Anggun Dan Minimalis DNA Koleksi Perkahwinan Rico Rinaldi Sempena Pandemik Covid-19

Share

Nama Rico Rinaldi tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri fesyen tempatan. Rekaanya banyak menjadi pilihan pencinta fesyen yang sukakan gaya mewah dan segar. Terbaru dia telah melancarkan koleksi perkahwinan mampu milik yang diberi nama Ready for Nikah khusus untuk pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan ketika pandemik Covid-19 Melanda.

Menurutnya, “Disebabkan pandemik ini, para pelanggan tidak boleh merentas daerah dan negeri, jadi saya terpanggil untuk membuat koleksi khusus untuk mereka pilih di laman web dan kemudian kami akan hantarkan kepada mereka menerusi khidmat pos. Bukan hanya pelanggan dalam negara sahaja yang boleh membeli bahkan pelanggan dari Brunei dan Singapura juga tidak terkecuali. Lagi pula ini merupakan langkah saya untuk kekal relevan dalam industri perkahwinan.”

Rekaan baju kebarung yang cantik dihias sulaman mewah.

Menampilkan 8 rekaan yang berasaskan siluet tradisional seperti baju kurung, baju kurung kedah dan kebaya, hanya satu sahaja rekaan siluet gaun khusus untuk mereka yang mahukan pilihan lebih moden.

Tidak hanya itu pereka fesyen ini turut menyediakan pilihan aksesori perkahwinan seperti selendang, veil dan juga sepatu. From head to toe semuanya tersedia. Bila sudah berbicara tentang rekaan tidak sah jika kita tidak menyentuh tentang harga.

Sepatut bertatah batuan dengan kemasan ikatan riben melengkapkan penampilan ratu sehari.


“Harga setiap busana berbeza mengikut rekaan bermula dari RM1200 sehingga RM2500, namun begitu saya memperkenalkan cara pembayaran fleksibel yang boleh membantu para pengantin menyusun tahap kewangan mereka. Mereka boleh membayar RM800 sahaja ketika menempah, dan apabila baju sudah disiapkan barulah mereka membayar baki yang selebihnya. Manakala untuk rekaan aksesori pula, harga bermula serendah RM150 sehingga RM450,” ujarnya panjang lebar.

Published by
Fiezreen