Anda BUKAN Lagi Layak Digelar ISTERI Jika Lakukan 7 PERBUATAN Ini. No 2 Dah Jadi TREND!

Share

Hidup berumah tangga memang cukup indah jika dibajai dengan penuh kasih sayang dan saling mencintai satu sama lain. Namun hati manusia ini kadang kala cepat berubah, bukan sahaja lelaki tetapi juga wanita. Cuba check diri anda, jika ada sifat begini, maknanya anda sebenarnya tidak layak lagi bergelar isteri.

Jadi muhasabah diri dan pastikan perkara ini tidak terjadi jika mahu mahligai dibina kekal hingga ke jannah. Isteri kena ingat syurga mereka terletak di bawah telapak kaki suami. Jadi walau apa sekali jawatan di tempat kerja, ketika di rumah suami adalah insan paling perlu dihormati.

1. Suami pulang dari kerja dan tidak disambut  dipintu. Tidak juga diberikan senyuman ketika si suami sedang dalam kepenatan. Kalau boleh hulurkan segelas air minuman sebagai penghilang dahaga dan kepenatan.

2. Apabila makanan suami tidak lagi dari air tangan seorang isteri. Begitu juga dengan pakaian suami juga dihantar di dobi. Malah lebih teruk jika yang menggosoknya bukan lagi dari tangan seorang isteri. Lain halnya jika suami yang memang sukarela untuk membantu kerja rumah.

3. Suami marah, si isteri melawan dan meninggikan suara. Satu yang ditegur, sepuluh yang keluar dari mulut isteri.

4. Tidak jaga bau badan, berpakaian selekeh dan tidak bersih ketika suami berada di rumah. Kalau boleh penampilan di rumah perlu cantik dan bersih ketika mahu ke tempat kerja.

5. Rahsia rumah tangga diceritakan pada ibu, kakak ataupun sahabat karib sendiri. Ingat masalah rumah tangga kalau boleh simpan dalam hati dan jangan sesekali share di media sosial. Sangat bahaya.

6. Tidak berkelakuan baik terhadap keluarga belah suami, malah menghasut suami agar tidak mementingkan tanggungjawab terhadap keluarga suami. Jika suami masih punya ibu, insan itu menjadi keutamaan suami kerana syurga mereka di bawah telapak kaki ibu.

7. Si isteri tidak kejutkan suami untuk solat ketika waktu solat sudah tiba, tidak melarang suami meninggalkan maksiat dan juga tidak menyuruh suami untuk melakukan ketaatan. Tinggalkan segala-galanya dan fokus pada kehidupan yang lebih harmoni berlandaskan ajaran Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Pasangan Ini Tawan 23 Negara Tengan Motor Kapcai.

SUMBER FOTO: PINTEREST

Published by
Siti Zurina