Pada pagi tadi, aktres jelita, Tasha Shilla telah selamat dinikahkan bersama pasangannya yang tercinta, Muhammad Atiq Idris pada majlis ringkas diadakan di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.
Cantik mengenakan busana hasil sentuhan Hatta Dolmat, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila binti Abdul Razak bersyukur perancangan sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar.
Bakal menetap di Singapura
“Semuanya berlaku begitu pantas. Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.
“Saya percaya ada hikmah di sebalik segala-galanya. Saya akan tinggal di Singapura mengikuti suami, selepas selesai majlis bertandang.
“Saya bersyukur bertemu jodoh dengan lelaki yang dicintai, biarpun semuanya berlaku begitu pantas.
“Semoga fasa baharu dalam kehidupan ini terus mematangkan saya dan suami. Insya-Allah,” katanya.
Rasa tenang dan bahagia saat berada di samping suami
Ujar Tasha, dia dan pasangannya yang sebaya berusia 33 tahun itu diperkenalkan oleh seorang teman pada Disember lalu sebelum mengikat pertunangan pada 23 Februari lepas.
“Perkenalan bermula di sebuah acara amal di Masjid Wilayah. Tanpa diduga berputik rasa sayang dan cinta.
“Tak sangka segala perancangan dipermudahkan. Saya percaya inilah jodoh yang diaturkan Yang Maha Esa,” katanya kepada BH Online.
“Saya percaya inilah cinta sejati yang dicari-cari selama ini,” katanya kepada Berita Harian.
Sementara itu, Atiq yang bekerja dalam bidang kewangan di Singapura mengakui menyenangi sifat Tasha.
“Meskipun luaran Tasha nampak garang, dia sebenarnya baik, lembut, menyayangi keluarga, suka kanak kanak dan menjaga solat.
“Saya tidak akan menghalang Tasha meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Cuma, saya berharap dia akan menjaga adab dan solat,” jelasnya.
kredit: BH online
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI