Bintang filem Indonesia ‘KKN di Desa Penari’, Tissa Biani kini sedang berada di tanah suci untuk menunaikan umrah. Berbeza dengan penampilan hariannya, Tissa kerap berkongsi foto anggunnya berhijab dan telah mendapat pujian ramai.
Aktres muda yang berumur 20 tahun dan juga merupakan kekasih Dul Djaelani (anak kepada Ahmad Dhani) ini telah pergi menunaikan umrah bersama keluarga tercinta sejak minggu lalu.
Tissa Biani sempat berkongsi gambar bersama keluarga sebelum berangkat ke Tanah Suci. Foto yang diambil di Terminal Bandara Soekarno Hatta itu memperlihatkan dia bersama keluarga memakai busana yang sedondon.
Sesampainya di Tanah Suci, Tissa Biani sempat mengunggah foto bersama keluarganya di hadapan Masjidil Haram. Bukan hanya itu, dia juga banyak memuat naik fotonya sepanjang berada di sana. Di antaranya, momen ketika berada di hadapan Zam Zam Tower,
Makkah serta Masjid Quba.Tidak mahu terlepas momen terakhirnya beribadah di Tanah Suci, Tissa sempat membuat kunjungan ke Masjid Nabawi. Dia yang terlihat manis dengan pakaian yang tertutup itu sempat memuat naik gambar di laman Instagramnya sebelum pulang ke Jakarta.
“Hari terakhir di Madinah. Akan sangat dirindui!(Bakalan kangen banget!) Alhamdulillah, Hari ini adalah hari untuk saya dan keluarga pulang ke Jakarta.
Tidak hanya itu, dia turut menyatakan hasrat untuk kembali ke Tanah Suci suatu hari nanti serta berdoa agar Allah SWT sentiasa memberkati hajatnya.
“Semoga dimurahkan rezeki untuk kembali ke sini secepat mungkin bersama insan tersayang, Aamiin Ya Allah,” tulis Tissa.
Dalam foto tersebut, Tissa kelihatan anggun dengan jubah kelabu yang digandingkan dengan pashmina ungu. Apatah lagi, dia dilihat memakai stokin untuk menutup auratnya dengan sempurna.
Artikel Berkaitan: 3 Gaya Fesyen Hijabi Ala Model Indonesia Vira Tandia
Gaya berhijab Tissa Biani di hari terakhirnya di Madinah telah menambat hati para peminat. Bukan sahaja peminat di Indonesia malah Malaysia. Rata-rata mereka mendoakan agar dia selamat pulang serta memuji kecantikan Tissa Biani saat mengenakan hijab.
“Cantiknya sayang ..smoga berkah berlimpah Aamiin”
“Masya Allah, aamiin neng cantik dan imut. Rezeki anak Sholihah, semoga rezekinya nular ke aku dan family bisa berkunjung beribadah di Makkah Madinah”
“Cantik seperti bidadari syurga”
“Masha Allah cantiknya iras gadis-gadis daripada Arab”
Apa yang menarik perhatian, bukan sahaja peminat, malah kekasih hatinya; Dul Djaelani serta bunda kepada kekasih hatinya; Maia Estianty turut meninggalkan komen di ruangan tersebut. Memang ‘imut’!
Meskipun sering membawakan watak seorang wanita berhijab, ramai yang belum mengetahui bahawa Tissa Biani masih lagi belum menutup aurat sepenuhnya. Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut mendoakan agar kunjungan dia ke tanah suci memberi hidayah kepadanya untuk berhijab suatu hari nanti.
Artikel Berkaitan: Ria Ricis Dikenali Ratu Media Sosial Di Indonesia, Tersenarai Top 2 Youtuber. Betul-Betul Next Level!
Info tambahan, selain ‘KKN di Desa Penari’, aktres ini turut membintangi beberapa filem dan sinetron lain seperti ‘Makmum The Movie’ ‘Pesantren Cinta’, ‘3 Nafas Likas’, ‘Perfect Dream’, dan ‘The Returning’.
Sumber: Instagram Tissa Biani
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.