‘Anak Soleh Mama Nanti Jaga Mama Ok’- Ramai Sayu Baca Ucapan Puteri Sarah Buat Anak Tersayang

Share

Ucapan hari lahir daripada pelakon, Puteri Sarah Liyana buat anak sulungnya, Syaikhul Islam menyentuh hati ramai netizen yang membacanya.

Bakal menginjak usia lima tahun, pelakon jelita itu berharap anaknya yang tercinta itu dapat menjaga dan tidak melupakannya apabila sudah dewasa nanti.

“Anak soleh nanti jaga mama ok ❤️ 2 days lagi birthday abang, u’re gonna be 5 years old. Kita celebrate kat Madinah ok 😘 Dah besar nanti jangan lupa mama, bawak mama pi holiday travel selalu 😎”

Rata-rata pengikut laman Instagramnya tersentuh hati dengan ucapan tersebut dek kerana faham dengan situasi yang melanda Sarah pada saat ini.

Ramai yang menitipkan doa buat pelakon kelahiran London, England ini agar dia terus kuat dan tabah meneruskan kehidupan bersama insan-insan tersayang.

“Sabar dan terus berdoa. Pasti kemenangan di pihak puan. Semoga jodoh kekal bahagia hingga ke syurga. Amin.

“Be strong Sarah. Allah always with you.

“Sungguh setiap ujian yang berat, Allah turunkan buat hamba-hambaNya yang kuat dan hebat!” komen warganet di akaun Instagramnya.

Baru-baru ini, Sarah telah memberi amaran secara terbuka kepada anak pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar yang didakwa masih menggangu rumah tangganya bersama Syamsul Yusof selama empat tahun.

Sebagai rekod, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Published by
QIST