Kita mesti biasa lihatkan iklan makanan tambahan di TV serta di majalah dan surat khabar yang mampu membuatkan seseorang itu bertambah bijak terutamanya untuk kanak-kanak dan juga pelajar sekolah. Kita pun apa lagi mesti terdetik perasaan nak beli kerana fikir mesti akan menjadi semakin pandai selepas mengamalkan ini. Tapi, betul ke berkesan makanan suplemen ini? Mari kita baca pandangan pakar, Dr. Rusyainie Ramli mengenai hal ini.
Menerusi perkongsiaannya di Facebook, makanan, jus atau pil suplemen ini sama sekali tidak membantu meningkatkan tahap kepintaran seseorang itu dan ianya hanyalah satu penipuan semata.
Dr.Rusyainie juga telah menulis di statusnya dan memberi penjelasan yang padat mengenai hal ini.
PIL BAGI ANAK JADI MALAIKAT?
Cikgu-cikgu, saya sebagai mama nak minta tolong. Walaupun cikgu-cikgu di sekolah anak-anak saya tak jual produk nak bagi budak jadi malaikat, saya harap sangat cikgu-cikgu lain jangan lah tergolong dalam bani pil macam ni. Atau pun jangan benarkan bani suplemen minda ni jejakkan kaki pun ke sekolah.
Kebanyakan cikgu-cikgu yang saya kenal dan rapat tidak begini. Mereka pentingkan etika. Tapi kerana ada segelintir yang tamak haloba, habis terpalit nama cikgu-cikgu yang profesional.
Mama macam saya menghantar anak ke sekolah dengan harapan cikgu-cikgu bantu saya mendidik dan mengajar anak-anak saya bab pelajaran. Saya ni walaupun kerja profesional, tapi kalau tengok silibus anak-anak, saya pun boleh menangis. Memang mencabar betul tahap kehendak sistem pendidikan sekarang. Hanya cikgu-cikgu saja yang boleh tunjuk ajar yang betul supaya anak-anak saya mendapat ilmu seperti yang sepatutnya dan menjawab peperiksaan dengan baik.
Ads
Cikgu-cikgu, bukan semua mama mampu nak keluarkan duit nak beli produk macam ni. Mahal tu cikgu. Memang lah cikgu tak paksa, tapi kalau dah namanya yang menjual tu cikgu, mama mana-mana pun akan senang terpengaruh dan terpedaya.
Sedangkan jauh di sudut hati, cikgu-cikgu sendiri mengetahui yang tiada kejayaan itu datang bergolek, atau terbang melayang kalau tidak diiringi dengan usaha yang tidak mengenal jemu dan penat, sokongan dari mama dan papa itu, dan doa kepada Allah SWT. Saya seperti mama lain pun, mengharapkan cikgu-cikgu lah sumber rujukan anak-anak untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik.
Saya minta maaf dari lubuk jiwa saya yang paling dalam. Saya sedar akan kekurangan dan kelemahan saya sebagai mama dalam membentuk sahsiah anak-anak sendiri sehinggakan cikgu-cikgu terpaksa menyuruh anak-anak saya mengambil pil minda ni. Alasan cikgu-cikgu, supaya anak-anak saya jadi lebih baik kelakuannya dan perangainya. Tapi cikgu-cikgu mesti menyedari yang produk yang begini mana mungkin boleh mengubah anak-anak saya menjadi taat dan patuh. Tak mungkin. Nak memperbaikinya mesti datang dari kita sama-sama untuk membimbing mereka.
Cikgu-cikgu, apa juga bahan yang ada dalam suplemen tu takkan sama dengan makanan yang saya sediakan untuk anak-anak. KKM dah siapkan garis panduan untuk pemakanan sihat dengan menggunakan makanan sebenar. Allah dah kurniakan gigi, mulut, lelangit, lidah semua tu untuk manusia menggigit dan mengunyah makanan. Bukan setakat telan terus untuk khasiat macam pesakit yang lumpuh. Itu namanya kufur nikmat tu ya cikgu-cikgu.
Ads
Duit dalam poket mama lain mungkin tak setebal mana. Duit belanja dapur cukup-cukup nak bagi makan pada anak-anak yang ada. Kalau cikgu-cikgu nak mama tu belikan produk konon magik ni, manalah nak korek duit lagi. Baik mama tu dapatkan makanan sebenar, satu keluarga boleh hadapnya.
Cikgu-cikgu tolonglah saya dan mama-mama lain di luar sana dengan bersama-sama membentuk anak-anak kami menjadi insan. Bukan senang nak memanusiakan manusia. Anak-anak ini amanah Allah SWT dan saya tak mampu nak tunaikan tanggungjawab ni seorang. Cikgu-cikgulah tempat kami meminta bantuan. Tapi yang nyata, cikgu-cikgu ya, produk begini memang layaknya ke tong sampah saja. Bukan ke mulut anak-anak kami.
Terima kasih cikgu-cikgu.
Dr. Rusyainie Ramli
Ads
Mama yang tidak mungkin akan sempurna.
Dr.Amalina Bakri juga telah tampil bagi menjawab persoalan ini. Beliau juga menerangkan bahawa dirinya tidak mengambil sebarang makanan tambahan pun untuk cemerlang dalam akademiknya sebaliknya hanyalah memerlukan usaha yang gigih untuk berjaya.
Kepada pelajar dan ibu bapa di luar sana, Saya selalu ditanyakan soalan mengenai pengambilan suplemen untuk otak. Tak perlu pun sebenarnya ‘pil minda’. Jika anda mahu jadi bijak, anda perlu belajar dan bekerja keras. Makan suplemen tidak akan menjadikan anda seorang ‘Einstein’. Anda boleh dapat nutrisi yang lengkap daripada pengambilan harian anda daripada buah dan sayuran segar contohnya kismis segar, bukan yang telah diproses dalam bentuk pil dan juga diet yang seimbang. Saya sememangnya tidak mengambil suplemen untuk diri sendiri. Segalanya datang daripada usaha anda sendiri untuk mencapai kejayaan.
Untuk memberitahu anda perkara sebenar, saya telah dilamar oleh syarikat yang mengeluarkan ‘kismis minda’ dan lain-lain lagi pada suatu masa dahulu selepas keputusan SPM 17 A1 saya diumumkan. Mereka menawarkan saya wang untuk saya menjadi duta produk tersebut. Saya menolak secara baik kerana saya memang tidak mengamalkannya. Anda tak perlukan benda sebegitu untuk menjadi bijak.
Yang ikhlas,
Amalina.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon popular, Mawar Rashid memang dikenali sebagai seorang dramatis yang berbakat besar. Baru berusia 23 tahun, Mawar kini sedang mengecapi puncak kejayaan dalam karier lakonannya. Lebih menarik lagi, beliau juga sudah bergelar seorang isteri kepada suami tercinta iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob ataupun lebih mesra dipanggil Raf.
Ternyata Mawar dilihat pandai membahagikan masa di antara tugas sebagai seorang isteri dengan kerjayanya sebagai pelakon. Selain itu, hubungan akrab dengan ibu tercinta iaitu Datin Marinee turut menawan hati peminatnya. Mawar yang ditemui pada pelancaran produk Nurish Organik baru-baru ini yang menampilkan dirinya sebagai duta produk menjelaskan semua detik-detik bersama Mummy adalah waktu yang paling indah dalam hidupnya.
“Kalau nak diikutkan Mawar ini anak ketujuh, anak yang paling bongsu. Jadi dari Mawar baby sampai sekarang Mawar sentiasa berkepit dengan Mummy. Pergi mana-mana mesti Mummy akan bawa anak bongsu dia ini. Mummy Mawar ini adalah seorang yang caring, lembut yang kalau kita tengok dia pun kita tahu dia akan sentiasa berkorban apa sahaja untuk anak-anak dia.
Jadi bagi Mawar, lebih-lebih lagi bila Mawar dah kahwin sekarang, masa Mawar bersama Mummy tak sama seperti dulu jadi sebab itulah Mummy akan sentiasa appreciate waktu-waktu Mawar bersama Mummy.”
Ketika ditanya bagaimanakah rahsianya menawan hati ibu mentua, Mawar menjelaskan bahawa cara terbaiknya adalah menganggap ibu mentua kita seperti ibu kandung kita sendiri.
“Bagi Mawar, macam mana Mawar layan Mummy Mawar, macam itulah juga Mawar akan layan ibu mentua Mawar dan ini adalah kali pertama Mawar beraya sebagai seorang isteri, beraya bersama keluarga baru dan ianya merupakan satu pengalaman yang sangat indah dan tak akan dilupakan. Lebih-lebih lagi apabila waktu pagi raya saat Mawar menyiapkan segala kelengkapan suami.”
Mawar juga dilihat sebagai seorang gadis yang sangat beruntung dan sempurna kerana sudah mengecapi segala-galanya pada usia yang cukup muda. Apa agaknya kata Mawar mengenai perkara ini ?
“Pada pendapat Mawar, alhamdulillah Mawar bahagia dengan kehidupan Mawar. Mawar ingin buat yang terbaik bagi orang sekeliling, suami, pekerjaan dan untuk diri Mawar sendiri. Jadi bagi Mawar, dalam kehidupan ini hari-hari kita belajar dan sampai bila-bila pun kita akan belajar cara untuk ambil hati orang dan bagaimana mahu berikan yang terbaik dalam pekerjaan kita. Jadi, apa-apa pun Mawar cukup bersyukur dan Mawar harapkan semua sokongan peminat-peminat Mawar diluar sana untuk support kerjaya Mawar, apa-apa sahaja yang Mawar lakukan dan terima kasih kerana menyokong Mawar.”
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi cantik Fatin Afeefa berkongsi satu hantaran di Instagram bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 tahun. Meniti usia yang matang, Fatin dilihat kekal istiqamah berhijab dan memberi tumpuan penuh terhadap keluarga.
Dalam hantaran itu, Fatin tersenyum manis sambil memegang sejambak mawar kuning berserta hadiah istimewa di sisinya.Terserlah sisi kematangan Fatin pada usianya yang genap 30 tahun pada 13 Julai 2024 yang lalu.
“la vie en rose” tulisnya ringkas dalam bahasa Perancis.
Fatin juga dilihat semakin tenang dan bahagia dengan kehidupan terkininya yang lebih ‘privasi’ setelah mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan dan nyanyian.
Keputusannya itu juga adalah bagi menghormati permintaan suami, Aliff Awang atau terkenal dengan panggilan Opai yang mahu dirinya menjadi Muslimah serta isteri dan ibu yang terbaik buat anak-anak.
KEHIDUPAN TERKINI
Menurut pemilik nama penuh, Fatin Nur Afifah Shamsudin ini dia hanya akan keluar sebulan sekali atas urusan kerja.
Katanya, dia tidak merasa ralat meninggalkan dunia lakonan dan nyanyian. Apa yang penting bagi Fatin ialah doa dan restu suami.
Fatin juga pernah memberitahu kini dia lebih suka berada di rumah kerana merasa lebih tenang dan tiada tekanan mahupun gangguan.
Pada masa yang sama, Fatin dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga. Anak-anak pun membesar depan mata.
ISTIQAMAH MENUTUP AURAT
Fatin turut mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan imej berhijab. Kian terserlah kecantikan Fatin apabila menutup aurat dengan sempurna.
Menganggap dirinya masih belajar, Fatin turut memohon orang ramai agar mendoakan kebaikan buat dirinya dan keluarga.
Menurut pelakon filem Tentang Bulan ini dia mahu memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik. Fatin mahu menjaga batas pergaulan sebagai seorang Muslimah.
Untuk info, Fatin dan Aliff mendirikan rumahtangga pada Disember 2022 dalam sebuah majlis tertutup di Subang Jaya.
Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia sembilan tahun.
Semoga Fatin Afeefa kekal istiqamah dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Ramai di antara kita yang pastinya gilakan aktiviti membeli-belah di atas talian. Tapi kadang-kadang tak semua bernasib baik apabila berhadapan dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab. Sampai ke sudah barang yang dibeli tidak dipos.
Jangan bimbang sis! Masalah ini masih boleh diselesaikan jika anda mengalami nasib begitu apabila membeli di Shopee. Ini cara untuk meminta refund sekiranya peniaga berdegil untuk memulangkannya. Jangan bimbang kerana duit anda masih bersama shopee dan bukan pada peniaga tersebut. Lihat tutorial mudah ini untuk mengetahui caranya.
1. Salin item Serial Number
2. Pergi ke menu setting
3. Pergi ke menu help centre
4.Pilih menu email
5.Lengkapkan form yang diberikan, beritahu sebab kenapa anda mahukan refund dan kemudian tekan tekan submit.
6. Ini contoh gambar selepas duit anda dipulangkan kembali
Mudah sahaja caranya. Tapi janganlah anda ingin meminta refund pula sekiranya peniaga sudah menghantar barang anda tetapi lambat sampai kerana itu merupakan tanggungjawab kurier yang sepatutnya menghantar barang tersebut pada masanya. Toleransi ya sis!
Pelakon jelita Uqasha Senrose, menzahirkan rasa sebak sebaik sahaja membaca hantaran Instagram yang dimuatnaik oleh usahawan dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang menitipkan nasihat khusus buat