Sebelum ini pasangan anak jutawan SM Faliq dan Chryseis Tan memilih mengenakan songkat untuk majlis resepsi mereka. Dan minggu lalu juga menyaksikan pasangan doktor, Dr Puteri Julia Nabilah dan Dr Dziya Faqhran turut menyarung persalinan songket untuk majlis resespsi. Dr Julia merupakan anak sulung kepada pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil. Majlis yang diadakan di sebuah hotel ini menyaksikan pasangan sama cantik sama padan begitu bergaya dengan busana klasik songket sungguh memikat.
Penampilan Dr Julia memang begitu menarik perhatian dengan busana songket rona kuning di raja ini hasil rekaan pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini. Istimewanya busana ini turut diperindahkan dan dimewahkan dengan perincian taburan manik di bahagian cape.
Begitu juga pasangannya, Dr Dzhiya yang lengkap berbaju Melayu dari fabrik sama serta tanjak dan selitan keris di pinggang.
Majlis resepsi kali ini adalah bagi meraikan tetamu kenamaan serta rakan-rakan artis yang turut hadir memeriahkan lagi suasana malam itu.
Sebelum itu, pasangan ini selamat diijab kabulkan dengan berwalikan sendiri adik Dr Puteri Julia, Megat Jufri yang turut menyempurnakan majlis akad nikah berkenaan.
Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin meluahkan rasa syukur dengan kehidupanya kini dan memohon doa semua agar perniagaanya, dapat memberi manfaat sama kepada orang sekeliling.
Malah, suri hati kepada aktor kacak Aeril Zafrel ini juga mendedahkan bahawa hidupnya kini serba cukup dan sudah tiada apa lagi yang mahu dikejar di dunia. Tumpuan Wawa kini lebih terarah kepada mengejar melakukan amal soleh untuk persiapan menghadapi akhirat.
Tiada Apa Lagi Yang Dikejar Di Dunia Ini – Wawa Zainal
“Impian Wawa untuk ada kereta dan rumah, alhamdulillah dah tertunai. Hidup kalau mewah sangat pun Wawa takut sebab risau ada yang terkesan bila tengok lifestyle atau posting kita di media sosial. Wawa ada kereta ke apa bukan niat menunjuk.
“Kami start bisnes kecil-kecilan sekitar tahun 2017 dari situ dapat beli rumah agak besar dan tak percaya sampai mampu beli tanah lot banglo.”
“Wawa tak ada apa lagi benda nak kejar, dah ada segalanya. Alhamdulillah boleh beli apa je. Wawa nak staf Wawa hidup senang boleh beli kereta mereka nak, leaders dan resellers berterusan rezekinya.
“Orang bahagia, Wawa bahagia. Memang jujur cakap, alhamdulillah Wawa dah ada semuanya berkat doa orang. Jadi, masa untuk bantu orang pula,” ujar penerima Nona Online Entrepreneur Award pada Nona Superwoman Award 2022.
Ujian Masa Lalu, Pengalaman Berharga Untuk Terus Maju!
Enggan mendabik dada dengan kurniaan rezeki dari Ilahi, Wawa sentiasa berpijak di bumi nyata dan menjadikan ujian masa lalu sebagai panduan untuk terus melangkah maju mendalami selok-belok perniagaan.
“Waktu saya mula berniaga macam-macam dugaan terpaksa saya tempuh antaranya kena tipu dengan individu yang kononnya ada kilang OEM dan mereka mark-up sampai kami beli dengan harga yang sangat mahal. Paling terkesan, ratusan ribu ringgit duit kami ‘hangus’ begitu sahaja kerana terpedaya dengan orang tidak bertanggungjawab.
“Kami juga diuji apabila wujud pemikiran skeptikal segelintir pihak terhadap produk niaga artis yang dikatakan produk timbang kilo. Jadi, kami perlu meraih kepercayaan pelanggan yang bahawa produk Wawa Cosmetics ini berkualiti.
“InshaAllah Wawa Cosmetics akan mengecapi kejayaan demi kejayaan dengan doa dan restu. Bagi saya, ia sebenarnya berkait rapat dengan doa suami, keluarga dan amal jariah. Walau ada ketika kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tapi masih gagal, kena cari di mana silapnya. Mungkin kita ‘kekurangan’ dari segi rohani.
“Saya pun masih dalam proses memperbaiki diri dan buat benda yang boleh jadi magnet rezeki salah satunya dengan bersedekah serta buat kebaikan membantu orang dalam kesusahan. Saya percaya kebaikan ini akan memudahkan perjalanan kita. Apabila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mempermudah urusan kita.”
Tambah Wawa, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami dan sentiasa menyokong minat isteri.
“Semua wanita yang dapat sokongan sepenuhnya dari suami, bisnes mereka makin berkembang maju. Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah kejayaan ini adalah kerana sokongan daripada suami sendiri dan saya tidak pernah rasa ia milik saya seorang. Saya rasa kalau suami tiada di sisi, saya tidak akan sampai ke tahap ini.
Dialah tulang belakang saya. Kadang saya rasa sedih, dialah yang akan bagi semangat. Jangan ada perasaan bahawa duit bisnes yang dapat ini milik kita seorang. Jangan sesekali ada sekelumit pun perasaan terbeban itu. Sebaliknya, tanam perasaan yang duit itu adalah duit bersama dengan keluarga.
Bila ada perasaan negatif akan timbul rasa ego dan perasaan ego tersebut mendorong untuk merendah-rendahkan suami. Bila ia terjadi, rezeki susah hendak berterusan. Kita kena anggap rezeki ini berkat doa suami dan saling berusaha,” jelansya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dengan penuh rasa dukacita memaklumkan bahawa ibunda kesayangan, Mak Salmah telah dijangkiti Covid-19 pada Ahad.
Siti memaklumkan perkara berkenaan menerusi Instagram story miliknya. Bagaimanapun katanya, setelah dihubungi dan mendengar suara ibunda tercinta Siti boleh menarik nafas lega apabila simptom yang dihadapi ibunya hanyalah simptom bergejala ringan sahaja.
“Balik bilik, tengok telefon, dapat berita mak kena Covid-19. Dapat cakap dengan mak, baru lega. Mak cuma sakit-sakit badan sikit, batuk tak teruk. Alhamdulillah.”
“Terima kasih semua yang mendoakan Mak Salmah ya. Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya.
Menerusi hantaran terbaharu, Siti sempat berpesan kepada para peminatnya yang bakal hadir pada Konsert Music of the Soul Dato’ Seri Siti Nurhaliza pada Ahad lalu, agar membuat ujian RTK-PCR terlebih dahulu sebelum menghadiri konsert dua hari yang berlangsung di Dewan Plenary, KLCC dan telah melabuhkan tirainya semalam.
“Memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat, saya minta jasa baik peminat saya yang akan hadir, untuk buat self-test dirumah sebelum hadir ke persembahan malam ini ye.. Kita jaga kita ,” tulis Siti.
Untuk rekod, Siti Salmah Bachik, 70 atau Mak Salmah disahkan positif Covid-19 pada 5 November lalu. Dan mengalami simptom Covid bergejala ringan, dan kini sedang menjalani kuarantin di rumahnya.
Hijabista dan semua rakyat Malaysia mendoakan agar, ibunda Siti Nurhaliza agar diberikan kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.
Gadis ini antara yang bertuah mendapat Sugarscarf percuma dengan pembelian Hijabista edisi September lalu. Beliau kemudian berkongsi ‘OOTD’nya bersama-sama skarf tersebut maka Hijabista mahu ‘feature’kan beliau di sini.
Hijab: Jane Chiffon by Sugarscarf
Lilitan yang kemas, ringkas dan menutup dada adalah ciri yang tepat dalam berhijab. Hijabista jatuh hati!
Busana (top): Blaus Madelyn dari Fana Couture
Blaus ini di ‘tuck-in’ ke dalam skirt bgi ‘finishing’ yang rapi. Polos tanpa hiasan namun tetap menyerlah dalam pilihan warna ‘deep purple’ yang anggun.
Busana (bottom): Nylaa Skirt by CalaQisya
Skirt stail ini masih lagi ‘in-trend’ dan akan kekal klasik. Sesuai bagi mereka yang mahukan sedikit ‘volume’ dan hayunan ketika berjalan. Hijabista love, love love!
Aksesori: Tas tangan Sofina3 Signature Mini dari FashionValet.com dan sandal/’wedges’
Tas tangan bercetak ‘phyton prints’ adalah ‘uber chic’! Sesuai bagi hijabi yang berani dan ‘daring’. Sarungan sandal/’wedges’ hanya menambah lagi seri si hijabi. Gayakan sepatu tumit tinggi jika anda mahu ke majlis yang lebih formal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...