Anda Tetap Boleh Capai Impian Dengan Kelas Inspirasi Sunsilk, Tidak Kira Kuarantin Atau Tidak!

Share

Kehidupan tiap hari kini bagi seorang gadis menjadi makin mencabar. Ada sahaja dugaan yang mendatang tidak kira dari kiri atau kanan apatah lagi ketika pandemik covid-19 yang sedang melanda dunia pada saat ini.

Aktiviti bersosial bersama teman baik pun menjadi makin sukar. Nak bercuti ke luar negara pun tak boleh. Sedihnya segala perancangan terpaksa dibatalkan. Namun, yang paling menyedihkan adalah apabila mereka turut kehilangan kerja dan mata pencarian disebabkan pandemik ini. Macam mana nak terus survive

?

Misi Mengecap Impian

Ops! Jangan mengalah sis! Tarik nafas dalam-dalam dan kembali bertenang. Fikirkan segala kemungkinan positif yang bakal terjadi dalam hidup anda nanti. Ya, ‘Rethink Possibilities’!

Pada bulan Oktober lalu, jenama rangkaian produk rambut No.1 di Malaysia telah memulakan misi bagi memberi inspirasi kepada gadis-gadis di luar sana untuk mengecap impian dengan segala kemungkinan.  Fikirkan semula segala kemungkinan yang ada dalam hidup anda untuk mencapai cita-cita walau apa jua rintangan yang terpaksa ditempuhi.

Jangan toleh ke belakang. Ia tidak mustahil kerana Bunga, Amira Ayob dan Vivian Foo telah membuktikannya. Gadis-gadis ini telah memecahkan tembok penghalang dalam hidup mereka untuk menjadi hebat seperti hari ini. Mereka tetap yakin dan tidak takut untuk mencapai impian masing-masing.

Rebut Peluang

Kini, tibalah waktu anda pula untuk menjadi gadis hebat seperti mereka. Ini saat kita!

Gapailah impian anda dengan menyertai ‘Kelas Inspirasi Sunsilk Challenge

’ dimana pemenang berpeluang memenangi peralatan video bernilai RM10,000 bagi kategori content creator atau Sunsilk Internship & Sijil Profesional Pemasaran Media Sosial Facebook untuk kategori usahawan.

Lebih menarik lagi, Kelas Inspirasi Sunsilk ini dikelokakan oleh selebriti terkenal seperti Shalma Ainaa, Ain Edruce dan juga Bunga. Haih, untung sangat tu!

FB live dengan tiga selebriti terkenal ini boleh anda tonton di sini, banyak ilmu menarik yang dikongsikan oleh mereka. Dalam masa yang sama memberi idea, motivasi dan inspirasi kepada anda untuk bangkit kembali untuk kejar impian anda!

Dah, jangan berangan lagi. Sertailah cabaran ini sekarang juga bagi merealisasikan impian anda. Tarikh penyertaan bermula 1 November hinggalah 7 Disember 2020. Tidak kira kuarantin ataupun tidak, kita tetap boleh berjaya kerana #IniSaatKita untuk menyerlah!



Published by
Team Hijabista