Pernikahan di antara selebriti jelita, Mira Filzah dan Wan Emir Astar memang mendapat tumpuan seluruh rakyat Malaysia semalam.
Mira,27, yang cantik dalam busana daripada Rizman Ruzaini kelihatan menitiskan air mata terharunya selepas sah diijab kabulkan dengan sekali lafaz.
Berkongsi di laman sosial, Anas Zahrin iaitu pemilik jenama kosmetik Anas mendedahkan doa yang dikirimkan oleh Mira sewaktu dirinya berkunjung ke tanah suci akhir tahun lepas.
Akhir tahun lepas, semasa saya mengerjakan Umrah, ini doa yang sahabat saya @mfmirafilzah kirimkan
Dear Mira, semoga Allah permudahkan segala urusan malam ini. Semoga Mira menjadi isteri yang solehah serta semoga perkahwinan Mira kekal hingga ke jannah
Ads
InshaAllah, see you soon dear sahabat. Tak sabar nak jumpa ahad nanti 🤍 Rasa nak nangis sebab gembira sangat sangat. Mesti cantik serta berseri Malaysia’ Sweetheart ni #EmirAmirah
Ads
Kalau kita mahukan sesuatu, sentiasalah minta pada Allah kerana hanya Dia sahaja mampu untuk mengabulkannya. Jika kita mahukan seseorang itu juga, mohonlah pada Allah agar Dia menjaga hatinya untuk kita. Moga perkahwinan Mira dan Emir ini berkekalan hingga ke Jannah. Amin…
Kalau membeli-belah perabot di Ikea, pastinya kita akan singgah juga ke restoran Ikea yang terdapat di sana. Rugilah kalau tak menjamu selera di sanakan. Makanannya boleh buat orang terkenang-kenang!
Jika sis buntu dan tak tahu nak order apa di sana, bolehlah lihat thread yang dikongsikan oleh Siti Jamil ini. Semuanya nampak lazat-lazat belaka tau.
Senangkan bila dah ada thread begini. Biasanya sis order meatball je di Ikea tapi selepas ini bolehlah cuba order menu lain pula. Rasanya macam sekarang jugalah nak pergi ke sana. Eh!
Pelakon terkenal, Saharul Ridzwan sememangnya pandai menghargai isteri tercinta, Qaabila Deena Emir apabila memberikannya sebuah kereta sebagai kejutan sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat.
Menariknya, kereta Honda Jazz tersebut turut hadir dengan nombor plat QAA 811A Y yang membawa maksud nama isterinya, ‘QAABILA’.
Deena ternyata sangat terharu dengan kejutan yang diberikan kerana ulangtahun perkahwinan mereka ternyata lagi dua minggu dari sekarang iaitu pada 16 September.
Surprise from the husband! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab our wedding anniversary is on 16th Sept. Tapi dapat present today. Dia suruh siap tadi sebab nak record video untuk review (katanya). Habis la comot muka Deena, mascara meleleh sebab menangis 🤣😭 Allahuakbar sayang @saharulridzwan thank you for the love & effort. ♥️ my prayers are always with you. #Alhamdulillah
Alhamdulillah, memang benar janji Tuhan tidak akan berkurang rezeki seseorang itu jika dia mengutamakan isteri dan keluarga tercinta. Oleh itu, jangan takut untuk berhabis demi mereka kerana pastinya rezeki anda akan datang melimpah ruah nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Majlis Pernikahan bermula dari 3 September 2020 pasangan Mira Filzah dan Wan Emir Astar telah diijab kabul. Artis dan pengacara yang berusia 27 tahun ini menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan yang mempunyai restu kedua ibu bapa.
Usai majlis persandingan semalam di Le Meridian Putrajaya, Mira Filzah seperti puteri kayangan dengan persalinan yang indah dengan tema‘The Midnite Sky’, warna dekorasi agak berbeza dari hari pernikahan sentuhan Rekatemor .
Kini tiba hari ketiga meraikan dua mempelai ini, apa yang menariknya busana yang disarungkan Mira Filzah sedikit berbeza. Pernah menjadi ‘face of Rico Rinaldi Bridal Collection’, Rico sekali lagi diberi tanggungjawab mereka busana di majlis ketiga Mira Filzah yang bertempat di A-Park Pulau Meranti Puchong.
Pelakon dan pengacara Nona, Mira Filzah, sudah pasti selesa bekerjasama dengan Rico Rinaldi dan pastinya peluang untuk mereka busana persandingan Bintang Popular ini menjadi satu kebanggaan seorang pereka terkenal negara.
Pasti setiap busana yang indah dihasilkan mempunyai cabaran dan ceritatera disebaliknya. ‘Modern Chic Muslimah Wear’ busana yang di sarungkan oleh Mira Filzah, Rico sesuaikan dengan majlis mengikut Mira mempunyai beberapa ‘games’ dan majlis yang diadakan di siang hari agar mudah Mira bergerak dengan selesa.
“Apa yang pentingnya Rico membayangkan keselesaan pengantin ketika majlis itu satu rekaan yang chic , sleek, tak sarat, tak kembang dan pada masa yang sama sesuai dengan tema taman”.
“Cabaran untuk Rico menghasilkan busana ini adalah masa yang singkat di mana Rico hanya mengambil masa 2 minggu untuk menyiapkan kedua-dua busana, Mira mahupun Emir” jelas Rico.
Rico Rinaldi yang terkenal dengan busana pengantin yang penuh dengan perician khas yang anda semua kenal pasti setiap rekaan itulah Rico Rinaldi. Tidak kurang jua rekaannya kali ini, walaupun permintaan Mira mahukan sesuatu yang ringkas dan moden namun Rico tidak pernah menghampakan Mira. Bertemakan warna biru lembut sepasang busana terhasil indah.
Pasti ramai pereka terkenal menanti-nantikan untuk mereka busana selebriti popular ini. Walaupun pernah menjadi face of bridal collection Rico Rinaldi, namun Rco tidak meletakkan harapan tinggi untuk Mira memilihnya.
“Secara peribadi Rico tidak berkecil hati sekiranya tidak terpilih, kerana sebelum ini komitmen Mira adalah atas dasar kerja, jujur kata Rico sebagai raja sehari Mira pasti ada pilihan designer yang digemarinya”.
Sehari sebelum majlis kedua mempelai ini berkunjung ke butik Rico Rinaldi untuk ‘fitting’ terakhir dan melalui muat turun IG story Rico, ternyata Mira dan Emir cukup berpuas hati dengan sentuhan Rico Rinaldi.
Terbayang dari raut wajah Mira dan Emir sendiri membuat ramai yang tertanya-tanya rekaan yang bakal disarungkan.
Sebagai kenalan lama dari Mira menjadi model Muslimah sehingga menjadi bintang paling popular, Rico semoga Mira dan pasangan bahagia hingga Jannah dan setinggi jutaan terima kasih menjadi face of Rico Rinaldi Bridal Collection dan memilih Rico sebagai salah seorang pereka busana majlis berbahagia Mira.
Sentuh sedikit mengenai koleksi pengantin akan datang, Rico tidak menetapkan siapa lagi sebagai muka penjenamaan koleksi akan datang. Terdahulu selebriti Daiyan Trisha dan Mira Filzah pernah menghiasi koleksi bridal Rico Rinaldi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.