Anas Zahrin Kongsi Doa Yang Dikirim Mira Filzah Waktu Dia Ke Tanah Suci Tahun Lepas

Share

Pernikahan di antara selebriti jelita, Mira Filzah dan Wan Emir Astar memang mendapat tumpuan seluruh rakyat Malaysia semalam.

Mira,27, yang cantik dalam busana daripada Rizman Ruzaini kelihatan menitiskan air mata terharunya selepas sah diijab kabulkan dengan sekali lafaz.

Berkongsi di laman sosial, Anas Zahrin iaitu pemilik jenama kosmetik Anas mendedahkan doa yang dikirimkan oleh Mira sewaktu dirinya berkunjung ke tanah suci akhir tahun lepas.

Akhir tahun lepas, semasa saya mengerjakan Umrah, ini doa yang sahabat saya @mfmirafilzah kirimkan

Dear Mira, semoga Allah permudahkan segala urusan malam ini. Semoga Mira menjadi isteri yang solehah serta semoga perkahwinan Mira kekal hingga ke jannah

InshaAllah, see you soon dear sahabat. Tak sabar nak jumpa ahad nanti 🤍 Rasa nak nangis sebab gembira sangat sangat. Mesti cantik serta berseri Malaysia’ Sweetheart ni #EmirAmirah

Kalau kita mahukan sesuatu, sentiasalah minta pada Allah kerana hanya Dia sahaja mampu untuk mengabulkannya. Jika kita mahukan seseorang itu juga, mohonlah pada Allah agar Dia menjaga hatinya untuk kita. Moga perkahwinan Mira dan Emir ini berkekalan hingga ke Jannah. Amin…

Published by
QIST