Hidup berumah tangga memang cukup indah jika dibajai dengan penuh kasih sayang dan saling mencintai satu sama lain. Namun hati manusia ini kadang kala cepat berubah, bukan sahaja lelaki tetapi juga wanita. Cuba check diri anda, jika ada sifat begini, maknanya anda sebenarnya tidak layak lagi bergelar isteri.
Jadi muhasabah diri dan pastikan perkara ini tidak terjadi jika mahu mahligai dibina kekal hingga ke jannah. Isteri kena ingat syurga mereka terletak di bawah telapak kaki suami. Jadi walau apa sekali jawatan di tempat kerja, ketika di rumah suami adalah insan paling perlu dihormati.
1. Suami pulang dari kerja dan tidak disambut dipintu. Tidak juga diberikan senyuman ketika si suami sedang dalam kepenatan. Kalau boleh hulurkan segelas air minuman sebagai penghilang dahaga dan kepenatan.
2. Apabila makanan suami tidak lagi dari air tangan seorang isteri. Begitu juga dengan pakaian suami juga dihantar di dobi. Malah lebih teruk jika yang menggosoknya bukan lagi dari tangan seorang isteri. Lain halnya jika suami yang memang sukarela untuk membantu kerja rumah.
Ads
3. Suami marah, si isteri melawan dan meninggikan suara. Satu yang ditegur, sepuluh yang keluar dari mulut isteri.
4. Tidak jaga bau badan, berpakaian selekeh dan tidak bersih ketika suami berada di rumah. Kalau boleh penampilan di rumah perlu cantik dan bersih ketika mahu ke tempat kerja.
Ads
5. Rahsia rumah tangga diceritakan pada ibu, kakak ataupun sahabat karib sendiri. Ingat masalah rumah tangga kalau boleh simpan dalam hati dan jangan sesekali share di media sosial. Sangat bahaya.
6. Tidak berkelakuan baik terhadap keluarga belah suami, malah menghasut suami agar tidak mementingkan tanggungjawab terhadap keluarga suami. Jika suami masih punya ibu, insan itu menjadi keutamaan suami kerana syurga mereka di bawah telapak kaki ibu.
Ads
7. Si isteri tidak kejutkan suami untuk solat ketika waktu solat sudah tiba, tidak melarang suami meninggalkan maksiat dan juga tidak menyuruh suami untuk melakukan ketaatan. Tinggalkan segala-galanya dan fokus pada kehidupan yang lebih harmoni berlandaskan ajaran Islam.
Penyanyi nada tinggi terkenal dengan jolokkan ‘Katty Perry’ Malaysia, Aina Abdul memukau netizen dengan penampilannya ketika membuat persembahan di Konsert 10Q meleTOP, di MBSA Shah Alam baru-baru ini.
Aina yang gemar memberikan kelainan dalam setiap penampilan tampil berseri, elegan, versatil dan mempunyai ‘kelas’ tersendiri menggayakan gaun mewah hasil air tangan Daniel Zharif.
Sewaktu membuat persembahan duet bersama Amir Masdi mendendangkan lagu ‘Senja Nan Merah’ Aina terlihat ‘classy’ dalam gaun jenis Brocade Dress, bertanah hitam dan bercorak dedaun berona merah yang berseri dan menonjol dari kombinasi warna hitam itu.
Meninjau keruangan komen pada hantaran Instagam milik Aina, rata-rata rakan artis dan netizen memuji penampilan Aina itu yang disifatkan terlalu cantik dan sesuai dengannya penampilannya yang menyerlahkan sisi lain Aina Abdul.
Selain itu, tidak kurang juga yang meninggalkan komen dengan kata-kata positif serta pujian terhadap penampilan Aina yang serba sederhana namum masih menonjolkan elemen elegan.
Sebagai rekod, pada 8 November lalu, Aina Abdul membuat persembahan dipentas Meletop berduet dengan Amir Masdi bertujuan untuk mempromosikan konsert ‘Night With Aina Abdul 2.0’ yang disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro First.
Kadang-kadang kita mesti rasa kesempitan, ada saja benda yang tak cukup ataupun tak kena dalam hidup kita. Hmm, jika kita pernah melalui perkara sebegini, apa kata kita periksa amalan dalam kehidupan seharian kita.
Mungkin selama ini kita mengabaikan hal akhirat kerana terlalu sibuk mengejar dunia. Mulai sekarang, mari kita lakukan amalan-amalan ini dalam kehidupan seharian. Bukan sahaja mampu menjemput rezeki, malahan dapat memudahkan segala urusan dalam hidup kita semua.
Jangan hanya jaga hubungan dengan manusia tapi ingatlah siapa sebenarnya yang memberi.
InsyaAllah jika kita sering amalkan, segala yang baik-baik akan datang pada kita. Pastikan niat sentiasa kena betul. Segalanya kerana Allah Taala!
Memiliki rambut lurus sememangnya banyak kelebihan antaranya ianya mudah untuk diuruskan. Selain itu ia tidak mengambil masa yang lama untuk anda berdandan berbanding rambut kerinting.
Wanita yang berambut kerinting biasanya memilih untuk melakukan teknik ‘rebonding’ atau meluruskan semula rambut kerana menganggap gaya seperti itu mudah diuruskan. Walau bagaimanapun dalam pada sibuk untuk meluruskan rambut, jangan pula sampai terlepas pandang soal hukum agama.
Berikut huraian lengkap daripada Ustazah Asma’ Harun tentang perbuatan meluruskan rambut.
SOALAN:
“Assalamualaikum ustazah, izinkan saya bertanya tentang hukum meluruskan rambut atau lebih dikenali sebagai rebonding. Adakah Islam melarang untuk kita melakukannya? Kerana saya sangat suka sekiranya rambut saya sentiasa kelihatan lurus dan cantik.”
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt. SubhanAllah, bagus soalan puan. Sememangnya Allah menjadikan fitrah wanita menyukai kecantikan. Lebih-lebih lagi tatkala melihat diri di cermin.
Bahkan kadang-kadang apabila melihat iklan di televisyen, majalah mahupun media sosial, kita mula terdetik di hati, “Teringin nak buat rebonding” atau “Cantiknya rambut dia, lurus je. Nak buat rebonding jugaklah”.
Dalam masa yang sama, hati kita tertanya-tanya juga, “Adakah ia dibolehkan dalam Islam atau tidak?”, “Sekiranya kita melakukannya, adakah ia dikira sebagai mengubah ciptaan Allah SWT?”
Alhamdulillah. Allah SWT masih menjentik hati dan iman kita supaya sentiasa berhati-hati dan beringat dalam melakukan sesuatu agar ia mendapat keredhaan bukan kemurkaan daripada-Nya.
ISLAM AGAMA YANG MENCINTAI KECANTIKAN DAN KEKEMASAN
Islam sangat menyarankan umatnya supaya kelihatan bersih dan kemas. Terdapat sebuah hadis yang menjelaskan bahawa Allah SWT bersih dan menyukai kebersihan.
Justeru, orang yang sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan, insya-Allah akan semula jadi kelihatan cantik.
Hadis Nabi Muhammad SAW:
إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ، جَوَادٌ يُحِبُّ الجُودَ، فَنَظِّفُوا، أُرَاهُ قَالَ، أَفْنِيَتَكُمْ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan, Dia menyukai kedermawanan. Maka, bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.” (HR al-Tirmizi, hadis dhaif)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan”. (HR Muslim, hadis sahih)
ASAS KECANTIKAN DALAM ISLAM
Hukum mencantikkan diri adalah harus pada asalnya. Walau bagaimanapun, keharusan ini boleh berubah menjadi haram apabila terdapat dalil pengharamannya sepertimana disebutkan dalam kaedah fiqh:
الأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءَ الْإِبَاحَة حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيْلُ عَلَى التَّحْرِيْمِ
Maksudnya: “Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah mubah (harus) sehingga datangnya dalil yang menunjukkannya haram.”
REBONDING (MELURUSKAN) RAMBUT: BOLEH ATAU TIDAK?
Terdapat dua pendapat yang dibincangkan oleh ulama berkenaan hal ini.
1. HARUS
Sebahagian ulama berpendapat adalah harus melakukan rebonding mahupun mengerintingkan rambut sekiranya tanpa menggunakan bahan kimia yang boleh mengubah struktur protein rambut secara kekal, iaitu hanya melalui rawatan fizikal seperti menggunakan alat penggulung plastik dan yang sejenisnya.
Hal ini kerana, ia tidak mengubah struktur dan fungsi rambut yang asal, malah masih dalam konteks tidak kekal serta sangat berkait dengan kaedah dan tatacara menguruskan rambut.
Maksudnya: “Berkata Imam Nawawi: meluruskan rambut yang kerinting dalam Islam itu dibolehkan selama mana dengan izin suaminya. Jika sebaliknya, maka pembolehannya itu tertolak. Sementara dalam pandangan sebahagian ulama Hanbali, jika mengubah rambut dengan bertujuan seperti orang Fajir (sejenis fasiq), maka dilarang sama sekali. Dan jika tujuannya kerana izin suami, maka dibenarkan dan dibolehkan.” (Kitab Fathul Bari)
Antara tujuan dibenarkan syarak adalah seperti: a. Bukan mencantikkan rambut dengan bertujuan untuk melakukan maksiat. b. Mencantikkan dan menghias diri untuk keselesaan suami bagi wanita yang telah bernikah dengan mendapatkan keizinan suaminya atau atas permintaan suaminya sendiri. c. Melakukan dengan tujuan untuk mencantikkan dirinya sendiri sahaja bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Syarat-syarat sekiranya melakukan proses meluruskan rambut: a. Aurat dijaga dengan rapi dan sempurna daripada pandangan lelaki ajnabi dan wanita bukan Islam sama ada sebelum, semasa dan selepas proses rebonding dilakukan. b. Rebonding tersebut tidak menyerupai budaya orang kafir dan fasiq. c. Menggunakan bahan yang suci dan bersih serta tidak menghalang air untuk sampai ke bahagian tersebut ketika bersuci seperti mengambil wudhuk atau mandi wajib. d. Tidak menggunakan bahan kimia yang boleh mengubah struktur protein rambut secara kekal. e. Tidak menggunakan peralatan yang boleh mendatangkan kemudharatan dan kerosakan pada rambut dan diri sendiri.
Ini adalah pendapat yang membolehkan meluruskan rambut dengan tidak menjadikan ia sebagai mengubah ciptaan Allah SWT.
Di dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ
Maksudnya: “Barang siapa yang memiliki rambut, maka hendaklah dia memuliakannya.” (HR Abu Daud, hadis hasan)
2. HARAM
Sebahagian ulama mengharamkan perbuatan rebonding ini kerana diqiyaskan (menyamakan hukum) kepada hukum mengubah ciptaan Allah SWT berikutan terdapatnya bahan kimia yang digunakan bagi meluruskan rambut secara kekal.
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
لَعَنَ اللهُ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ ، وَالنَّامِصَاتِ وَالمُتَنَّمِصَاتِ ، وَالمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ المُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
Maksudnya: “Allah SWT melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu. Orang yang mencabut bulu mata dan orang yang diminta cabut bulu matanya. Orang yang menjarangkan giginya demi kecantikan sehingga merubah ciptaan Allah SWT”. (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)
Syeikh Hani bin Abdullah al-Jubair menyebutkan dalam kitabnya, ad-Dhawabith asy-Syariyah fi Umliyati at-Tajmiliyah:
وَتَغْيِيرُ خَلْقَ اللّٰهُ هُوَ تَحْوِيلُ الشَّيئِ عَنْ صِفَاتِهِ حَتَّى كَأَنَّهُ شَيْئٌ آخَرَ أَوْ إِزَالَتُهُ عَنْهَا
Maksudnya: “Mengubah ciptaan Allah ialah melakukan perubahan sesuatu dari sifatnya sehingga menghilangkan keadaan asalnya.”
Imam Thabari juga menyatakan bahawa adalah dilarang bagi wanita yang mengubah ciptaan Allah SWT:
قَالَ الطَّبَرِي: لَا يَجُوزُ لِلْمَرْأَةِ تَغْيِيْرُ شَيْءٌ مِنْ خَلْقَتِهَا الَّتِي خَلَقَهَا اللّٰهُ عَلَيْهَا بِزِيَادَةٍ أَوْ نَقْصٍ التِمَاسِ الْحَسَنِ لَا لِلْزَّوجِ وَلَا لِغَيْرِهِ
Maksudnya: “Berkata Imam Thabari bahawa tidak disunatkan bagi wanita untuk mengubah ciptaan Allah SWT dengan cara menambah atau mengurangi anggota badannya, baik untuk alasan (menyenangkan suami) atau alasan lain.” (Kitab Fathul Bari)
RUMUSAN
Berbalik kepada soalan puan, hukum meluruskan rambut atau lebih dikenali sebagai rebonding adalah bergantung kepada niat atau tujuan ia dilakukan.
Pada asalnya, ia adalah harus berdasarkan syarat-syarat yang dibenarkan oleh syarak namun terdapat juga ulama yang berpegang kepada pendapat haram sepertimana yang telah dijelaskan sebelumnya.
Wallahu a’lam. Semoga bermanfaat buat semua.
RUJUKAN 1. Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, “Al-Kafi #1340: Hukum Melakukan Rebonding atau Meluruskan Rambut.” 2. Laman web Majlis Ulama ISMA, “Hukum Melakukan Rebonding.” 3. Laman web Hizbut Tahrir Malaysia, “Rebonding Rambut – Apakah Hukumnya Menurut Syarak?” 4. Laman web Dalamislam.com, “Hukum Meluruskan Rambut Menurut Islam.” 5. Laman web Pecihitam.org, “Hukum Meluruskan Rambut dalam Islam; apakah Dalil dan Contohnya Pada Masa Nabi?”
Orang yang mudah memaafkan cenderung lebih bahagia dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik.
Memaafkan bukan bermakna melupakan, tetapi memilih untuk melepaskan perasaan negatif. Sikap...