita itu dikhabarkan bakal bergelar isteri sekali lagi setelah hampir setahun bergelar ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, kerana kehilangan suami pada Januari lalu.

22 Disember Tarikh Penyatuan Anita & Engku Isyamuddin?

Memetik laporan Harian Metro, Anita bakal disatukan bersama jejaka pilihan hatinya, Engku Isyamuddin Tuan Losin dalam satu majlis ijab qabul pada 22 Disember ini.

Hijabista dimaklumkan bahawa, majlis penuh bersejarah antara pasangan merpati dua sejoli itu akan diadakan di sebuah dewan sekitar Subang Jaya, Selangor.

Manakala, majlis resepsi kedua mempelai pula akan terus dilaksanakan pada keesokan harinya di lokasi sama.

Artikel berkaitan: Lima Tahun Kahwin, Hingga Isteri Tajul Akhirnya Berhijab – Netizen Doa Kekal Istiqamah.

Untuk rekod, Anita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka yang dikenali sebagai Mohd Ismadi.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurnikan tiga orang cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar sebagai penyeri hidup mereka.

Namun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari, apabila perkahwinan yang dibina lebih 16 tahun itu menerima ujian getir dimana sang suami dijemput ilahi pada 1 Januari lalu.

Sumber: Instagram Anita Baharom & Harian Metro

Artikel berkaitan: Nabila Razali ‘Upload’ Gambar Kahwin, Netizen Tertanya Siapa ‘Aisy Mateen’?

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir