
Sebelum ini pasangan anak jutawan SM Faliq dan Chryseis Tan memilih mengenakan songkat untuk majlis resepsi mereka. Dan minggu lalu juga menyaksikan pasangan doktor, Dr Puteri Julia Nabilah dan Dr Dziya Faqhran turut menyarung persalinan songket untuk majlis resespsi. Dr Julia merupakan anak sulung kepada pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil. Majlis yang diadakan di sebuah hotel ini menyaksikan pasangan sama cantik sama padan begitu bergaya dengan busana klasik songket sungguh memikat.
@juliamjunid @dziyafaqhran Makeup by @aidaglam2 Dress by @rizmanruzaini #dziyaputeringonit
A post shared by ikram ismail photographer (@ikramismailphotographer) on
Penampilan Dr Julia memang begitu menarik perhatian dengan busana songket rona kuning di raja ini hasil rekaan pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini. Istimewanya busana ini turut diperindahkan dan dimewahkan dengan perincian taburan manik di bahagian cape.
Terserlah kejelitaan dan seri pengantin di wajah Dr Julia, malah netizen turut memuji penampilannya malam itu.
deenaahmad14 sama cantik sama padan…lovely couple congrats ziela dapat menantu
hanazasakura Beautifullll
@alfa.my Lawa
Dr Julia juga turut mengenakan hijab rona sedondon dengan solekan sentuhan dari jurusolek Aida Glam bagi melengkapi lagi penampilan Ratu Sehari.
Begitu juga pasangannya, Dr Dzhiya yang lengkap berbaju Melayu dari fabrik sama serta tanjak dan selitan keris di pinggang.
Majlis resepsi kali ini adalah bagi meraikan tetamu kenamaan serta rakan-rakan artis yang turut hadir memeriahkan lagi suasana malam itu.
Sebelum itu, pasangan ini selamat diijab kabulkan dengan berwalikan sendiri adik Dr Puteri Julia, Megat Jufri yang turut menyempurnakan majlis akad nikah berkenaan.
LAGI FOTO MENARIK SEKITAR MAJLIS RESEPSI
@nuunaexclusive Cantik sangat
@mikae23 Beautiful lady..
@emily_ash77 Ayu nyerrr…
Beautiful wedding
@hameraa julia mmg cantik sgt3.. ayu gitu.. congratss dear.. semoga bahagia till jannah..
KREDIT FOTO: INSTAGRAM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Aiman Jadi Pemandu Grab Bantu Keluarga Yang Susah Tapi Ajal Jemput Dulu. Netizen Doakan Syurga Tempatnya!

Kematian pemandu Grab, Aiman Nosri baru-baru ini sangat mengejutkan rakyat Malaysia. Rata-rata tidak menyangka arwah dibunuh oleh penumpang Grab dengan jerutan di lehernya. Apatah lagi di bulan Syawal yang mulia ini. Arwah juga dikatakan menjadi pemandu Grab untuk menolong keluarganya yang susah.
Arwah yang masih bujang dan berumur 27 tahun, tidak dapat dihubungi keluarganya selepas mengatakan ingin menghantar penumpang dari KLIA ke Puncak Alam.



Dalam lamam twitter, rakan-rakannya juga turut tidak menyangka kejadian yang cukup menyayat hati ini berlaku kepada arwah. Malah tidak menyangka dia dibunuh oleh mereka yang tidak dikenali.
Menurut seorang temannya menggunakan nama akaun @Zoragon IV memberitahu dunia sekarang sudah gila. Ini kerana manusia sebaik Aiman juga turut dibunuh. Dia turut mendoakan syurga tempat untuk arwah.

Menurutnya juga sebaik tahu temannya itu meninggal dunia, dia tidak boleh tidur, tangan sejuk dan perasaan berdebar. Rakannya itu juga turut memohon rakan di alam maya menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah dan semoga urusan di sana dipermudahkan.

Salah seorang temannya yang lain juga turut melahirkan rasa simpati dengan kematian sahabat mereka itu.

Selebriti terkenal, Fizo Omar juga turut tidak ketinggalan memberikan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga. Dia juga turut mempersoalkan sifat kemanusiaan yang semakin hilang dalam diri sekarang ini.

Hijabista turut terkesan dengan berita ini. Didoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan keluarganya terus tabah dengan situasi ini.
Turut mengharapkan juga pembunuh itu dapat ditangkap dengan segera dan dikenakan hukuman yang setimpal.
SUMBER: TWITTER
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Majlis Tunang Paling Sempoi! Hijabi Ini Cetus Inspirasi, Tiada Pelamin Gah Hanya Makan-Makan Di Restoran

Umum sedia maklum, sebelum melangkah ke fasa alam rumah tangga, selalunya akan diadakan satu majlis merisik dan betunang.
Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk berkenalan antara satu sama lain sekaligus berbincang soal persiapan majlis perkahwinan seperti tarikh majlis akad nikah, majlis resepsi, nilai belanja hantaran dan majlis bertandang sebelah mempelai lelaki.
Kebanyakkan wanita zaman ini mendambakan majlis pertunangan yang gilang gemilang dan gah dengan pelamin untuk menyarung cincin dengan berbusana mewah serta solekan yang selayaknya untuk meraikan hari bahagia itu, namun tidak bagi hijabi yang seorang ini.
Tiada Pelamin Gah, Gadis Ini ‘Sempoi’ Bertunang Di Restoran
My small & intimate hari bertunang attended by our immediate family (& my aunt & her husband to moderate the tunang thingy) @ Serai KL East Mall, 12/6/2022.
Tbh SUKA GILA HARI TUNANG MACAM PERGI SHOPPING JE??!?? https://t.co/gXUQcFmxN2 pic.twitter.com/clGDUPblvR
— nabs corp slave era ☭ ♡ (@nabsaurus) January 26, 2023
Baru-baru ini tular kisah pertunangan seorang hijabi yang dilakukan dengan begitu ‘sempoi’ dan bersederhana di sebuah restoran, hingga berjaya membuka mata ramai pihak.
Lebih menarik lagi, majlis pertunangan hijabi ini hanya dihadiri oleh dua buah keluarga dan seorang pakcik dan makcik belah perempuan sebagai pelengkap majlis pertunangan itu.
Artikel berkaitan: Ikat Tali Pertunangan, Wanita OKU Bersyukur Akhirnya Bertemu Jodoh

“Majlis bertunang yang dihadiri oleh keluarga saya dan keluarga suami je. Suka gila hari tunang macam ni, rasa macam pergi shopping je.”
“Rumah tak payah kemas. Makan orang masak dan hidang. Tinggal order je nak apa.
“Kalau malas dan tak nak spend banyak untuk bertunang, saya rekomen dapatkan private room di Restoran Serai KL East Mall, Kuala Lumpur ni,” jelas hijabi ini menerusi rantaian ciapan miliknya ketika berkongsikan pengalaman bertunang di restoran kepada umum.
Malah, majlis tunang yang serba sederhana ini hanya menelan belanja yang cukup berbaloi dan boleh dikategorikan sebagai murah jika dibandingkan dengan kos yang perlu dikeluarkan bagi melaksanakan majlis pertunangan di rumah dengan pelamin yang gah berserta dulang-dulang hantaran mewah.

“Kos perbelanjaan bagi majlis pertunangan saya amat berbaloi dengan makanan yang sedap dan mewah serta suasana yang mendamaikan!
“Ia hanya menelan kos sebanyak RM1282.40 sahaja untuk 12 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak,” dedahnya.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya meluahkah rasa kagum terhadap cara wanita ini melaksanakan majlis pertunangan serba ringkas.
Selain ia dilihat amat bermanfaat kerana bakal menjimatkan kos dan wang yang lebih layak digunakan ketika majlis pernikahan dan persandingan kelak.
Untuk rekod, hijabi ini hanya menerima sebentuk cincin pada hari pertunangan tersebut yang menjadi tanda pengikat sebelum menuju ke fasa halal sebagai pasangan suami isteri.
Sumber: Twitter @nabsaurus
Artikel berkaitan: Zarina Anjoulie Kini Tunangan Elzey, Tolak Dakwaan Nikah Secara Senyap
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Aurat Bahagian Yang Menjadi Aib Pada Tubuh Badan. Jom Semak Aurat Wanita Dalam Lima Situasi Ini!

Menurut istilah fikah, aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan. Dinamakan aurat kerana mendedahkan dan melihatnya adalah sesuatu yang tercela.
Aurat ialah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan yang wajib ditutup dan haram dilihat oleh orang lain. Memakai pakaian yang menutup aurat ketika mengerjakan solat menjadi syarat solat diterima oleh Allah SWT.
Bagi lelaki, aurat yang wajib ditutup ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Aurat perempuan pula meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Aurat berasal daripada perkataan Arab, “عورة” yang bermaksud keaiban.
Allah berfirman:
Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Apakah Aurat Lelaki?
Walaupun tidak datang nas dalam al-Quran yang menghadkan aurat lelaki dan memerintahkannya menutupnya, namun harus difahami akan perintah kepada wanita agar tidak melihat aurat lelaki kerana pada bahagian tubuh lelaki tetap ada tempat yang tidak boleh dilihat.
Ia juga adalah aurat yang harus ditutup daripada pandangan orang lain.
Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut dan demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian
– Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi
Menurut mazhab Syafi’e aurat lelaki sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan adalah di antara pusat hingga lutut sahaja.
Apakah Aurat Perempuan?
Bagi menerangkan tentang aurat wanita ini, ada beberapa keadaan yang perlu difahami oleh setiap orang. Ini kerana setiap keadaan akan memberikan hukum yang berbeza.
Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti di bawah?
Aurat Ketika Solat

Aurat wanita ketika solat adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Wanita boleh bersolat tanpa memakai telekung solat, asalkan pakaian yang dipakainya menutup aurat dan boleh untuk bersolat.
Aurat Dengan Mahram
Asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah di antara pusat dan lutut. Walau bagaimanapun, menutup bahagian-bahagian tertentu badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri adalah lebih baik dan dapat menjaga maruah. Justeru, sebaik-baiknya berpakaian sempurna walaupun bersama mahram. Seorang wanita harus berasa malu dan hormat pada mahramnya, terutama kepada ayah, abang dan adik lelaki.
Aurat dengan Suami

Aurat wanita dengan suaminya ialah tidak ada batas. Tidak ada sebarang hijab di antara suami dan isteri. Jika sebelum bernikah mereka dibatasi dan diperintah menutup aurat supaya dapat mencegah fitnah dan masalah, maka setelah dinikahkan dengan sah, mereka tidak mempunyai batas antara satu sama lain lagi.
Aurat Wanita dengan Lelaki
Aurat perempuan kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangannya.

Firman Allah SWT dalam surah an-nur:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka
– An Nur 24:31
Sayidatina Aisyah r. anha pernah menceritakan bahawa pada suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar r. anha datang sedangkan dia berpakaian nipis (jarang).
Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda:
Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini. (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)
– Riwayat Abu Dawud
Adakah Suara Wanita Itu Aurat?
Sesetengah ilmuwan dari pandangan mazhab lain berpendapat suara wanita juga adalah aurat. Namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam di negara Asia tidak meletakkan bahawa suara wanita adalah aurat.
Tidak ada dalil al-Quran serta al-hadis mengatakan bahawa suara wanita itu aurat. Mazhab syafie dan lain-lain berpendapat bahawa suara perempuan adalah bukan aurat kerana perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.
Selain itu Isteri-isteri nabi SAW ada yang meriwayat hadis dan mereka juga bercakap-cakap dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yang bukan mahramnya.
Garis Panduan Berpakaian Bagi Wanita
Wanita boleh memakai apa sahaja pakaian, asalkan pakaian tersebut mengikut peraturan yang sudah ditetapkan oleh Islam. Sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi, mereka seharusnya belajar dan mengetahui cara sebenar menutup aurat.
Islam menggariskan panduan berpakaian menurut syarak seperti berikut:
- Longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
- Diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
- Diperbuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat pada tubuh hingga boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita.
- Tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
- Tidak menyerupai pakaian lelaki.
- Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Senarai Golongan Mahram Dengan Wanita
Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.
Antara golongan yang menjadi mahram kepada seseorang perempuan adalah:

- Suami
- Bapa sendiri (bapa kandung)
- Bapa suami (bapa mertua)
- Anak lelaki
- Anak lelaki suaminya (anak tiri) atau anak isteri bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal. Tetapi bukan anak daripada bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
- Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja)
- Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
- Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
- Wanita Islam yang berakhlak.
- Hamba lelaki yang mereka miliki.
- Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.
- kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumaiyiz)
- Anak lelaki susuan.
- Bapa susuan.
- Saudara susuan.
- Bapa saudara susuan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah.
- Menantu.

Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.Bagi mereka yang belum mampu dan belum mahu walaupun telah tahu, maka carilah dorongan, peringatan dan panduan untuk mendidik diri agar dapat melawan kedegilan nafsu bagi mematuhi perintah Allah.
SUMBER: Aku Islam
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di


