Sebelum ini penyertaan gadis ini dalam pertandingan ratu cantik mengejutkan ramai. Maklumlah dirinya yang berhijab tetapi cukup berani menyertai pertandingan sedemikian. Siapa sangka dengan keazaman yang tinggi membolehkan Nurul Zuriantie Shamsul , 21 tahun, mengharumkan nama negara apabila menduduki tempat kelima dalam pertandingan Ratu Cantik Miss Universe New Zealand 2018. Tampil cukup anggun dengan dress labuh rona emas perincian batuan manik yang diserikan dengan hijab juga rona sedondon.
Malah solekan mantap juga menyerikan lagi penampilan gadis manis ini yang telah berpindah ke New Zealand bersama keluarga ketika berusia lima tahun.
Nurul yang merupakan anak kelahiran Ampang Selangor memberitahu saat paling indah dalam pertandingan berkenaan adalah apabila melihat kedua-dua ibu bapanya yang penuh rasa bangga melihat dirinya diumumkan sebagai lima finalis teratas.
Mengakui tidak kecewa dengan keputusan itu sebaliknya terharu dengan apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada Top 5.
Malah pelajar tahun akhir jurusan Psikologi di Universiti of Waikato New Zealand ini turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang menyertai pertandingan berkenaan.
“Alhamdulillah untuk tempat kelima ini. Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya. Ia tidak berlaku tanpa kasih sayang dan sokongan anda. Ia begitu bermakna untuk saya.
Artikel Berkaitan: Pelajar Melayu Berhijab Sertai Pertandingan Ratu Cantik
“Ini hanyalah permulaan dan saya tidak sabar untuk apa yang Allah telah rancang untuk saya. Hari ini juga hari ulang tahun ke-21 saya dan saya akan meneruskan fasa kehidupan seterusnya,” katanya dalam satu catatan di laman Instagramnya.
Dia juga berkata sentiasa bersikap tenang, tidak gugup dan berpusa hati sepanjang acara akhir itu berlangsung.
Sebelum ini dia berjaya menjadi antara 20 finalis yang mara ke peringkat akhir pertandingan berkenaan. Disiarkan secara langsung Sabtu malam waktu Malaysia melalui laman sosial facebook Miss Universe New Zealand.
Nurul juga mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya peserta Asia beragama Islam dan bertudung yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik itu di New Zealand.
Sementara itu, peserta berusia 27 tahun, Estelle Curd dimahkotakan sebagai pemenang Miss Universe New Zealand 2018, sekali gus mewakili negara itu bagi pertandingan Miss Universe ke-67 yang bakal berlangsung di Bangkok, akhir tahun ini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NURUL ZURIANTE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Sengaja Gigil, Nadzmi Adhwa Dedah Ardell Sebenarnya Sedang Pulih Dari Depresi
Perkahwinan di antara selebriti iaitu Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa baru-baru ini memang menjadi tumpuan ramai. Bukan sahaja sepadan bagai pinang dibelah dua, kisah cinta mereka juga turut mencuri perhatian apabila Ardell mengakui dia sendiri yang merisik teman baiknya itu.
Walau bagaimanapun, biasalah ada sahaja netizen yang tidak senang melihat apabila mengatakan Ardell sengaja berlakon ‘menggigil’ sewaktu acara menyarung cincin seperti dalam video yang telah tular baru-baru ini.
Tampil mempertahankan isterinya, Nadzmi mengatakan kelakuan Ardell itu adalah tidak disengajakan dan bukan dipinta kerana Ardell sebenarnya sedang berusaha untuk memulihkan diri daripada depression.
Tak semua orang faham keadaan sebenar…
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
Assalamualaikum semua terima kasih atas doa semua tak terbalas saya. Ada sedikit yang ingin saya kata kan ?. Sebelum ini telah tular video yang mana saya sedang menyarungkan cincin kepada isteri saya dan isteri saya menggeletar tangannya dan hampir sesak nafas. Untuk pengetahuan semua isteri saya mengidap anxiety serta deppresion yang agak teruk sebelum ni. Dan masih lg dalam proses treatment/pemulihan. Anxiety boleh terjadi bila bila masa sahaja pada isteri saya bukan hanya pada hari pernikahan kami malah dari sebelum ini lagi , apabila terlalu ramai dihadapan nya isteri saya terlalu terkejut sehingga menyebabkan panic attack. Yg boleh mengakibatkan black out , pitam , sesak nafas.
Sejujurnya selama kami berkawan kami banyak berjumpa kerana kami buat kerja yang sama dalam tailoring & design. Perasaan berkawan & perasaan bergelar suami isteri itu jauh beza nya , dan saya pasti detik itu detik yang terlalu berbeza setelah akad dilafaz . Pada hari pernikahan kami berdua memang sangat awkward dihadapan orang ramai untuk sesi batal air sembahyang. Gugup berhadapan org ramai. Semua perasaan lega, takut, gembira, dan sedih bergabung yg menyebabkan kami mengigil untuk masuk ke fasa baru dlm hidup kami , dan keadaan pada waktu itu seperti semuanya berubah. Kami tidak mampu menghentikan kata-kata negative dari setengah nitizen , tp sy berharap tolong doakan yg baik2 dan jgn timbulkan spekulasi sekiranya tidak tahu apa apa atau tidak berada di majlis kami .
Sedaya upaya sy dan family kami cuba naikkan semangat isteri sy sehingga kami berjaya tempuh pelbagai dugaan hingga ke detik bahagia ini. Kami bukan manusia sempurna, kami cuma manusia biasa yg ade hati. Sebagai seorang suami , Tolong ?? jaga hati isteri saya & jangan gelar isteri saya minah gigil , perempuan parkinson , perempuan cacat serta saya tak kisah andai ada yang buat parody saya & isteri untuk menjadi bahan gelak tawa nitizen, cuma jangan HINA isteri saya . Saya mohon jaga lah hati kami suami isteri , family mertua sy dan family sy. Segala yg buruk datang dr kami, yg baik datang dr Allah SWT. Terima kasih utk doa yg baik2 dan terima kasih juga utk yg sebaliknya ?. #adhwardell ❤️
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
Inilah sebabnya mengapa kita tidak boleh terlalu cepat menghukum orang lain sesuka hati. Kita tidak berada di tempat mereka dan tidak faham apa yang sedang dilalui oleh mereka dalam diam.
Oleh itu, baiklah kita senyap jika tiada benda bermanfaat yang hendak disampaikan. Buat Ardell, moga dirinya dipermudahkan untuk sembuh dan terus berbahagia bersama suami tercinta.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Hari Persediaan Menjelang Ramadan, Ini Checklist Menyambut Bulan Penuh Keberkatan
Isi Kandungan
TogglePersediaan bulan Ramadan bukan sehari sebelum datangnya Ramadan, malah kita dianjurkan membuat persediaan sebaik-baiknya persediaan itu di buat awal-awal sebelum Ramadan. Bulan istimewa ini datangnya 3 golongan yang kita tidak jangka.
Bulan Ramadan adalah mulanya golongan yang tidak pernah beribadah kepada Allah tetapi mereka berazam untuk beridah kepadaNya, bulan ini adalah satu permulaan untuk berubah. Golongan kedua, golongan yang sentiasa beribadah meningkatkan ibadah berganda dan golongan ketiga membentuk golongan yang maksum.
Jadi apakah persedian yang telah kita siapkan untuk menyambut Ramadan. Jom berikan salam pada bulan Ramadan:
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita? Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.
Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Selalulah membaca doa ini agar kita disampaikan pada bulan keberkatan:
“Allahumma Ballighna Ramadhan”
— Merupakan doa dan harapan.
Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan. Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini?
Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.
Checklist Persedian Menyambut Ramadhan
- Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
- Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
- Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
- Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 🙂
- Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
- Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
- Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
- Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
- Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Persedian Ramadan Ketika PKP
Meskipun ramadan kali berbeza dengan tahun-tahun yang lalu, jangan kita rasa bersedih tidak dapat mengunjungi bazar ramadan, tidak dapat menunaikan terawih di masjid dan tidak dapat membuat keistimewaan yang pernah kita lalui tahun-tahun lepas.
- Anda juga disarankan membuat persediaan fizikal, jaga kesihatan kekalkan kecergasan diri supaya anda lebih bertenaga untuk beribadah di bulan puasa.
- ‘Stock up’ makanan untuk menyambut ramadan, walaubagaimanapun anda tidak digalakkan membazir. Belilah secukupnya.
- Wujudkan SOP di dalam rumah, agar keadaan akan lebih teratur dan bagi mereka yang sudah berkeluarga dan dengan wujudnya SOP anak-anak akan lebih berdisplin.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah masa kita mendidik perkara yang baik di mana anda dianjurkan kumpul pahala bersama keluarga. Jalani ibadah kerana Allah mudah-mudahan bulan Ramadan kali lebih bermakna dari Ramadan yang lepas. Amin Ya Rabal Alamin!
Sumber: AKUISLAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
15 Hari Bertarung NYAWA, Bayinya DiJemput Jadi Anak SYURGA. Wanita Ini Akur Tarik Bantuan Pernafasan Lepas JANTUNG Terhenti
Isi Kandungan
ToggleAnak merupakan kurniaan Ilahi yang paling agung. Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan kehadiran cahaya mata buat penyeri rumah tangga. Kalau boleh mahu lihat dia membesar cukup sempurna dengan penuh kasih sayang. Tetapi bagaimana pula yang hanya diberi tempoh singkat untuk bergelar ibu. Bagi Dr Shahidatul Adha Mohamad, 32 tahun hanya berpeluang menjadi ibu selama 15 hari sebelum bayi ketiganya yang diberi nama Aisya Hanani Mohd Hannan meninggal dunia.
Malah dia turut berpengalaman melihat detik terakhir nyawa anaknya sebelum menarik keluar tiub pernafasan. Walaupun kejadian ini berlaku sekitar Jun lalu, tetapi kita sebagai wanita yang bergelar ibu dapat merasai kesedihan atas kehilangan anak tersayang.
Ikuti perkongsiannya yang menurut laporan di Harian Metro, anaknya itu dilahirkan lebih awal pada usia kandungan 26 bulan dengan berat hanya 880gm. Namun setelah 12 hari dilahirkan, Aisya mengalami gangguan pernafasan sehingga terpaksa dimasukkan tiub pernafasan sehinggalah nafas terakhir.
A post shared by Baby_Aisya (@baby_aisya) on
Wanita ini cukup redha dengan pemergian anaknya itu walaupun belum puas untuk membelainya. Dan dia juga sempat merasai pengalaman memberi susu ibu selama 7 hari yang diminum melalui tiub.
LAHIR TAK CUKUP BULAN
Menurut ibunya, Dr Shahidatul Adha Mohamad, 32, berkata, bayinya dimasukkan ke NICU sejak dilahirkan pada 28 Mei lalu selepas dilahirkan dalam keadaan pramatang dengan berat 880 gram.
Bagaimanapun, ketika berusia 12 hari, Aisya mengalami gangguan pernafasan (Apnea) secara berulang kali sehingga pihak hospital memasukkan tiub pernafasan melalui mulut selama tiga hari sebelum Aisya menghembuskan nafas terakhir tiga hari kemudian.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un…
“Sejak anak dirawat di HUSM, saya akan datang melawatnya setiap hari untuk melakukan pelukan “Kangaroo mother care” sekurang-kurangnya satu jam setiap hari kerana percaya pelukan itu mampu menstabilkan kadar pernafasan, menguatkan antibodi dan dapat mempercepatkan pertambahan berat badan. Namun pada 8 Jun lalu, keadaan arwah mula berubah dan semakin kritikal.
“Setiap kali menatap wajahnya, saya sentiasa mengharapkan akan berlaku keajaiban, meskipun saya sedia maklum mengenai keadaannya itu,” katanya.
BERSERAH PADA ALLAH
Biarpun doktor sudah memaklumkan bahawa keadaan bayinya selain melihat sendiri keadaan Aisya, dia tetap memujuk hatinya bahawa semuanya akan kembali pulih.
“Mereka juga tidak menjanjikan peluang sembuh untuk bayi saya kerana kalhirannya yang terlalu awal pada 26 minggu kandungan. Sesungguhnya saya hanya berserah kepada Allah.
“Saya hanya sempat memberi susu perahan selama tujuh hari kepada Aisya yang diminum menggunakan tiub,” katanya.
Kali terakhir Shahidatul melihat anaknya itu pada jam 3 pagi, 11 Jun lalu selepas tertidur hampir satu jam di bilik menunggu. Kira-kira jam 4 pagi, dia dikejutkan dengan panggilan telefon yang memaklumkan anaknya berada dalam keadaan tenat.
HENTIKAN BANTUAN PERNAFASAN
Shahidatul berlari ke NICU untuk melihat anak dan menghubungi suaminya, Dr Hanna Yusof, 33, serta bapa mentua, Mohd Yusof, untuk segera datang ke hospital.
“Setibanya mereka tidak lama kemudian, bapa mentua meminta saya menghentikan bantuan mesin pernafasan memandangkan keadaan Aisya yang saya sendiri tidak sampai hati untuk melihatnya.
“Saya akur dan menarik keluar tiub pernafasan itu selepas mendapati jantung Aisya terhenti. Allahuakbar.
“Saya redha dengan pemergian Aisya walaupun hakikatnya masih belum puas membelainya,” katanya.
A post shared by Baby_Aisya (@baby_aisya) on
SUMBER: HARIAN METRO
KREDIT FOTO: INSTAGRAM BABY_AISYA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI