“Andai Papa Masih Ada…”- Anak Mewarisi Bakat Arwah Suami, Datuk Nora Kongsi Rasa Bangga Dan Syukur!

Share

Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah peribahasa yang sesuai digambarkan tentang kecantikan anak kepada penyanyi wanita popular, Datuk Nora Ariffin yang kian meningkat dewasa itu. 

Baru-baru ini, sempena meraikan Syawal yang meriah, Nora memuat naik sebuah gambar di laman Instagram bersama anaknya, Putri Dahlia yang kelihatan anggun menyarungkan busana dari rekaan jenama popular, Rizman Ruzaini. Kejelitaannya yang kelihatan seiras dengan ibunya itu menjadi tumpuan ramai.

Dalam hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi yang pernah popular dengan lagu Hanyalah Satu itu, dia menzahirkan rasa syukurnya apabila anak perempuannya itu mewarisi bakat arwah suaminya, Johan Nawawi. 

Nora menyifatkan bahawa putrinya itu mempunyai minat yang mendalam dalam dunia muzik dan juga begitu kreatif seperti arwah bapanya.

Bergambar dengan anakanda Putri Dahlia, my talented daughter yang banyak mewarisi bakat arwah Johan, kreatif, pandai menghasilkan lagu, tulis lirik, menyanyi backing vocals, edit sound, videos dan lain-lain.

“Andai Papa masih ada pasti dia bangga…”

Bangga melihat perkembangan anaknya itu, Nora juga turut berdoa agar anaknya itu sentiasa menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.

Thank you Putri, sekarang banyak bantu mama. Andai papa masih ada pasti dia bangga. Ya Allah syukurnya..moga Putri manfaatkan segala ilmu yang ada didada serta menjadi anak yang solehah & excellent dunia akhirat.

Anaknya, Putri Dahlia juga turut merupakan salah seorang figura yang dikenali ramai. Memiliki pengikut di Instagram sebanyak 15.9 ribu, Putri seringkali dilihat melakukan video nyanyian serta tutorial solekan. Baru sahaja melancarkan single pertamanya,Set U Free di saluran YouTube dan SoundCloud, pastinya ia antara salah satu single yang wajib didengari tahun 2022 ini!

Sumber gambar: Instagram Datuk Nora Ariffin

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista.

Klik di sini.

 

Published by
Putra