Anak Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Tampil Jelita Dengan Busana & Hijab Warna Sedondon Di Majls Pertunangannya

Share

Biarpun masih dalam demam pilihanraya, namun tidak membataskan buat pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil mengadakan majlis pertunangan anak sulungnya Doktor Puteri Julia Nabilah. Majlis pertunangan ini dilangsungkan di kediaman Ziela Jalil sendiri dengan berkonsepkan floral.

Dalam majlis yang dilakukan secara sederhana ini, Doktor Puteri Nabila mengenakan persalinan kurung moden rona merah jambu lembut sedonon dengan hijab.

Solekan dan dandanan ringkas juga turut yang menyerlahkan kecantikan wajah Julia yang persis wanita Korea.

Penampilannya yang santun ini juga turut mendapat perhatian dan pujian dari netizen. Jelas terserlah kegembiraan di wajah anak sulung pemilik syarikat Pena Creatives sdn Bhd.

Pelamin untuk majlis ini juga cukup indah dengan mengetegahkan rimbunan floral dalam menyemarakkan lagi suasana di majlis berkenaan.

Menurut ibunya, dekorasi cukup indah untuk majlis pertunangan anaknya itu adalah hasil idea kreatif, Razak Flora.

Difahamkan pasangannya juga adalah seorang doktor, Dr Dziya Faqhran Dato’ Mahmod Fauzi.

Julia juga dalam status dimuat turut di laman sosialnya memberitahu sambutan hari ibu kali ini cukup bermakna dan bahagia dikurniakan dua wanita yag cukup hebat, ibunya Datuk Ziela Jalil dan juga bakal ibu mertuanya.

Sebelum itu Puteri Julia memulakan pengajian di Royal College of Surgeons di Ireland pada 2012 sebelum menamatkan pengajiannya tahun lalu dan selamat bergelar doktor.

Hijabista ucapkan tahniah dan semoga ikatan ini akan berakhir di jenjang pelamin.

 

 

Published by
Siti Zurina